Monday, February 2, 2009

Kelmarin.......



"Haih……"

Syariff mengeluh panjang. Cuba melepaskan masalah yang senantiasa bermain di mindanya. Terbeban dengan masalah itu membuatkan dia pusing. Hatta kadang-kadang mengganggu konsentrasinya. Ribut……

Sufiah, kekasihnya, hanya mampu diam seribu bahasa. Tiada sebutir perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Kelu lidahnya. Mungkin dek kerana tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap ini. Namun segala-galanya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Begitulah perumpamaannya. Segala-galanya sudah terlewat……

"It’s okay Sufi. Kalu you nak terus diam macam nie, takperlah. I still have a lot of things to do, dari duduk kat sini tengok you diam macam nie ajer."
"Hmmm….. Bukan macam tue."
"Then macam mana lagi? You ingat I bodoh? I buta tak nampak semuanya tue? Hey memang I abnormal, I have four eyes. But still I boleh nampak semuanya dengan jelas. Kalau selama nie you boleh perbodohkan orang lain, it’s okay. But not me Sufi… Not me."
"Tue melampaulah tue. Apa yang I dah buat sampai you marah I macam nie sekali? I didn’t say anything right?"
"Memanglah you tak cakap apa pun, tapi apa yang you buat tue lebih teruk dari apa yang you cakap. And tell you what Sufi, I still ada maruah and harga diri. You jangan ingat I nie apa."
"Hey! Kan I cakap tadi, I takda cakap or janji apa-apa kan? Kenapa you nak marah-marah I pulak nie."
"Tak cakap apa-apa? Yeah memang adatlah. Manusia bila bercakap, janji segala memang akan lupa. Tapi orang yang mendengarnya nie, akan sentiasa ingat. Takper Sufi, one day nanti you akan faham. And that day I harap you akan kena lebih teruk dari apa yang you buat kat I. Dunia balas dunia Sufi. Tak payah tunggu nak mati, you akan tetap dapat balasannya…."

Waktu itu Sufiah terus terdiam. Kelu seribu bahasa. Tidak menjawab kata-kata Syariff. Hanya matanya sahaja yang terus memandang Syariff. Tepat ke anak matanya.

Dan dia terus diam…..

Syariff masih di situ. Namun fikirannya sudah hilang ke mana. Entah ke mana. Cuba menyuraikan kekusutan itu. Yang hakikatnya terlalu kusut untuk dirungkaikan……

Tiba-tiba kekuatan itu datang pada dirinya. Dia bingkas bangun dari duduknya. Berlalu untuk meninggalkan Sufiah.

"Please don’t go……"

Terlalu perlahan. Tapi begitu jelas di cuping Syariff. Membuatkan langkahnya terhenti dengan tiba-tiba……

"Kalau I tak pergi pun, masalah nie tak akan selesai Sufi."
"I love you. I do love you Iff…."
"Really?"
"Haih…. You fahamkan. I takut……"
"It’s okay Sufi. I think it’s better for me to leave you."

Waktu itu Sufiah bingkas memegang tangan Syariff. Dan berbicara…..

"I love you Iff. And I need you…."
"Takperlah Sufi. Kalau I ada pun, you rasa tak senang. Kita selalu bertekak. Ganggu privasi you. I rasa lebih baik I pergi."

Syariff berlalu. Meninggalkan Sufiah. Dengan hati yang penuh sebak. Meredah dingin malam. Untuk mencari jalan pulang.

Dan dia tidak kembali lagi……

17 comments:

Nite Garden said...

Ada pakcik depan umah aku nih namanya pakcik sarip n isterinya nama makcik ros. adakah ensarip ni penah ada affair ngan pompuan nama supiah???? entah hanyut ke laut mana ntah komen aku nih ;p

meninggalkan atau ditinggalkan, kedua2nya sungguh menyakitkan dan memberi impak yg mendalam di hati..

and the lessons learned, itu yg lebih memberi makna dlm hidup dan sgt berharga..

the anThropologist said...

Hanyut ke laut Cina Selatan kot :P

Erk... It's a fiction anyway. But your comment is taken seriously :P

Rehan Who said...

"meninggalkan atau ditinggalkan, kedua2nya sungguh menyakitkan dan memberi impak yg mendalam di hati.."

tp lagi teruk bila tau org y kte cintai rupenye slame nih tak bahagia ngn kte..huhuhu..jiwang la plak..

statement atas tuh drp satu majalah picisan..tp ade makne kan..

the anThropologist said...

Hahahahahaha.... Bukannya hang memang tengah ber"jiwang-jiwang" ke sekarang? :P

Rehan Who said...

mane dapat gosip2 liar nih bang? xde2..xde istilah jiwang dlm kamus idup saye wawawa...
:D :D :D

Che underscore Lee said...

hoho fiksyen ek? ingat kisah benar hehe..

ke nama sudah ditukar? :P

Rehan Who said...

bile bace balik smule cite nih, rase haru plak.. :(

the anThropologist said...

Monkibizniz:
Berita sudah sampai ke Seri Menanti yang hang tengah berjiwang-jiwang sekarang nie. Nak aku sebut ker dengan siapa? :P

Sedih?? Alah it's only a fiction. Nanti aku tulih fiksyen yang happi plak :P

Che_Lee:
Laa... It's a fiction. Takder kena-mengena samada dengan yang hidup ataupun yang mati. Tapi kalu ader tue, buat-buat tak tahu sudehlah. Ahakzz!! :P

Rehan Who said...

waaa...mantap arr wartawan seri menanti..hahaha!!..tp syg nye sbb x btul.. :p :p

abg, wt cte hepi tp jgn lak jiwang2..x rock arr..hahah.. :D :D

the anThropologist said...

Orait. Bisa aja dong. Ahakzz!! :P

Nite Garden said...

abg ni jiwang karat sebenarnya rehan. tp dia tak mengaku. dia kata akak pulok yg jiwang karat ;p

the anThropologist said...

Amboi hang. Bukan main naa.....
*kuang ajaq* :P

Nite Garden said...

apabila ang sudah menyebut perkataan kaung ajaq, maknanya apa yg aku ckp tu betul ;p

Rehan Who said...

ntah2 mmg dua2 pun jiwang sbnrnye?? :D :D :D

Nite Garden said...

ehh rehan mengenakan kami pulok nih ;p tak aci nih!

the anThropologist said...

Sebenarnye yang jiwang-jiwang nie Monkibizniz and Benrauf kan *matilah* :P

Nite Garden said...

btul2 ;p