Saturday, February 7, 2009

Identiti, Sang Kodok dan Pengenalan Sosiologi


Kebelakangan ini aku banyak menulis dalam Bahasa Malaysia. Seorang teman lalu bertanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS):

“Menulis dalam Bahasa Malaysia untuk menyatakan sokongan terhadap pemansuhan PPSMI ke?”

Aku hanya mampu tergelak, sebagai reaksi awal terhadap pertanyaan tersebut. Dek kerana kami membesar bersama-sama, teman itu sangat memahami setiap perlakuan aku, baik yang tersurat mahupun yang tersirat. Namun jawapan aku adalah tidak. Sebab penulisan aku banyak menggunakan Bahasa Malaysia kebelakangan ini hanyalah sekadar untuk ‘melayan mood.’ Tidak lebih dari itu.

Rumah yang aku duduki sekarang ini terletak bersebelahan dengan sekolah; Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10. Setiap pagi selepas solat Fajar, satu perkara yang gemar aku lakukan lewat kebelakangan ini ialah berjalan-jalan sambil beriadah kecil di hadapan kawasan rumah yang aku duduki ini. Tapi bukan setiap pagilah :P Sambil pada waktu yang sama aku suka meninjau-ninjau pelajar-pelajar sekolah menengah tersebut datang ke sekolah. Bukanlah bermaksud untuk meng‘usha’ mereka (ahakzz!!). Tapi perkara yang aku suka perhatikan adalah pengangkutan mereka ke sekolah. Rata-rata mereka dihantar oleh keluarga, samada ibu ataupun bapa. Bagi aku itu fenomena biasa. Namun yang menarik perhatian aku adalah jenis kenderaan yang digunakan. Kebanyakannya kenderaan mewah, yang berharga paling kurang seratus ribu. Mercedes, BMW, Volkswagen, Volvo (my favourite car!!), Toyota Lexus etc. Pun begitu ada jua yang bermotosikal, dan hanya berjalan kaki sahaja. Kalau nak dilihat, status sosio-ekonomi masyarakat kawasan yang aku duduki sekarang ini tidaklah seimbang. Ada yang berada dan mewah (upper class and upper middle class), ada yang berada di kelas pertengahan (middle class), ada yang tergolong dalam golongan pekerja dan kelas pertengahan dan bawahan (lower middle and lower class). Di minda ku acapkali berfikir, pasti mereka-mereka ini golongan anak-anak sekolah menengah yang mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Harapnya begitulah…..

Lantas minda ku terfikir kepada mereka yang bersekolah di desa, bagaimana pula dengan mereka yang bersekolah di ceruk hujung dunia. Yang terpaksa menaiki bot dan sampan berjam-jam untuk sampai ke sekolah. Adakah penguasaan Bahasa Inggeris mereka baik, semantap mereka di bandar? Tidak pula dapat ku pastikan. Mungkin rakan-rakan ku di Fakulti Pendidikan (Naemah, sila jawab :P) dapat memberikan jawapan yang lebih jelas.

Namun perkara yang ‘menggelikan’ minda ku adalah berkenaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kononnya pejuang-pejuang Bahasa Melayu mengatakan ianya bersifat tidak patriotik kerana membelakangkan bahasa ibunda. Malahan mereka mempertahankan bawah Bahasa Melayu telah lama menjadi ‘lingua franca’ untuk pembangunan dan penyebaran ‘ilmu. Yang menggelikan aku ialah bilamana mereka memperkatakan bahawa ‘identiti’ Melayu akan terhakis bilamana pengajaran dua subjek itu dilakukan dalam Bahasa Inggeris.

Kasihan. Mungkin para pejuang bahasa ini perlu masuk kelas ‘ilmu anthropologi agaknya. Identiti adalah bahasa yang dipinjam dari bidang antropologi. Malahan ianya mula dibicarakan secara ekstensif oleh para antropologis sosial seperti Edmund R. Leach dalam karyanya Political System of Highland Burma dan E.E. Evans-Pritchard dalam karya agungnya The Nuer. Identiti dari perspektif antropologi akan hanya terjelma melalui proses interaksi. Meminjam kata-kata Jay Clyde Mitchell:

“Identity does not occur in vacuum, it occurs through the process of interaction.”

Bahasa hanyalah ‘simbol’ kepada identiti etnik Melayu. Tidak bermakna bilamana kita berbicara menggunakan Bahasa Inggeris, identiti kita atau sifat ‘keMelayuan’ kita terhakis. Contoh, kalau kita tinggal di negara Arab, pastinya kita terpaksa berbicara menggunakan Bahasa Arab ataupun Bahasa Inggeris hampir keseluruhan waktu, maka adakah itu bermakna kita sudah hilang ‘identiti’ Melayu kita? Maka samalah jua pengajaran subjek Sains dan Matematik. Kalau ianya diajar didalam Bahasa Inggeris, adakah ianya akan melemahkan, melunturkan dan lantas menghakis identiti etnik Melayu kita? Tun Dr. Mahathir dan mereka yang sezaman dengannya telah belajar Sains dan Matematik didalam Bahasa Inggeris. Namun tidak pula sifat keMelayuan mereka itu terhakis. Fikir-fikirkanlah…….

Ketika pulang dari solat ‘Isya kelmarin, aku dapat mendengar sang kodok membuat bising memanggil sang hujan. Hasilnya, malam kelmarin hujan turun agak lebat di kawasan rumah ku. Nyaman dan enak tidur ku. Satu sifat sang kodok yang senantiasa menarik perhatian ku dari dahulu hingga dewasa ini ialah sifatnya yang mampu melompat dengan jarak yang jauh. Inilah bukti kekuasaan Allah. Tuhan yang menciptakan ‘alam ini. Namun sifat melompat tidak hanya ada si kodok. Manusia pun ‘bijak’ untuk melompat. Dan lompatan mereka lagi hebat. Hingga mampu meranapkan sebuah kerajaan negeri. Hebat kan…..

Bagi ku, sang kodok yang perlu diberi ‘penghormatan’ adalah kodok Bota (erk… sape duk dekat Bote yer :P). Aku tidak bermaksud untuk menghina, apatah lagi merendahkan martabat sesiapapun. Cuma ianya agak menarik untuk diceritakan. Itu sahaja. Kodok ini telah melompat untuk mencari ‘rumah’ yang baru. Telah berjumpa ‘rumah’ yang baru, hanya selesa sekadar sebelas hari sahaja. Mula difikirkan dan dirasa ‘rumah’ yang lama sudah ‘usang’. Maka ‘rumah’ baru ini lebih baru, sesuai untuk ‘dunia yang serba-serbi baru ini.’ Namun sayang setelah sebelas hari, ‘rumah’ baru dirasakan ‘usang’ dan ingin kembali ke ‘rumah’ lamanya. Dan kembalilah ia ke ‘rumah’ lamanya. Sayang…… Komen ku sama dengan ‘Sang Bentara Luar’:

“Orang ini tiada ‘political conscience’…….”

Jam sudah hampir 10 pagi. Aku perlu bergegas bertemu dengan penyelia tesis sarjana ku. Dan aku perlu bersegera, dengan kadar yang pantas, untuk menyelesaikan tesis sarjana ku. Kerana semester pendek ini aku diminta untuk mengajar. Tidak perlu menunggu semester satu nanti. Satu subjek dan satu kelas sahaja. Subjek ‘Pengenalan Sosiologi’. Dengan harga RM 1300. Inilah dinamakan rahmat Allah……

34 comments:

Nite Garden said...

oleh krn komen aku pjg terlampau, makanya aku tlh mengomen entry ang ni kat blog aku ;p

tunggggguuuuuuuuu!!!!!!!!

the anThropologist said...

Sikit punya lama tunggu komen. Tengok-tengok...

Aku tunggu!!!!!! Ahakzz!!! :P

Nite Garden said...

Sila baca komen aku kat sini ;p

http://inthenitegarden.blogspot.com/2009/02/komen-aku.html

Che underscore Lee said...

kodok Bota tu patutnya digelek je... biar mati katak

RM1300? wahaa bleh aa belanje!

Nite Garden said...

Ahem ahem Che_Lee, saya pun org bota gak tapi saya bukan kodok ittew ;p

apa kata kita gelek dia ngan steamroll? ;p

the anThropologist said...

Che_Lee:
Ahakz!! :P

Nite Garden:
Steamroll? Hahahahahaha :P

Rehan Who said...

komen utk cerita kodok:
rehan x folo sgt pasal politik kt msia..dlu zaman2 dr.M seronok gak nk ikut, sebab nmpk hala tujunye (walopn ms tu rehan masih skolah lg).tp skrg pemimpin lebih sibuk dgn hal parti drp kebajikan rakyat, pembangunan negara, perpaduan kaum.

parti lebih penting ke drp rakyat?

the anThropologist said...

Nope, rakyat lebih penting dari parti, malahan lebih penting dari pemimpin.

Cuba renung kisah Saiyidina 'Umar al-Khattab. Bilamana baliau mengetahui ada umat Islam ketika itu, di Madinah, tidak mempunyai makanan. Beliau sendiri pergi ke Bayt al-Mal dan mengangkut sendiri seguni gandum untuk diberikan kepada orang tersebut. Bila hambanya ingin mengambil guni gandum itu darinya, beliau berkata: "adakah engkau akan dapat menggalas beban tanggungjawab ku ketika aku berhadapan dengan Tuanku (Allah) nanti?"

Rehan Who said...

betul tuh..tanggungjawab pemimpin sgt la besar..kalau diorg x sanggup, kenapa masuk bertanding..mungkin niat diorg awal2 lagi dah x betul..

generasi muda mcm rehan nih serba salah..kalo x pangkah, nanti dianaktirikan..tp kalo pangkah pn x ke mana gak..

lg satu yang rehan ralatkan, institusi mufti pun dh kelam kabut skrg..ape kes nih? jgn la dipolitikkan mufti2 tu..diorg jaga hal agama..kalo kejap kne pecat, kejap kena sound, umat islam kt msia pun hilang kepercayaan kt mufti..kt pemimpin apetah lg..

the anThropologist said...

Itu semuanya bergantung pada iman masing-masing. Kalaulah agama dijadikan sandaran dan laluan untuk berpolitik, insha Allah semuanya baik sahaja.

Sebagai generasi muda, dan pengundi yang layak, kita kena gunakan kuasa kita sewajarnya. Jangan takut. Kena berani. Kerana itulah tuntutan agama. Biar berani kerana benar.

Mufti? Nak wat camner. Nak lantik mufti pun kena lalui proses penapisan kat peringkat Menteri Besar. Politiklah tue :P

Rehan Who said...

situasi parti pemimpin skrg nih plg tepat digambarkan dengan petikan dialog dari filem pendekar bujang lapok:

alif mim nun wau: sarkis.

the anThropologist said...

Wawawawawa..... Hebat!! :P

Inilah natijah politik berlandaskan hawa nafsu. Bukannya minda dan akal budi.

Rehan Who said...

"Wawawawawa..... Hebat!! :P"

perli rehan nmpknye ye..tau la rehan suke merepek :p :p :p

the anThropologist said...

Ekennen. Terasalah pulok pompuan nie. Aku tak perli hanglah. Sajer gelak. For nothing. Coz aku tau kalu aku perli hang nanti ader orang marah aku. Ahakzz!! :P

Nite Garden said...

rehan, dasetan tu tgh angau pasai tu gelak tak tentu pasal ;p

the anThropologist said...

Angau? Saper angau? Takderlah. Biasa ajer :P

Rehan Who said...

oo..angau ke.. ('.')
org angau bese mmg senget sket..
kalo cmtu dimaafkan la..hahaha :D :D

the anThropologist said...

Monkibizniz:
Ewah-ewah. Camner ang tau orang angau senget sikit? Coz ang pun angau gak ker? :P

Rehan Who said...

eh..tuka topik plak..org ckp psl die, die ckp kite plak..hahahahah!! :D :D :D

Nite Garden said...

hanya jawhari mengenal manikam huahuahua

Rehan Who said...

"hanya jawhari mengenal manikam huahuahua"

bang, die pekena kite berdua laa..huhuhu

the anThropologist said...

Monkibizniz:
Tuka topik? Dak aih. Huahahahahahahaha :P

Nite Garden:
Yeah. Hanya jauhari yang mengenal manikam kan :P

the anThropologist said...

Monkibizniz:
Dia duk kata macam tue pasai dia pung 2X5 gak. Tue pasailah dia begitu expert sekali bab-bab macam nie :P

Nite Garden said...

aku tak malu nak mengaku yg aku penah angau suatu masa dahulu... tp skrg dah pencen dah ;p

korang dua org la ni.. daripada citer si kodok sampai la citer si jauhari dan si manikam, korang masih lagi tak ngaku korang tgh angau.. sorang angau ngan ben sorang angau ngan ilham.. ataupun korang angau dua org nih huahuahua

the anThropologist said...

Nite Garden:
Dah pencen kaaa?? Ahakzz!! :P

Ilham mana pulok nie? It's a fiction ler. Apa kena-mengenanyer dengan I nie. Uollzz :P

Nite Garden said...

Echeh cheh cheh sekilas ikan di air ;p

Rehan Who said...

ya Tuhan, serius ktorg xde pape..in fact ben ade awek dah sorg [xkan ade byk plak kot..hahahah!! :D :D :D] err...mntk2 ben x bc komen nih.. :D

daSetan sorg jek y angau..dlm setiap entry, makin jelas ketara keangauan die..hahaha!!! :D :D :D

Nite Garden said...

tp dasetan ni masih tak ngaku2 dai angau padahal dah mmg terang lagi bersuluh angau tue ;p

the anThropologist said...

Nite Garden:
Sekilas ikan di air?? So??? *konpius*

Monkibizniz:
Ewah-ewah hang. Sesuka hati mok bapok kater aku yer. Kuang ajaq sungguh. Nak kena pompuan nie :P

the anThropologist said...

Nite Garden:
Biler masa pulok aku angau nie??!!! Grrrr..... *hangin*

Rehan Who said...

hahahaa!!! ade nada2 gelabah di ctu..
:D :D :D

the anThropologist said...

Monkibizniz:
Nada2 gelabah?? Maner ader? Biasa-biasa ajer dong :P

Nite Garden said...

kalau tak betul takkan gelabah kan? ;p

the anThropologist said...

Nite Garden:
Tue pasailah aku tak gelabah :P