Kelam. Suasana malam ini. Gelap. Tanpa cahaya bulan. Tanpa sebutir bintang di langit. Seperti kelazimannya. Sunyi. Sapan sapi. Yang kedengaran hanyalah dendangan sang katak memanggil-manggil si hujan. Dingin. Terlalu amat dingin. Seolah-olah fajar nanti sang salji gingko akan mengiringi ketibaannya. Dan di sini aku duduk merenung langit. Berbicara pada alam. Sambil memeluk erat tubuhku. Seolah-olah si kecil rindukan bapanya…..
Taman ini luas. Binaan si ayah. Di hujung sana berdiri megah teratak Jepun. Tempat si ayah duduk mencari ilham. Ditentangi sebuah kolam ikan. Tempat si anak ikan berenang. Tempat kegemaran si cucu, Luqman Harith, bermain-main dimasa kelapangan.
“Ahhhh….. Rindunya pada Harith!!”
Getus hatiku. Lantas mengelangut mindaku pada senyumannya.
“Comel!! Tidak ubah seperti pakcunya masa kecil-kecil dahulu”
Itulah komen pertama, terpacul dari bibir Mak Ngah Odah. Ketika pertama kali berjumpa raya tahun sudah. Dan si Mak Ngah memandang mesra pada ku. Lantas berbicara….
“Wa khaluka jamil. Khalatuka, jameelah??”
Aku tergelak mendengar komentarnya. Lalu menyahut….
“Intazir!!!! Biwaktin qariban!!!”
Giliran si Mak Ngah tertawa keriangan. Begitulah aku dan Mak Ngah Odah. Dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, kami tidak akan pernah tidak tertawa setiap kali berjumpa. Namun, hakikatnya dia terlalu jauh. Nun di kota suci sana. Menjadi ‘abid pada yang Esa. Laksana Khadijah yang cintakan pada suami dan agamanya. Umpama Fatimah yang mengagungkan Nabi-Nya dari keluarga. Berdoa agar hidupnya, matinya persis Sumayyah yang cintakan agamanya…….
Dan aku….. Masih di sini. Memandang sepi teratak Jepun itu.
“Ayah kamu tue budak baik. Masa kecik-kecik dulu, mak yah ingat sangat, dia selalu tolong arwah atuk lepas balik sekolah. Dia rajin. Sekolah pun pandai. Tapi maklumlah masa tue kan susah. Atuk pun tak berapa sihat. Bila abis sekolah, dia kerja ikut Wak Kasbon, kawan atuk tukang rumah. Nasib baik Atuk Jan ada. Marah-marah dia. Suruh sambung belajar lagi. Kalau tak, tak jadi cikgu ayah kamu dulu”
Begitulah. Kisah ayah sepertimana diceritakan oleh Mak Long ku. Dan kini yang tinggal hanya daku. Bermain-main dengan masa. Memandang sepi pada langit. Menguis-nguis kaki ku. Bermain-main dengan si ikan.
“Kalau harith ada, mesti dia pun buat benda yang sama. Hahahahahaha….”
Hati ku berdetik. Tersenyum melihat keletahnya. Senyumannya. Aduhhh… Comel sekali. Pipinya yang montel, gebu. Terasa ingin ku cubit-cubit. Dan ku peluk erat akan dia. Sambil menggeletek perutnya. Pasti gelaknya nanti menghiburkan hati. Ingin ku peluk dia. Erat-erat. Seharian. Semalaman. Agar dia tahu. Aku amat merinduinya…..
Angin sepoi-sepoi bahasa bertiupan. Menerpa di wajah ku. Mencengkam tubuh ku. Dingin. Dan aku masih di sini. Di dalam kepekatan malam. Keseorangan. Terasa sepi. Seolah-olah ditinggalkan keseorangan.
“Wi maloh leh lian wi sib baid din nas………”
Mungkin itu yang dapat menjelaskan apa yang terbuku di hati ini.
“Ana hina gambi ah lan nas……”
“Habibi gaia akmal ma’a sinin…….”
“Ta’ala kullu muwah hawak…..”
Dan hati ku menjerit. Dan hanya aku sahaja yang mampu mendengarnya. Keseorangan. Kesepian. Memeluk erat tubuh ku. Dan aku mohon bicara pada alam. Adakah mereka mengerti???
Wednesday, October 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment