Showing posts with label Hayaati. Show all posts
Showing posts with label Hayaati. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Bicara Ku Pada Mereka....


Ramai yang bertanyakan tujuan aku menyertai dunia pendidikan sedangkan peluang pekerjaan yang lebih menarik sedang menunggu. Persoalan mereka semua itu tidak dapat ku jawab kerna pada waktu itu, aku sendiri kurang pasti kenapa aku begitu berharap untuk menyertai bidang yang aku ceburi ini. Hendak dikatakan aku suka mengajar, terus terang tahap kesabaranku akan menipis jika mereka yang aku berikan penerangan tidak memahaminya langsung – satu ciri-ciri guru yang sangat tidak elok dicontohi!! Apa yang aku pasti ketika itu hanyalah minatku yang mendalam untuk melaksanakan kajian-kajian ‘ilmiah untuk memahami struktur budaya dan masyarakat yang kompleks. Aku begitu terpesona bila membaca kajian-kajian ahli antropologis Barat terhadap masyarakat Asia seperti Clifford Geertz dalam kajiannya terhadap masyarakat Bali dan Jawa; E.E. Evans-Pritchard dalam kajiannya terhadap masyarakat Nuer di Sudan; Edmund Ronald Leach dalam kajiannya terhadap masyarakat Shan dan Kachin di Burma; dan beberapa ahli antropologis Barat yang lain. Itu sahaja jawapan yang aku ada untuk mereka pada waktu itu……

Pun begitu, setiap peredaran masa pasti disertai dengan perubahan. Begitu jua dengan jawapan ku. Ada suatu ketika, aku dihadiahkan sebuah naskhah agung karya Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman, Rektor UIAM yang kedua sebelum Tan Sri Profesor Dr. Mohd Kamal Hassan. Karya Dr. Abdul Hamid itu bertajuk ‘Crisis in the Muslim Mind.’ Abdul Hamid Abu Sulayman dalam karya ini berhujah bahawa masalah utama yang dihadapi umat Islam ketika ini bukanlah masalah ekonomi mahupun politik, tetapi adalah masalah pendidikan dimana budaya materialistik berleluasa dikalangan muda-mudi Islam dan mereka melihat menuntuk ‘ilmu itu suatu jalan (means) untuk mencapai kenikmatan material di dunia, bukanlah jalan untuk mengenal lebih mendalam apatah lagi mencintai Tuhan mereka. Lebih memburukkan keadaan bila ramai umat Islam tidak serius dalam menuntut ilmu dan untuk itu Abdul Hamid menekankan adalah menjadi tanggungjawab guru sebagai ‘murabbi’ untuk membimbing mereka dalam menuntut ‘ilmu dalam memahami Pencipta mereka.

Terus terang aku katakan aku sangat terkesan dengan karya ini. Lantas aku berazam untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang ‘murabbi’ dan moga-moga ianya menjadi satu ‘amal yang kecil yang dapat aku persembahkan buat Tuhanku di mahsyar nanti. Dan minat ku yang awal itu, tidaklah ku matikan begitu sahaja. Ianya menjadi alat penyeri yang aku rasa akan senantiasa menceriakan perjalanan ku di muka bumi ini untuk mencari mardhotillah.

Pun begitu, tugas tersebut tidaklah mudah untuk ku. Terlalu banyak dugaan yang harus aku tempohi dalam membimbing mereka. Dan yang paling menyedihkan bilamana aku dilabel sebagai seorang yang ‘kedekut markah’ malahan terkenal dikalangan mereka sebagai seorang yang suka menggagalkan mereka. Pernah aku bertanya pada diri ku sendiri, adakah semua ini benar? Adakah aku suka-suka untuk menggagalkan mereka? Dan semakin banyak aku bertanya, semakin keyakinan ku bertambah untuk terus menyedarkan mereka bahawa sesungguhnya menuntut ‘ilmu itu suatu kewajipan agama, bahawa kegagalan mereka adalah kerana sikap mereka yang endah tak endah dalam menuntut ‘ilmu. Hingga satu tahap aku pernah menangis di hadapan mereka merayu untuk mereka bersikap lebih serius dalam menuntu ‘ilmu, pun begitu natijahnya masih sama……

Kini setelah hampir empat tahun aku di sini, aku masih mencari-cari jalan yang sesuai membimbing mereka, cara yang sesuai untuk mengubah sikap skeptikal mereka dalam merentasi lautan ‘ilmu di taman ‘ilmu dan budi ini…

Thursday, January 13, 2011

Kenangan Silam.....


Ithaca sudah memanggilku. Lantas ia mengingatkan aku pada 'sang kerbau' ini. Dan semestinya kedai makan di seberang sana itu. Gelak ketawa Prof. Schwartzman dan Prof. Douglas memang menceriakan suasana hari itu. Adakah takdir akan menemukan kami kembali? Hanya Dia yang Maha Mengetahui.....

Thursday, November 4, 2010

Prolog....


Langit mendung petang itu. Sang burung berterbangan pulang ke rumah mereka. Dan angin bertiupan sepoi-sepoi bahasa, mendinginkan suasana. Dan aku, masih lagi di situ termenung sendirian, dalam mencari arti kebahagian, makna sebuah kehidupan…

Thursday, July 29, 2010

Dan....


Aku jadi hilang arah, tidak karuan. Tidak pasti dengan apa yang berlaku pada diri ku ini. Saat dia hilang dari pandangan, aku tidak pasti apa yang sedang berlaku pada diriku……

Tika aku melihat wajahnya, segala-galanya berubah. Senyumannya membuatkan aku terasa dunia ini terlalu indah. Tutur katanya terlalu halus, terlalu jujur, disertai bait-bait merendah diri. Dia tidak pernah sekali membongkak diri, mendabik dada dengan apa yang ada. Mungkin kerana asasnya yang kukuh, membuatkan jati dirinya yang kukuh sebegitu. Senyumannya…. Aduhhh bisa membuatkan jantungku luruh, jam detikku berhenti seketika. Dan gemersik manja suaranya buatkan jantungku berdegup pantas….

Benar, aku amat mencintainya. Amat-amat mencintainya. Pun begitu aku cuba untuk menghindari dari dia mengetahui perasaanku. Aku takut pada diri sendiri. Aku takut untuk terus disakiti, apatah lagi untuk dikhianati. Aku cuba untuk tidak kerap berhubung dengannya. Dan aku terus mencuba…..

Jauh di sudut hati, ku tanamkan perasaan bahwa dia terlalu istimewa untuk insan biasa seperti ku. Ku tahu bukanlah tempatku untuk berdiri disisinya, duduk semeja bergelak ketawa bersamanya. Ku tahu tiada tempat untuk diri ku ini dalam hati nya. Dan aku cuba sematkan ingatan ini erat-erat di mindaku, agar aku tidak sekali-kali alpa….

Namun, manusia hanya mampu berbicara pada diri, dan tiada yang pasti dalam bicara mereka. Tiada siapa yang tahu apa yang akan dihadapinya di masa mendatang. Walaupun dia cuba untuk kuat, namun segalanya tidak pasti untuk dia….

Kini aku di sini, melihat sekeliling dalam menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Mengagumi kebijaksanaan-Nya mencipta alam yang terlalu indah untuk umat manusia diami. Sambil untuk cuba meredakan keresahan jiwaku ini. Yang tidak pernah surutnya. Kadang-kala aku sendiri takut untuk bangun pada esok hari, takut jika aku akan terus dikecewakan lagi. Takut jika kemurungan akan menguasai jiwa ini lagi; takut untuk kebencian terus bersarang di kalbu ini….

Dan aku amat mencintainya; namun adakah dia jua mencintai ku?

Tuesday, May 11, 2010

Deep Conversation


Yeah I know I have caused her only pain and sorrow. I took her time that she should spend with her hubby love. It’s not good; to me, to her and to her love. *sigh*

Well after considering the situation I believe it’s time now for me to leave. To pack my things and say goodbye. And I shall learn how to die…

Wednesday, April 21, 2010

Alone...


I tried to be strong…..
But I failed….
I am weak…
And now I am left alone….
In the darkness….
Heading to nowhere…..

Saturday, April 17, 2010

Dingin Malam....


Tuhan…. Hari yang berlalu masih kosong, tanpa sebarang erti. Jalan yang dilaluinya penuh dengan ranjau, duri di sekelilingnya membuatkan dia lemah tidak bermaya untuk meneruskan perjalanan itu. Pun begitu masih digagahkan jua dirinya, walaupun hakikatnya jauh di sudut hati dia tahu yang jalan itu tiada pengakhirannya.

Malam itu langit cerah. Bersertakan angin sepoi-sepoi bahasa, berlalu dan bermain dengan anak rambutnya. Cuaca dan keadaan yang indah, nyaman, dan permai. Namun tidak se-enak jiwanya, yang terus bergelumang dengan pelbagai perasaan dan rasa. Racau dan kacau, mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk mentafsirkannya…

“Hmmm…. Sampai bilalah kau harus menempuh perasaan sebegini Iff. Jiwa kau yang akan menderita. Tapi orang tidak tahu. Orang tidak pernah ambil peduli. Ko kena kuat Iff…..”
“Ko senanglah cakap Syah, tapi ada ko cuba faham perasaan aku nie? Aku tak pernah mintak semua nie lah Syah. Dia datang sendiri. Ko ingat aku tak waras ke, nak mintak benda-benda yang akhirnya aku tahu hanya akan merosakkan jiwa dan kebahagiaan aku sendiri??!!”

Secara tiba-tiba suasana menjadi tegang, dan tiada jawapan yang mampu diberikan untuk persoalan itu…

“Ya memang ko cakap ko tak pernah mintak. Tapi tue cakap mulut ko, cakap hati dan tindakan ko lain Iff….”
“Dahlah Syah, kalau ko datang sini just nak sakitkan hati aku, nak tambah beban aku, baik ko blah lah. Ko kawan aku Syah, dari kecil sampai besar. Ko tahu perangai aku, tapi bila aku macam nie, bila aku susah ko tak pernah nak faham perasaan aku, ko tak pernah nak cuba bantu aku. Malah ko selalu nak salahkan aku kan. Ko baliklah Syah…..”

Diam…. Tiada jawapan. Setenang alam sekeliling. Dan akhirnya dia berlalu pergi, meninggalkan temannya keseorangan….

Monday, November 9, 2009

Blue....



In blue now. Lost myself at nowhere......

Tuesday, October 13, 2009

Kelmarin....


“Hey are you serious?”
“I don’t know, and I’m not sure….”
“What did she say?”
“She didn’t say anything, being silent since that day….”
“Perhaps she needs more time to ponder….”
“Yeah you are right. She needs time so that she can escape. She has been telling that for how many times. And I think this is the time that she will do what she says….”
“Come on. Don’t be so negative….”
“No I’m not. I’m just telling you the truth….”
“Erk. The truth??”
“Yeah. The truth that she is leaving me…”
“Haih… Apalah you nie. I think you need to give her more time to think, more time for herself, to be alone. Janganlah fikir bukan-bukan…”
“Don’t you get it? Aku tak fikir bukan-bukan. Itulah kenyataannya. I know it was my mistake, I should not ask her that question…”
“Nolah. It was not your mistake. Semua orang tahu perangai ko. Semua orang yang rapat dengan ko faham perangai ko. Ko tue sengal. Benda dah jelas lagi mahu tanya. Tapi nak buat macam mana, that’s what we call variations of human behaviour. Orang faham senanglah, cuma orang yang tak faham ajer susah….”
“Entah…. I’m not sure. Perhaps it’s true that I was meant to be alone…”
“Laaa… You are not alone lah. You still have us…”
“I’m gonna miss her….”
“Dahlah. That’s her decision. Semua orang buat silap. Ko buat silap, dia pun buat silap. Takda manusia yang perfect. Kalau nak cari yang perfect, Nabi ajerlah yang perfect. Even dia pun tak perfect….”
“Dahlah. Malas nak pikir.......”

Sunday, September 27, 2009

Eid Mubaraq


Thank you to all my friends and co-workers for your Eid wishes. My family and I wish you and your family members a blessed Eid. May Allah continue to strengthen our taqwa after this year's Ramadhan.

Friday, September 11, 2009

The Final Days


The Prophet’s wife ‘Aisyah (may Allah be pleased with her) said, “With the start of the last ten days of Ramadhan, the Prophet used to tighten his waist belt (i.e. work hard) and used to pray all night, and used to keep his family awake for prayers.” (Reported by Bukhari).

For Muslims, the last ten days of Ramadhan should be a time to perfect one’s fast and avoid anything that may damage it. It is a time to give more charity and to settle disputes and forgive one another. It is also a time for soul searching, evaluating one’s life, supplicating, and asking forgiveness. This should be done sincerely because if Allah were to accept the supplications, the reward is the remission of one’s sins.

Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said, “When the last one third of the night remains, our Lord, the Glorious One, descends towards the lower heaven and proclaims: Is there anyone begging Me for anything so that I grant him his wish? Is there anyone who seeks My forgiveness, so I forgive him?” (Reported by Bukhari and Muslim).

We pray that Allah gives us strength to perform ‘ibadah during these last ten days of Ramadhan and forgives all our mistakes and misdeeds…

Wednesday, September 9, 2009

Dan Penghujungnya.....



Menggamit nostalgia tika di bumi yang diberkati
Tika diri menjadi tetamu Tuhan yang Maha Suci
Moga doaku dicucuri kasih Mu
Kini hingga akhir hayatku

Friday, September 4, 2009

Meniti Hari Ke Penghujungnya


Waktu berlalu begitu pantas, meninggalkan kita semua. Samada sedar atau alpa, itulah hakikatnya. Moga apa yang telah kita lakukan pada masa-masa yang lalu menjadi pengajaran buat kita pada masa hadapan. Pada yang mereka yang telah ku guris perasaannya, ku pohon seribu satu kemaafan. Pada teman yang senantiasa di sisiku, tika panas mahupun hujan, jutaan terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan. Pada ayah yang menanti di sana, aku senantiasa merindui-mu….

Wednesday, September 2, 2009

Mimpi-Mimpi Manis


Every night I rush to my bed
With hopes that maybe I’ll get a chance to see you
When I close my eyes
I'm going out of my head
Lost in a fairytale
Can you hold my hands and be my guide

Clouds filled with stars cover your skies
And I hope it rains
You're the perfect lullaby
What kinda dream am is this?

You could be a sweet dream or a beautiful nightmare
Either way I, don't wanna wake up from you
Sweet dream or a beautiful nightmare
Somebody pinch me, your love's too good to be true
My guilty pleasure I ain't going no where
Baby long as you're here
I'll be floating on air cause you're my
You can be a sweet dream or a beautiful nightmare
Either way I, don't wanna wake up from you

I mention you when I say my prayers
I wrap you around all of my thoughts
Boy you're my temporary high
I wish that when I wake up you're there
To wrap your arms around me for real
And tell me you'll stay by side

Clouds filled with stars cover your skies
And I hope it rains
You're the perfect lullaby
What kinda dream is this

You can be a sweet dream or a beautiful nightmare
Either way I, don't wanna wake up from you
Sweet dream or a beautiful nightmare
Somebody pinch me, your love's too good to be true
My guilty pleasure I ain't going no where
Baby long as you're here
I'll be floating on air cause you're my
You can be a sweet dream or a beautiful nightmare
Either way I, don't wanna wake up from you

Tattoo your name across my heart
So it will remain
Not even death can make us part
What kind of dream is this?

You can be a sweet dream or a beautiful nightmare
Either way I, don't wanna wake up from you
Sweet dream or a beautiful nightmare
Somebody pinch me, your love's too good to be true
My guilty pleasure I ain't going no where
Baby long as you're here
I'll be floating on air cause you're my
You can be a sweet dream or a beautiful nightmare
Either way I, don't wanna wake up from you

Tuesday, September 1, 2009

Kenangan Kelmarin


Hujan renyai membasahi tubuh mereka yang berasak-asak keluar dari rumah Allah itu seusai solat tarawikh. Syariff tercari-cari akan bayangnya Kasyah. Masih belum kelihatan. Lantas dia berdiri di tepi pohon cendana yang rendang itu, sebagai pelindung dari hujan yang mulai lebat.

“Oit sorrylah. Lama ker tunggu?”
“Mana ko pegi daa. Aku tunggu, punya tunggu. Tapi ko tadalah…”
“Sudahlah hang. Jangan nak bercereka kat sini. Hujan makin lebat nie. Jom balik.”
“Hehehehehehe…….”

Gelak Syariff, sambil tersenyum sengeh. Lantas mereka bergerak menuju ke kenderaan pacuan empat roda, milik Kasyah.

“Ko nak drive?”
“Maleh. Aku terasa macam nak megholoh lah…”
“Haih…. Tak produktif langsung. Asyik nak membuta ajer…”
“Elloooo pakcik. Orang penat okay. Dari tengahhari kat dapur, masak laksa. Hang tue tahu kuar berjalan ajer dengan makwe. Cuba-cubalah beristighfar ker, iktiqaf ker kat Masjid. Nie takder, asyik berdaaaatinnngg ajer……”
“Mak oit!!! Hang kalu bab berleter, memang saling tak tumpah macam Mak Mah. Musti dia berbangga ader keturunan dia yang kuat berleter…..”
“Kuang ajaq hang!!! Tak sayang mulut nampak. Sudahlah hang. Aku nak balik nie. Cepat ler drive……”

Jawab Syariff sambil terus membuka pintu kereta. Dengan wajah yang agak serius, menunjukkan yang dia sedang marah.

“Hahahahahahahaha….. Bapak marah? Nanti kena jual….”
“Hahahahahahahaha….. Tidak. Bapak tak marah. Buatlah lagi. Buat…..”

Mereka berdua ketawa besar. Walaupun jenaka itu sudah acapkali mereka ulangi. Pun begitu, setiap kali jenaka itu dimainkan, pasti mereka akan ketawa berdekah-dekah.

Laluan ke Pusat Bandar agak sibuk malam itu. Mungkin kerana ramai yang ingin menanti detik 12 malam menyambut sambutan kemerdekaan yang ke 52. Bagi Syariff dan Kasyah, tahun ini mereka tidak keluar ke mana-mana. Maklumlah waktu itu bulan Ramadhan. Lebih elok mereka berjaga malam untuk bertahajud menghadap Tuhan yang Maha Esa.

“Iff, aku tengok dari tadi ko banyak mendiamkan diri ajer. Ada apa-apa ker?”
“Erk…. Iyer ker? Tadalah. Aku besa ajer…..”
“Sudahlah. Ko dengan aku pun nak mengencing. Kita kenal dari kecil lagi kay. Aku dah masak dah dengan perangai ko nie….”
“Hmmmmmm……… Entahlah. Susahlah nak cakap.”
“Come onlah….. Pebenda yang susah sangat nak cakap tue?”
“Hmmmmm…… Sofeya call petang tadi…..”
“Sape??!!!!”
“Haih…… Sofeya….”

Perlahan nada suara Syariff menjawab pertanyaan Kasyah. Seolah-olah tidak pasti dengan jawaban yang diberikannya.

“Nak apa lagi pompuan tue?!! Tak cukup-cukup ker menyusahkan ko…”

Diam. Syariff membisu tidak menjawab pertanyaan Kasyah kali ini. Cuba melarikan diri dari terus diasak dengan soalan-soalan yang tidap pasti untuk dijawab.

“Iff, can I ask you one simple question?”
“Sure. Pedia?”
“But I need a sincere answer please….”
“Yah.. Apa?”
“Do you still love her?”

Syariff diam seketika. Mencari kekuatan untuk menjawab persoalan itu.

“Syah, ko pun tahu aku sayang giler dia. She’s everything to me…”
“Come on Iff. After dia buat macam-macam kat ko pun still ko sayangkan dia?? Mananya ko letak your rationality?!!”
“Ntah. Aku sendiri pun tak sure. Ko sendiri pun tahu, bab cinta orang yang sihat pun bley jadi giler…..”
“That’s because you don’t know bezanya cinta dan hawa nafsu!!”
“I beg your pardon!!! So ko nak cakap semua yang aku cinta tue semuanya based on nafsu serakahlah….”

Syariff meninggikan suaranya. Tanda marah dan kurang senang dengan apa yang diperkatakan oleh Kasyah.

“Bukan macam tuelah brader. Im just questioning your rationality, tue ajer. Ko dah tahu apa yang dia buat kat ko. Even ko pun tahu apa yang dia cakap kat Kelvin, dia kutuk ko kaw-kaw. Tapi still ko masih sayangkan dia??”
“Haih…….”

Syariff hanya mampu mengeluh. Tidak pasti dengan apa yang dirasainya, dengan apa yang telah dilaluinya, kabur dengan apa yang akan dihadapinya.

“You see Iff, ko dan dia macam langit dengan bumi actually….”
“What do you mean?”
“Yeah no doubt, you come from a good family. Sape tak kenal daddy. Ramai orang kenal dia. Sampai menteri pun kenal dia. Tapi look at you….”
“What’s wrong with me??!!”
“Please don’t get me wrong Iff. You are too simple, especially dressing ko. Ko shopping bagai nak rak, tapi ko simpan dalam closet. Aku tengok ulang-ulang baju tue gak yang ko pakai. Tapi dia lainlah Iff. She’s living in a glamorous world. Even ko sendiri bagitau kat aku, dia lepak umah pun pakai dressing ngalah nak ke mana ajer. So can you see the difference between you and her?”
“Haih….. Aku tahu. Tapi……”
“Then?? Apa lagi yang halang ko for letting her go?? Ko sendiri dah nampak yang korang berdua tak serasi…..”
“Entahlah….. Aku sendiri tak pasti……”
“Tak sure atau pura-pura tak tahu?”

Diam. Tiada sebarang jawapan yang diberikan.

“Iff, you need to be strong. Let her go. She’s not meant for you….”
“Yeah. You are rite, she’s not meant for me…..”
“Hmmm….. Apa cerita Adriana?”
“Hahahahahaha….. Tada apalah. No news till now. And aku tak mengharap sangat pun….”
“Why don’t you give a try? She’s a medical doctor, suits you well I suppose…”
“Hahahaha…… Mulalah tue merepek. Apa yang sesuainya, kenal pun idak lagi…”
“Halah…. Kalu jadi, dua-dua doktor apa….”
“Tapi aku tak layak treat patientlah….”
“Cause you are a social doctor bengong!! Hang nie ting-tong betullah…..”
“Hahahahahahaha….. Wei jom makan Hershey’s nak?”
“Hmmm yummy!!! Jom!! Lama gak aku tak pekena Hershey’s nie. Mana?”
“Mana lagi. Port biasalah……”

Dan mereka menuju ke destinasi itu. Untuk menikmati pencuci mulut kegemaran mereka berdua. Sambil menikmati malam yang dingin itu……

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kareem


Selamat meyambut Ramadhan al-Mubarak!! Moga Ramadhan kali ini dapat mendekatkan diri kita pada yang Esa. Moga ianya menjadi titik tolak untuk perubahan kepada yang lebih baik, kepada yang lebih di redhai oleh yang Maha Kuasa. Amin......

Monday, August 17, 2009

Kali Pertama.....

“Hey you okay tak? Nampak macam pucat ajer…..”
“Entahlah…. Badan asyik tak sedap ajerlah. Rasa macam nak demamlah….”
“Come let me check your body temperature…”

Dan dia terus menghulurkan dirinya untuk diperiksa. Sambil tersenyum lebar….

“Kenapa senyum macam tue? Tue apalah difikirkannya….”
“Hahahahahahaha….. Takda apalah. Senyum tue kan sedekah…”

Sambil tersenyum simpul. Dan hakikatnya hari itu terlalu amat indah untuk dikenang. Sampai bila-bila…….

Saturday, August 8, 2009

Tetamu Diundang


Jumaat, 31 Julai 2009, yang lalu, kami warga pendidik Sosiologi and Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menerima kunjungan hormat seorang sarjana dari Akademi Kepimpinan Qatar (Qatar Leadership Academy), Doha, Qatar. Sarjana dimaksudkan ialah Dr. Khalid Mohammed Muftah.

Kunjungan Dr. Khalid sangat bermakna buat Jabatan Sosiologi dan Antropologi, serta diri aku sendiri. Dalam perjumpaan kami, banyak ruang-ruang dan peluang-peluang koloborasi antara Jabatan dan jua Akademi beliau telah dibincangkan, samada dari segi pertukaran pelajar dan jua staf akademik, mahupun peluang-peluang kerjasama kajian dan penyelidikan saintifik. Bagi aku, aku berharap pertemuan ini adalah satu landasan bagi aku untuk aku, di masa depan, mengajar di Timur Tengah, sambil menjalankan kajian antropologi terhadap masyarakat Arab modern. Insha Allah.



Berdiri dari kiri ke kanan: Dr. Rohaiza Rokis, Prof. Dr. Jamil Farooqui, Prof. Dr. Ahmad Abd al-Rahim Muhammad Nasr, Prof. Dr. Mohamed Aris Haji Othman, Prof. Madya Dr. Hazizan Md. Noon, Dr. Noor Azlan Mohd Noor, Nurazzura Mohamad Diah, dan aku (orang Oman celup :P)

Duduk dari kiri ke kanan: Dr. Badri Najib Zubir, Dr. Khalid Mohammed Muftah dan Dr. Pute Rahimah Makol-Abdul

Tiada dalam gambar: Khairulanuar Abd Rahman (jurugambar), Nor Azlin Tajuddin (cuti belajar), Norasikin Basir (cuti belajar) dan Dr. Omar Hisham Altalib (urusan peribadi)

Thursday, August 6, 2009

Sekadar Berita.....



Lama tidak menjenguk. Sudah bersawang agaknya. Keadaan yang tidak begitu mengizinkan. Terlalu sibuk dengan kerja, conference, persediaan untuk menjadi tetamu orang, dan pelbagai lagi. Ditambah dengan ribut yang melanda famili. Kasihanku pada Harith. Sedihku pada Afiqah. Mereka masih tidak mengerti. Melihatnya terbujur kaku. Sejuk. Pun begitu aku masih bersyukur, kerna Tuhan masih memberi kesempatan pada kami untuk masih lagi bertemu dengan si ibu. Sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui......