Friday, October 31, 2008

Hari Ini dan Semalam.........

Dan di hadapan wajah Nya aku tersungkur. Menangis. Meratap. Memohon keampunan atas kelemahan diri ini. Kekurangan diri ini……

Ya Rabbul ‘Alamin, andainya kekurangan diri ini menjadi kecacatan buat umat Mu dan agama Mu di muka bumi ini, aku redha dengan ketentuan Mu. Andainya jika nyawa ini sahajalah yang mampu merungkaikan segala kekusutan ini, maka aku persembahkannya buat Mu. Demi sesungguhnya nyawa ini milik Mu. Milik Mu sahaja, wahai Tuhan segala makhluk di muka bumi ini.”

Ya al-Ghaffur al-Rahim, demi sesungguhnya aku sedar bahwa jannah Mu terlalu jauh buatku. Terlalu amat jauh. Namun sesungguhnya, aku sedar bahwa diri ini, tiada termampu untuk mengharungi lautan api neraka Mu. Tunjukkanlah daku jalan yang lurus. Jalan yang sesungguhnya diredhai oleh Mu. Hamba Mu mohon pada Mu, ya ‘Aziz ya Jabbar, janganlah dihina, dikeji, diriku ini dihadapan tetamu-tetamu Mu.”

Aku pohon padaNya. Walaupun hakikatnya ku tahu, tiada sekelumit pun yang ada pada diri ini untuk melayakkan diriku meminta dariNya………..

====================

“Woi. Haram!! Balik tak alarm pun aku.”
“Hehehehe… Sajer tak mau bagitau abang. Nak bagi surprise.”
“Hotak ang. Nie balik nie musti ada apa-apa nie kan. Macamlah aku baru kenai ang sehari dua hari.”
“Hmmmm… Tue ah. Ada benda nak mintak tolong abang nie.”
“Hah… Pedia??”
“Saya nak nikahlah…..”
“Hah!!! Apa?!! Nak nikah??!!!”
“Alah… Abang nie. Janganlah marah…..”
“Hmmm….. Aku tak marah. Just pelik. MBBS ang tak abis lagi kan. Ko Serius ke nie?”
“Tengok saya main-main ke?”
“Aduhhh…. Benci tul aku.”
“Saya seriuslah bang.. Saya nak nikah nie. Dengan gurl yang saya intro kat abang last cuti hari tue.”
“Chop!! Before that, aku nak tanya ang. Study camner, ok? Still top 50?”
“Alah abang nie. Time-time camnie pun nak tanya study saya ke…..”
“Halah. Ang tue buat MBBS kat King’s College, under University of London, among top 10 best universities in the world. Kalu result cikai ajer, baik hari tue ang buat kat Malaysia ajer. Tak payah nak membazir duit kerajaan…..”
“Start dah….. Sok abang start ngajar, ntah camnerlah students abang nak dengaq leteran abang.”
“Huhuhuhuhuhu…. Ko nie dari zaman sekolah lagi memang suka macam niekan. I’m waiting for an answer….”
“Abang nie…. Yalah. Still top 50 lagi.”
“Haaa… Macam nielah adik aku.”
“Yer… Adik abang mana ader yang tak hebatkan…”
“Eleh… Perasanlah plak… So apa yang ko nak mintak tolong aku nie.”
“Saya nak mintak abang pujuk mama. Bleh ekkk…..”
“Aduhhhh….. Ang bukannya tak tau mak ang tue. Kalu dah naik syeikh dia, maunya tertanggal telinga aku nie……”
“Nie yang nak mintak tolong abang nie. Bleylah ekk. Please abang…….”
“Haih….. Ang niekan. Aku okay ajer. Tapi as usual ler.”
“Huhuhuhuhuhuhu…. Abang nie ngadalah. Hmmmm…. Okaylah. Mana?”
“Hari tue aku ada lepak Mont Kiara ngan member. Ada satu restoren Jepun best kat situ. Nak?”
“Mont Kiara? Mana tue?”
“Solaris Mont Kiara.”
“Owhhh… Saya okay ajer. Untuk abang saya yang chomel nie…..”
“Hahahahahaha…… Ang nie menghelalah. Nak bodek akulah tue.”
“Hehehehehehe…….”
“So bila plannya?”
“15 November. Malam….”
“Cantik!! Balik biler?”
“17 November…..”
“Hmmm….. Okaylah. Nanti aku cakap ngan mak ang. Kena semayang hajat dulu nie…”
“Hahahahahahahaha………..”

====================


“Wei. Tengok nie. Atuk Kyle masuk mags lah….”
“Mana… Hmmmm….. Hebat!!”
“Dahsyat tue. Jadi millionaire since umur 30s….”
“Tuelah pasai…….”
“Hah. Tengok nie. Even dah kaya still drive keta lama Morris Mainer. Bila travel naik kapal terbang yang murah-murah ajer. Bila ditanya kenapa tak drive keta mewah, tak naik airlines mewah dia jawab sebab tuelah saya jadi millionaire…”
“Hahahahahahaha….. Aku rasakan, kita pun kena apply benda yang sama gaklah…..”
“Eloklah tue. Cucunya drive Ferrari……”
“Hahahahahahahahaha……..”

====================


“Dah berapa lama buat keje macam nie?”
“Hmmmmm…… Tak lama pun. Baru ajer….”
“Haih… Kamu nie. Toksah nak tipulah. Nak aku call emak ke?”
“Hmmmm….. I have to. Bukannya abang tak tahu my workload macam mana kan….”
“Orang lain pun kerja gak. Tapi janganlah sampai tak tido…”
“Orang tidolah….”
“Tidolah sangat. Kalau tido kenapa sampai jadi macam nie??”
“Hmmmmmmm…….. Nak wat camner. Keje banyaklah……”
“Dah. Now aku nak ko rest for two weeks.”
“I don’t have two weeks lah. Banyak benda nak kena settlekan…..”
“Either u listen to my advice or I call your mom. Nak yang mana satu?”
“Haih…. Okaylah….”

No comments: