Sunday, October 19, 2008

Dan Hari Ini, Tika Ini........

“Adik… Bangun. Dah sampai dah nie. Jap lagi nak turun dah nie”

Terkejut aku dibuatnya. Lenaku telah diganggu. Termangu aku sebentar, memikirkan di manakah aku tika ini. Sambil mengesat-ngesat biji mataku.

“Ahh… Sudah sampai rupanya. Hmmm…..”

Hatiku berdetak. Sambil mengemaskan barang-barangku. Bersiap-siap untuk turun. Tiba-tiba timbul rasa malasku. Malas untuk berhadapan dengan karenah birokrasi yang amat memenatkan. Namun kerna itu semua adalah prosedur yang perlu semua orang lalui, aku gagahi jua.

Dan kami berjalan bersama-sama mereka yang lain. Mencari-cari laluan yang perlu kami tempuhi. Bersyukur aku kerna dapat memahami tulisan di papan tanda itu. Lantas kami pergi menuju laluan itu.

“Adik kejap…”
“Kenapa? Pasport takda ker?”
“Entahlah… Rasanya tadi letak dalam beg nie. Tapi takda plak nie”
“Ehhh…. Biar betul. Nie dah sampai sini dah nie. Carilah betul-betul…..”
“Hmmmm….. Jap-jap. Okay. Ada….”

Sambil tersengih, tanda meminta maaf akan kekalutan yang berlaku. Dan aku hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Tidak marah. Tidak gembira. Cuma terhibur dengan gelagatnya itu. Acapkali berlaku sedemikian. Walaupun sudah acapkali jua aku mengingatkan dia untuk meletakkan barang-barang yang penting untuk perjalanan dalam satu beg. Namun, itulah sikapnya. Yang kadang-kala membuatkan aku terhibur. Tersenyum. Malahan tertawa akan sikapnya itu.

Kami berjalan menuju ke arah pegawai itu. Berbaris menunggu giliran.

“Aghhh!! Bencinya aku untuk menunggu giliran seperti ini. Alangkah bagusnya kalau aku ini anak raja. Sudah tentu tidak perlu untuk aku berbaris seperti ini”

Hatiku berdetik.

“Hehehehehehe……..”

Dia tertawa. Dan aku melihat wajahnya. Tersenyum simpul. Ku kira dia tahu apa yang berdetik di hatiku sebentar tadi. Biarlah. Dia sudah masak akan sikapku. Entahlah kenapa. Satu sikap ku dari kecil yang tidak dapat ku ubah, mahupun ubati. Aku tidak mampu untuk menunggu. Apatah lagi jika ianya melibatkan waktu. Jiwaku pasti akan memberontak. Berantakan. Memaksa aku untuk resah. Dan tidak senang punggung.

“Min maliziya ya sayyid?”
“Aiwah”
“Masya Allah. Takallam bil lughah ‘arabiyyah jaiyidah”
“Shuwayya. Ayyi musykilah?”
“Fin sakin hinak?”
“ ‘Ammi. Sulayman ibn Muhammad Zaki. Bi Makkatul Mukarramah”
“Aiwah. Shukran ya sayyid. ‘ala kulli hal, hasan”
“ ‘Afwan”

Kami melepasi pegawai tersebut. Syukur. Tidak banyak karenahnya. Kalau tidak, ada-ada sahaja persoalannya. Membuatkan aku rasa jemu, jelak untuk menjawabnya.
Aku tercari-cari akan abang Zarif. Janjinya akan menuruti ku di sini. Sudah ku khabarkan padanya jadual penerbangan ku tempoh hari. Harap-harap dia tidak lupa. Jikalau tidak, timbul satu masalah pula.

“Abang Zarif tak sampai lagi ke?”
“Entahlah. Hari tue dah bagitau dah kat dia around this time sampai. Takan dia lupa kot….”
“Adalah tue. Dalam perjalanan kot..”
“Aduhhh….. Bukannya dekat nak datang sini. Hmmm……”

Aku sudah mula merungut. Bosan untuk menunggu. Perkara yang terlalu amat tidak ku gemari. Dari kecil sampailah sekarang.

“Khalu azhar!!!”

Tiba-tiba aku terdengan jeritan suara Syariff. Wajahnya yang comel itu terus bermain di mata ku.

“Syariff!!! Ya ajmani!!!

Dia berlari laju ke dakapan ku. Dan aku memelut erat dia. Mencium pipinya yang montel.

“Anta kif hal?”
“Alhamdulillah, tamam. Khalu?”
“Alhamdulillah”

Bicara awal kami. Ku pasti, selepas ini bermacam-macam soalan lagi akan ditanyakannya lagi.

“Sorrylah dik. Tadi keluar lambat, ada hal sikit. Dah settle semua?”
“Dah ler. Kalu tak, takkan aku boleh tercongok kat sini”
“Hahahahahaha….. Jomlah. Kereta kat sana ajer. Ajak kawan tue sekali”

Dan kami berlalu. Menuju ke kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh abang Zarif. Selesai segalanya, kami terus bertolak. Menuju ke kota suci itu. Untuk menjadi tetamu Allah. Dan jiwa ku tiba-tiba tidak tenteram. Aku berasakan cukup tidak selesa. Terlalu banyak yang bermain di minda ku. Resah. Takut. Aku sendiri tidak pasti. Aku bertanya-tanya adakah ini pasti. Namun tiada jawabannya. Aku jadi takut. Kalau-kalau kudrat ku hilang. Disiksa. Dan dihina. Ku pujuk hati ku yang resah. Dia Maha Mengasihani…………

1 comment:

Adam M.A said...

woi.. translation please...:P