Pang!!! Mata aku terus berpinar. Pipi ku terasa amat pedih. Lantas aku tidak mampu untuk mengekang aliran air mata ku. Laju, deras ianya mengalir. Dan Kelvin masih berdiri tegak di hadapan ku. Mempamerkan rasa amarahnya.
“Kenapa kau masih berdegil? Fahamlah sikit wei. Dia hanya ingin memperbodohkan kau sahaja!!”
Jerkahnya memarahi aku. Yang lain hanya diam seribu bahasa. Memerhatikan sahaja, apa yang berlaku. Aku memandang pada Simon, mohon pertolongan dia. Namun sepi. Vincent awal-awal sudah angkat kaki. Hilang entah ke mana. Tiada bayangnya sejak dari mula lagi. Tapi aku sedar, dia marah. Dari raut wajahnya, aku amat pasti dia terlalu amat marah. Lantas aku tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya diam dan kelu seribu bahasa.
“Dahlah adik. Kalau dia tak mahu pergi, then kau perlu tinggalkan dia. Apa yang kau dapat. Sakit hati. Sakit jiwa. Sedih. Menangis. Apa lagi?? Ini ke apa yang kau mahukan? Kau akan lebih baik, lebih bahagia tanpa dia.”
Pujuk Ken pada ku. Sambil memegang erat tangan ku. Memukul manja bahu ku. Dan seperti biasa apa yang suka di lakukan semenjak kecil hingga sekarang, memiat telinga ku. Sambil tersenyum. Dan aku balas senyuman dia. Sambil ketawa kecil.
“Aku tidak mahu senyuman ini. Yang aku mahukan senyuman ini”
Sambungnya lagi, sambil meletakkan tangan kanannya di atas dada ku. Dan dia melihat tajam ke wajah ku. Tapi aku tidak mampu berkata apa-apa. Hanya mampu tersenyum. Dan mengangguk perlahan. Dan dia berlalu, menarik Kelvin pergi.
“Orang kalau sayang kita adik, kau buatlah apa pun, dia tetap akan sayang kita. Ko tinggalkan si sial tue!!!!”
Jerit si Kelvin sambil dia berlalu pergi. Ditarik oleh si Ken. Dan Jerry mengikuti mereka. Sambil menggelengkan kepalanya. Tidak bercakap walaupun sepatah perkataan.
Aku bangkit dari duduk ku. Berjalan menuju ke taman yang tersergam indah di hadapan rumah ini. Peninggalan arwah ayah ku. Bermain-main air di kolam ikan itu. Sambil duduk tanpa mengetahui apa yang harus aku lakukan. Tiba-tiba bahu ku ditepuk. Terkejut aku dibuatnya. Dan terdengar ketawa kecil dia.
“Kau dari kecil sampai ke tua, kalau sedih suka main air kan”
Tergelak aku mendengar kata-kata Vincent.
“Jom kita main rakit jom!!”
“Bengong. Nak cari buluh kat mana. And nak main kat mana? Sungai Klang??”
“Apa lagi. Jom balik Muar”
“Come onlah adik. Balik Muar bukan isunya. Jangan kata Muar, mana-mana pun kita boleh pergi. Just name it. Kau nak pergi Makasar kan. Fine. Ahad nie kita boleh pergi. Tak payah nak tunggu duit nenek kau”
“Vic…….”
“What?? Did I say anything wrong?? Ehh. I wanna ask youlah dik. Dia sibuk suruh bagitau apa benda yang dia dah buat. Siap bagi analogi orang buta. And bila kau bagitahu dia, apa dia buat? Ada dia cakap minta maaf??? Ada dia admit salah dia???”
“Wei dahlah….”
“What?? We have been knowing each other since 3 years old. Kau tahu aku tak pernah nak mengungkit adik. Tapi for you, aku sanggup pujuk yang lain. At least to show our support. Sekurangnya dapat buat dia sedar. Tapi in the end apa yang berlaku?? What did u get? Nothing rite. Tell you what. Orang hati batu macam dia tue tak ke manalah dik. One day dia akan regret for not loving you. Orang bangsat macam dia tue tak akan dapat orang sebaik macam kaulah. Never!! Trust me adik.”
“Vic, could you please….. Haih. I just need my own space. Please.”
“I don’t mind leaving you alone. But promise me that kau akan tinggalkan dia. If you cannot do that for yourself, do it for us. Budak-budak setan nie yang kau dah kenal lama dah.”
“Alrite. I promise. I will think about it.”
“Aku suruh kau buat, bukan fikir.”
“Ya lah… Please Vic.”
Dan dia berlalu. Meninggalkan aku keseorangan. Bertemankan kepekatan malam. Langit cerah. Tanpa sebutir bintang. Dingin. Menusuk hingga tulang sum-sum ku. Sepi. Seolah-olah bermain di jiwa ku. Dan aku memeluk erat tubuh ku. Mencari-cari apa yang harus ku cari. Mencari-cari apa yang perlu aku cari. Fajar sadiq mula menyingsing. Dan azan Fajr akan menuruti.
Janjinya akan berbicara semula. Namun aku hanya mampu tersenyum. Dek kerana janjinya yang banyak. Dan banyak jua yang dimungkiri.
Dan adakah aku pasti………….
Friday, October 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment