Banyak yang telah diperkatakan bilamana kita berbicara tentang melahirkan masyarakat yang berilmu. Tuntutan, desakan, aspirasi dan jua kehendak yang perlu dijana dalam melahirkan masyarakat berilmu adalah merupakan isu-isu yang acapkali diperbahaskan, samada dikalangan para pemimpin negara, politikus nasional, cendekiawan-cendekiawan mahupun masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Menurut Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abu Hassan Othman, Profesor Adjung, Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, masyarakat berilmu, ataupun masyarakat madani, dapat dilahirkan melalui beberapa proses. Ini dapat dilihat apa yang telah berlaku di Barat. Masyarakat Barat tidaklah berterusan dari dahulunya, sebagai sebuah masyarakat yang berilmu. Barat telah melalui ‘zaman kegelapan’ dimana diskusi ilmu dilarang sama sekali. Malahan pada ketika itu, kuasa dan autoriti gereja sama sekali tidak boleh dipertikaikan. Bilamana lahirnya ilmu-ilmu baru yang menyongsang, ataupun berlawanan dengan apa yang dibicarakan oleh Injil, ianya sama sekali akan ditolak dan dianggap mempunyai unsur-unsur kesyaitanan (demonic elements). Pelopor-pelopornya pula akan di bunuh atau dipenjarakan oleh pihak gereja. Waktu itu, Barat begitu mundur dan melalui ‘zaman kemandulan ilmu’ (rujuk History of Western Civilization tulisan Robert B. Bogdan). Berbeza dengan Tamadun Islam, kemajuan ilmu berkembang pesat di kota-kota Islam. Cordova dan Baghdad telah menjadi pusat rujukan ilmu oleh para ilmuwan dan sarjana dari segenap pelosok dunia. Tokoh-tokoh cendekiawan Islam telah melahirkan teori-teori baru, dan telah menambak-baik teori-teori yang diambil dari sarjana Greek dan Parsi. Waktu itu, nama-nama seperti al-Razi, Ibn Sina, al-Khawarizmi, Ibn Haitham dan banyak lagi, begitu masyhur dan karya-karya mereka diburu untuk dijadikan panduan dan dikaji untuk tujuan penyelidikan.
Setelah beberapa ketika, Barat melalui zaman kegelapan, muncul golongan yang dahagakan ilmu dan diskusi ilmu dikalangan mereka, dan telah mempertikaikan kewibawaan dan autoriti pihak gereja dan kesahihan kitab Injil yang menjadi panduan mereka selama ini. Golongan ini telah menjadikan kemajuan sains dan teknologi yang telah dikecap oleh masyarakat Islam sebagai asas sandaran hujah mereka. Natijahnya, Barat telah membelakangkan gereja dan menjadikan sains sebagai ‘tuhan’ mereka. Maka berlakulah ‘zaman kebangkitan’ di Barat, dimana mereka telah mencedok ilmu-ilmu yang telah dikembangkan oleh sarjana-sarjana Islam dan dengan bangganya mengisytiharkan ilmu-ilmu tersebut adalah hasil kajian dan penyelidikan mereka. Contoh mudah yang dapat dilihat antaranya ialah lapangan ilmu antropologi. Ilmu antropologi telah mula diperkenalkan oleh Muhammad Abu Rayhan al-Biruni bilamana beliau telah melakukan kajian intensif budaya dan struktur sosial masyarakat Hindu di India (untuk keterangan lanjut, rujuk The Book of India tulisan al-Biruni) menggunakan kaedah pemerhatian-ikut serta (participant observation). Namun Barat telah menafikan kebenaran ini dan mengatakan bahawa ilmu antropologi telah dipelopori oleh Bronislaw Malinowski dimana beliau telah mengkaji masyarakat Melanesia secara intensif jua mengguna-pakai kaedah pemerhatian-ikut serta (untuk keterangan lanjut rujuk Argonauts of the Western Pacific tulisan Malinowski). Malahan melalui kajian ini, Malinowski telah mendapat kredit bilamana beliau telah diiktiraf sebagai orang pertama yang telah memperkenalkan kaedah pemerhatian-ikut serta (sila rujuk Essays on Social Anthropology tulisan Margaret Mead). Namun hakikatnya, hampir 150 tahun sebelum Malinowski tiba di Kepulauan Melanesia, al-Biruni telah pun mengguna-pakai kaedah pemerhatian-ikut serta untuk memahami budaya dan struktur sosial masyarakat Hindu di India. Jua perlu dinyatakan di sini, Malinowski sendiri telah dituduh tidak betul-betul mengaplikasikan kaedah pemerhatian-ikut serta dalam kajian beliau. Beliau, seperti yang dinyatakan oleh J.B Singh, lebih banyak menghabiskan masanya bersama para pelayar British dan telah mengupah beberapa penduduk tempatan untuk menjalankan sesi temuduga dengan penduduk tempatan yang lain dan untuk mendapatkan informasi-informasi lain berkenaan budaya masyarakat Melanesia (untuk keterangan lanjut rujuk Argonauts of the Western Pacific Revisited tulisan J.B. Singh). Inilah sikap Barat……
Namun begitu, zaman kebangkitan telah memberi impak yang sangat mendalam ke atas masyarakat Barat. Hingga ke hari ini, kita dapat saksikan mereka masih lagi menguasai dunia kesarjanaan. Teori-teori baru banyak dilahirkan oleh mereka dan kajian-kajian ilmiah lebih banyak dilahirkan oleh mereka berbanding umat Islam. Umat Islam, yang telah mendahului mereka dalam kemajuan ilmu, kini pula yang melalui zaman kemandulan ilmu. Kenapa? Di sini, perlu kita kaji secara terperinci apakah yang telah membelenggu masyarakat Islam untuk keluar dari penyakit kemandulan ilmu ini….
Tidak usah kita berbicara tentang masyarakat Islam lain, cukup sahaja dengan di Malaysia. Kita dapat saksikan budaya membaca bukanlah satu budaya dikalangan kita hari ini. Pembacaan ilmu ditolak ketepi, atau lebih sedih lagi langsung tidak diambil kira. Kita lebih mengagungkan pembacaan yang berunsurkan hiburan semata-mata. Kita jua lebih mengenali selebreti-selebriti hiburan dari tokoh-tokoh ilmuan. Bilamana golongan artis berkahwin, mereka diraikan umpama raja dan permaisuri, ditaja itu dan ini, sampaikan disediakan sebiji helicopter. Tapi bila pihak universiti ingin menganjurkan diskusi ilmu, samada peringkat nasional mahupun antarabangsa, tiada siapa pun yang mahu menaja!! Sedih sekali… Sebab itu, bila kita bertanyakan masyarakat Islam hari ini samada mereka mengenali Muhammad Fethullah Gullen, sebagai contoh, tidak ramai yang akan mengenali beliau. Sedangkan beliau telah dinobat sebagai tokoh sarjana yang popular tahun 2008 oleh majalah Times. Ini adalah sebab-musabab mengapa kita masih lagi berada dalam zaman kemandulan ilmu. Begitu jua dengan bentuk pembacaan. Tidak dinafikan dengan wujudnya internet, segala macam informasi boleh kita dapatkan dengan hanya menekan butang tetikus. Tapi persoalannya, adakah informasi yang kita terima itu sahih dan boleh dipercayai? Tidak dinafikan terdapat sesetengah tulisan dan jua laman web yang amat baik dan dapat membantu perkembangan minda, namun banyak jua informasi-informasi yang ada disalurkan tidaklah begitu tepat. Oleh yang demikian, sumber ilmu yang terbaik adalah melalui pembacaan buku. Namun ini membawa kepada masalah yang lain pula – harga buku yang terlalu amat tinggi. Aku tidak bermaksud untuk berbangga-bangga, namun suka untuk aku kongsi bersama bahawa aku telah menghabiskan hampir empat ribu ringgit Malaysia dari Januari hingga Disember 2008 hanya untuk buku sahaja. Pun begitu kuantitinya tidak banyak kerana sesetengah buku mencecah beratus-ratus ringgit Malaysia. Sepatutnya kerajaan boleh membantu dengan memberikan sedikit subsidi. Ini sama sekali tidak akan merugikan kerajaan kerana akhirnya ia dapat membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan. Bukan kah itu yang kerajaan impikan?
Apa yang penting, budaya membaca perlulah disemai dikalangan kita semua. Sikap dahagakan ilmu dan rajin membaca perlu ditanam dalam diri kita. Melalui pembacaan ianya dapat meluaskan pengetahuan dan mencambah benih-benih pemikiran kritis dan kreatif. Inilah yang Islam cuba sampaikan, dimana wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan jelas bermaksud, “Bacalah! Dengan nama Tuhan mu yang telah menciptakan.” Alangkah bagusnya jika semua umat Islam dapat menghayati wahyu Ilahi ini…….
13 comments:
Kemandulan ilmu??? First time aku dengaq ni.. aku ingat manusia jer yg mandul ;p
Muhammad Abu Rayhan al-Biruni vs Bronislaw Malinowski - namanya seakan2 sama *sigh*
Melentur buluh biarlah dr rebungnya. budaya membaca ni perlu diterapkan sejak bayi dlm kandungan lagi. berapa ramai ibu2 dan bapa2 akan merangsang budaya membaca ni sejak anak mereka masih dlm kandungan lagi? sebenarnya byk yg bleh diperkatakan ttg budaya membaca ni.. kalau aku komen pjg sgt nti lebih baik aku buat entry sendiri ttg topik ni ;p
apa yg penting ialah setiap ilmu yg ada tu mesti jd spotlite 20 000 KWT to the person and others ;p
gambaq tu masjid kat mana ekk?? KD jugak ker ;p
Hahahahahaha.... Sajer guna istilah macam tue. Lain dari yang lain :P
al-Biruni dan Malinowski, apa yang sama nya?
Bukan masjid Kd lah :P
al-Biruni & Bronislaw seakan
masjid mana tue? esketambola?
Bunyi nyer seakan-akan sama. Tapi orang yang berbeza. Seorang Persian, seorang lagi Polish.
Masjid Cordova, Sepanyol :P
Owh sepanyol.. nti aku nak pi sepanyol la ;p
Jom. Kita pi Barcelona :P
kalau aku pi barcelona nnti aku main bola sepak pulok ;p
Pasaipa nak main bola sepak *pitam*
coz aku nak jumpa ngan pasukan real madrid ;p
Hohohoho... Pi Barcelona bukannya apa. Barcelona is known as a "love city" in Europe :P
oic.. thx for the info ;p
ang tu jer yg seswei sgt la pi barcelona pasai ang jiwang karat hehehe
Biler masa aku jiwang karat. PLease... :P
Post a Comment