Sunday, February 1, 2009

Seruan Untuk Kaum Muslimin.......



Terlalu banyak harapan yang diberikan kepada Presiden Amerika Syarikat yang ke 44, Barack Hossein Obama, dalam mewujudkan hubungan yang lebih harmonis antara Barat dan dunia Islam. Apatah lagi selepas peristiwa September 11, terlalu banyak sentimen anti-Islam lahir di Barat dek kerana kecetekan ‘ilmu dan pemahaman mereka tentang apakah ajaran Islam yang sebenarnya. Kebanyakannya menggambarkan Islam sebagai agama yang menyeru umatnya ke arah keganasan, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pengganas utama dunia. Sedihnya melihat perangai mereka ini…..

Harapan bahawa Presiden Barack Obama akan menukar hala tuju polisi AS mengenai isu Palestin-Israel serta hubungan AS dan dunia Islam hanyalah retorik dan mimpi semata-mata. Ketika berkempen di persidangan tahunan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC) pada musim panas yang lalu, kedua-dua calon Demokrat yang berebut jawatan calon Presiden parti tersebut ketika itu iaitu Obama dan Hillary Rodham Clinton menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap Israel. Obama berjanji “tidak akan bertolak ansur dalam soal keselamatan membabitkan Israel”, manakala Clinton menyatakan “hubungan baik AS dan Israel akan berkekalan selama-lamanya.” Jika ini diambil sebagai pertimbangan untuk membentuk polisi hubungan luar, apatah lagi kini Hillary Clinton mengetuai Jabatan Negara yang bertanggungjawab terhadap polisi luar AS, maka kita tidak boleh berharap akan berlaku perubahan. Dan jika kita melihat kepada barisan kabinet Obama, beliau dikelilingi oleh Zionis bermula dari Naib Presiden Joseph Biden hinggalah kepada Ketua Staf Rumah Putih (White House), Rahm Emmanuel yang merupakan seorang Yahudi yang pernah berkhidmat dalam tentera Israel. Polisi domestik akan ditentukan oleh anggota Zionis jua seperti Timothy Geithner, Lawrence Summers, Paul Volker, Peter Orszag, Jason Furman, dan tidak lupa Jamie Rubin, anak kepada pengasas Rubinomics. Kebanyakan penasihat Obama merupakan Yahudi dan terdapat komentar bahawa beliau merupakan Presiden pertama AS dari golongan Yahudi!

Dewan Perwakilan AS yang dikuasai Parti Demokrat telah meluluskan resolusi “membenarkan Israel mempertahankan hak mereka dari serangan pejuang Palestin di Gaza” dengan majoriti besar, 390 berbanding 5. Ahli Kongres dari Ohio, Dennis Kucinich yang mengundi menentang resolusi sebelum pengundian telah berkata bahawa, “saya tidak berharap kita tidak menyokong tindakan kejam yang telah dilakukan berulang kali oleh tentera Israel. Kita perlu mengambil pendekatan baru membabitkan Asia Barat dan pendekatan baru ini perlu mengambil kira keadaan tidak berperikemanusiaan di Gaza.” Dewan Senat AS mempertahankan resolusi yang telah dibuat untuk terus komited terhadap Israel. Ini termasuklah hak untuk Israel bertindak mempertahankan diri bagi memelihara nyawa orang awam serta menggesa gencatan senjata yang akan menghalang penduduk Palestin dari melancarkan roket ke wilayah Israel. Senator Harry Reid yang mengetuai Demokrat di Dewan Senat berkata selepas pengundian, “resolusi kami menunjukkan keinginan negara Israel dan penduduk AS.” Nah adakah Obama yang kini memerintah Amerika boleh dijadikan sandaran untuk umat Islam melihat dunia yang lebih adil terhadap Islam dan penganutnya?

Telah acapkali kita mendengar umat Islam menyalahkan orang luar, Yahudi dan Zionis, terhadap kehancuran, kelemahan umat Islam ketika ini. Mereka dituduh, dan dipersalahkan, kerana telah menyemai benih-benih nasionalisme dikalangan umat Islam, lantas melemahkan umat Islam yang satu ketika dahulu kuat dan bersatu dibawah sistem Khalifah. Natijahnya kini kita dapat melihat jumlah negara Islam yang agak besar tetapi mereka langsung tidak bersatu, malahan bercakaran sesama sendiri. Ya, fakta itu mungkin ada benarnya. Namun sampai bila kita hendak menuding jari kepada orang luar, meletakkan beban kesalahan kepada mereka? Kenapa kita tidak pernah menyalahkan diri kita sendiri kerana kita alpa, lalai dan leka ketika kita kuat satu ketika dahulu? Sudah sampai waktunya kita bangkit dari tidur yang lena, mimpi yang terlalu indah. Kita perlu bina kekuatan kita sendiri. Dan kekuatan ini hanya akan dapat dibina dengan kepercayaan yang tidak berbelah-bahagi terhadap Allah dan rasul-Nya, serta memahami agama yang suci ini berlandaskan nas-nas dan hadis-hadis yang sahih. Bukannya berpaksikan hadis yang penuh dengan unsur-unsur Israiliyyat! Pabila ketauhidan kita kukuh, pemahaman agama kita suci dari sebarang elemen-elemen yang mengotorkan kesucian agama Allah ini, barulah ketika itu kita dapat bangkit menguasai dunia. Dan untuk menguasai dunia, ianya perlulah bermula dengan penguasaan ilmu pengetahuan.

Untuk seluruh umat Islam: “Dan bangkitlah dari tidurmu yang lena.

9 comments:

Nite Garden said...

1. "Namun sampai bila kita hendak menuding jari kepada orang luar, meletakkan beban kesalahan kepada mereka? Kenapa kita tidak pernah menyalahkan diri kita sendiri"

Siapa yg mahu menyalahkan diri sendiri apabila sesuatu yg buruk berlaku, walaupun hakikatnya dia mengetahui itu adalah kesalahannya sendiri?? Ini sifat semulajadi manusia. Hanya segelintir saja yg mahu mengakui kesalahan sendiri dan memperbetulkan keadaan.

2. "Bukannya berpaksikan hadis yang penuh dengan unsur-unsur Israiliyyat!"

Cuba jelaskan cket lagi pls.

3. "Pabila ketauhidan kita kukuh, pemahaman agama kita suci dari sebarang elemen-elemen yang mengotorkan kesucian agama Allah ini, barulah ketika itu kita dapat bangkit menguasai dunia"

Walau apa agama skalipun yg dianuti oleh manusia, kesemuanya menyeru kpd kedamaian, keamanan dan kesejahteraan hidup. Tapi mengapa manusia di dunia ini masih hidup bercakaran?? Adakah krn kita semua masih lg belum benar memahami agama masing2?? Mengapa para ulama Islam, para paderi, para sami, para rahib, masih tidak boleh berganding bahu dan duduk semeja utk berbincang ttg keamanan dunia??? Mengapa para paderi masih lg belum boleh mendgr khutbah Jumaat di masjid org Islam dan Imam kita masih belum boleh mendgr khutbah paderi di gereja?? Adakah ini mustahil utk dicapai???

3. "Dan untuk menguasai dunia, ianya perlulah bermula dengan penguasaan ilmu pengetahuan"

Ya setuju. mmg benar ilmu pengetahuan boleh menguasai dunia dan akhirat. Aku pun nak smbung blajaq jugak tahun nih, InsyaAllah ;p

Nite Garden said...

Sori la terover pjg pulok mengomen ;p

the anThropologist said...

Nite Garden:
1. Yeap agreed. Sebab tue lah aku habaq macam tue. Sampai biler kita nak salahkan orang lain atas kesusahan, kemunduran yang kita alami. Kenapa tidak kita tuding pada diri kita sendiri dahulu?

2. Banyak hadith-hadith Israiliyyat telah tersebar dalam masyarakat kita sejak dahulu lagi. Hadith-hadith ini jelas sekali bukanlah hadith sahih, dan sesetengahnya adalah hadith maudu' dan hadith palsu yang dicipta untuk memesongkan aqidah umat Islam. Contoh yang dapat diberikan di sini ialah hadith yang biasa disampaikan oleh para ustaz berkenaan fadhilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan yang kononnya Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban bulan Nabi s.a.w. dan Ramadhan pula adalah bulan umat Islam. Hadith ini jelas hadith Israiliyyat. Kalaulah Rejab bulan Allah, Sya'ban bulan Nabi s.a.w. dan Ramadhan adalah bulan umat Islam, bulan-bulan yang lain bulan untuk siapa? Untuk syaitan? Untuk kafir laknatullah? Hadith ini telah lama bertapak dalam masyarakat kita sedang ianya adalah hadith Israiliyyat.

3. Boleh dilaksanakan tapi dengan syarat tujuan dan hadafnya mestilah jelas untuk tujuan kemanusiaan (humanity) dan keamanan. Tapi sayangnya ini tidak dapat dilaksanakan kerana masing-masing ada tujuan yang tersendiri. Tapi tidaklah pelik kerana 1400 yang lalu Allah telah berfirman yang maksudnya: "Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani kecuali umat Islam mengikut jejak langkah mereka." Nabi juga telah berkata: "Akan tiba satu hari nanti umat Islam akan mengikut musuh-musuh mereka hinggakan jika mereka masuk lubang biawak pun kamu akan mengikutnya."

4. 'Ilmu adalah pemangkin kepada perubahan. Lihat sahajalah Barat, mereka mampu berubah kerana penguasaan mereka terhadap 'ilmu. Hang nak sambung apa pulok nie? :P

Nite Garden said...

Nak sambung apa??? Owh akan diwar2kan kemudian nnti bila tiba masanya ;p

the anThropologist said...

Eleh.... Tue pung nak berahsia-rahsia :P

Nite Garden said...

Ala.. aku kan secretive n pemalu ;p

the anThropologist said...

Wawawawa.... Sejak biler pulok nie :P

Nite Garden said...

semenjak dua menjak nih hehehe

the anThropologist said...

Echeh.... :P