Wednesday, January 28, 2009

Netanyahu Ikrar Perluas Penempatan Yahudi

BAITULMAQDIS 27 Jan
Calon pilihan untuk memenangi pilihan raya Israel bulan depan, Benjamin Netanyahu semalam berikrar akan memperluaskan kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat jika beliau dipilih menjadi Perdana Menteri baru.

Pendirian Netanyahu itu disiarkan oleh agensi berita AP yang antara lain melaporkan:

* Netanyahu akan membenarkan kawasan penempatan Yahudi diperluaskan bagi menampung ‘pertumbuhan’ semula jadi iaitu bercanggah dengan tuntutan pelan damai anjuran antarabangsa yang menjadi asas rundingan damai.

* ‘Pertumbuhan semula jadi’ merujuk kepada pembinaan perumahan baru bagi menampung keluarga yang semakin besar di kalangan pendatang Yahudi. Sikap Netanyahu itu dijangka cetuskan pertelagahan dengan Amerika Syarikat.

* Tinjauan pendapat di kalangan penduduk Israel menunjukkan pemimpin parti Likud itu memiliki peluang terbaik memenangi pilihan raya yang akan diadakan dua minggu lagi. Netanyahu pernah memimpin Israel pada 1996 hingga 1999.
Utusan Malaysia, 28 Januari 2009.

3 comments:

Nite Garden said...

Doa ku semoga Allah melindungi saudara2 Islam kita di Baitulmaqdis.. Ameen..

the anThropologist said...

Ameen....

Nota: Nanti saya upload satu artikel tulisan seorang Profesor Sejarah kat Fakulti saya berkenaan isu Palestin ini.

Nite Garden said...

ok, will be waiting..