Tuesday, October 14, 2008

A Note to My Dearly Beloved Brothers







Adik







Kelvin













Jerry














Simon and Liz
















Vincent and Aisyah















Ken and Evelyn










Kita semua boleh dapat apa sahaja yang kita mahukan dalam dunia ini. Namakan apa sahaja. Ke mana sahaja. Aku tahu kita semuanya mampu, upaya untuk mendapatkannya. Tapi perlukah kita menjadikan duit, wang itu segala-galanya? Perlukah kerana wang kita menyisihkan manusia yang lain? Lebih teruk, kita menghina mereka dek kerana ketidak-mampuan mereka?


Aku tidak mahu berbicara panjang lebar. Kerana aku amat memahami, dan jua menghargai kasih sayang kamu semua. Kerana sayang kamu bertindak sedemikian. Tapi perlukah hingga ke tahap menghina, mencerca manusia yang lain? Merendahkan martabat mereka hingga ke tahap haiwan yang paling hina dan paling keji? Itukah ajaran kita semua? Asas kita semua?


Sudah hampir lapan tahun abah meninggalkan kita semua. Dan tiada satu hari pun dalam lapan tahun ini kita melupakan dia. Ya, tidak pernah walau sehari. Mahupun seminit, atau sesaat. Tapi sedarkah atau tidak, kita alpa akan ajarannya? Didikannya? Dan jikalau dia masih ada, adakah dia akan tersenyum melihatkan gelagat kita ini? Ajarannya, didikannya adalah legasi beliau yang perlu kita hayati hingga saat ini. Dan tidakkah kamu risau yang dia sedang kesedihan melihatkan anak-anaknya ini berkelakuan seperti ini? Melanggar dan tidak menghiraukan nasihatnya?


Biar apa pun berlaku, kita masih manusia. Kita semua masih manusia. Jangan biarkan amarah menguasai diri kita. Cantiknya manusia itu diukur bukan dengan pakaiannya; tapi dengan budi bahasanya, sopan santunnya. Bukankah itu pesanan terakhir si ayah??

No comments: