Dengan melihat dari jauh, membaca akhbar, menonton televisyen atau melayari internet, seseorang pastinya tidak dapat merasakan apa yang ditanggung oleh rakyat Palestin di Gaza. Apatah lagi jika seseorang ingin membuat ulasan atau cadangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Lebih-lebih lagi laporan-laporan yang diterima hampir kesemuanya berat sebelah. Agenda berita Reuters, AP dan AFP serta rangkaian televisyen CNN dan BBC tentunya berorientasikan kepada kepentingan Israel. Baik dari Amerika Syarikat mahupun Eropah, simpati mereka jelas adalah kesemuanya kepada Israel.
Walaupun mereka melakukan kerja secara profesional, objektif dan berasaskan kepada amalan kewartawanan yang tinggi, tetapi asasnya ialah mendokong Israel. Bagi mereka Israel mempunyai hak untuk hidup. Palestin yang membuat kacau. Apabila Israel menyerang dan membunuh ratusan orang awam Palestin, Washington tanpa teragak-agak menyalahkan Hamas kerana menggagalkan gencatan senjata. Tetapi mereka tidak menceritakan mengapa Hamas melanggar gencatan senjata itu. Betapa penduduk Gaza dikurung oleh Israel hingga hidup mereka terseksa di tanah airnya sendiri. Rakyat Palestin di Gaza dihalang hidup untuk mencari sara hidup. Untuk itu pihak Barat semua menyalahkan Hamas. Sedangkan Hamas telah disokong penuh oleh penduduk Gaza. Mereka ada hak untuk memimpin bangsa dan negara mereka. Hamas dipilih secara demokratik. Mengapakah dalam hal ini Israel dan dunia Barat tidak menyokong demokrasi?
Di pihak dunia Arab dan Islam, tentunya sokongan adalah kepada Palestin, tidak kira sama ada tindakan atau polisi mereka betul atau tidak. Rangkaian televisyen Al-Jazeera umpamanya akan menyiarkan laporan berasaskan kepada simpati ini. Maka nada dan rasa umat Islam adalah marah kepada Israel. Sungguh zalim negara Zionis itu sudahlah menjajah Palestin, membunuh pula orang awam. Dengan ikutkan perasaan, mahu rasanya beramai-ramai menyertai askar sukarela dan melancarkan perang ke atas Israel. Bukan saja Gaza dibebaskan tetapi juga Palestin benar-benar dimerdekakan sebagai negara yang berdaulat dan berdikari. Bahkan Israel patut dihapuskan sebagai negara jika terus mengancam keselamatan Palestin.
Sememangnya senario itu adalah khayalan kerana dunia Islam tidak kuat. Lihatlah roket, jet pejuang dan kereta kebal Israel yang meluru masuk ke Gaza. Begitu besar peralatan senjata mereka. Bagaimana Israel menjadi begitu kuat? Tentunya bantuan daripada Amerika dan Eropah. Kekuatan Amerika dan Eropah menyebabkan Israel kuat. Iaitu selain daripada kekuatan rakyat Israel dan bangsa Yahudi di luar negara itu. Lebih-lebih lagi apabila dibandingkan dengan kedaifan rakyat Palestin, bangsa Arab dan umat Islam. Boleh didengar pelbagai pendapat tentang bagaimana rakyat Palestin di Gaza wajar diselamatkan. Kedua-dua pandangan sama ada daripada Pihak Berkuasa Palestin pimpinan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mahupun Hamas boleh diambil kira. Tetapi akhirnya apa yang sahih adalah mereka yang menanggung kesengsaraan itu sendiri. Rakyat Palestin di Gaza itulah yang wajar didengar. Suara mereka itulah yang disampaikan oleh Hamas.
Kenyataan rasmi Hamas yang dikeluarkan dari Beirut, Lebanon ini bagaimanapun dilaporkan oleh Reuters pada 29 Disember lalu. Ia disampaikan oleh wakil rasmi Hamas di situ, Osama Hamdan. Beliau menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Senegal. Apa yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Senegal di Dakar, ibu negara Senegal berpunca daripada Presiden Senegal, Abdoulaye Wade, pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Menurutnya, beliau menerima panggilan telefon daripada pemimpin Hamas, Kaled Meshaal yang berpejabat di Damsyik, Syria dengan dikatakan persediaannya untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata melibatkan pihak Israel menghentikan serangan dan kepungan wilayah itu.
Jika benar kenyataan Meshaal itu, sudah tentu ia akan disambut baik oleh banyak pihak di dunia, sama ada di Barat mahupun kalangan Islam kerana gencatan senjata sekurang-kurangnya mengelakkan lebih banyak orang awam Palestin dibunuhnya. Walaupun jika ia benar-benar terjadi dan menjadikan satu kemenangan kepada pihak Israel tetapi lebih penting ialah keselamatan rakyat Palestin di Gaza daripada dibunuh dan wilayah itu dimusnahkan, apatah lagi diduduki kembali. Tetapi itu pandangan dari luar. Mereka yang terlibat di dalam mempunyai pandangan berbeza, termasuk Hamas. Oleh kerana mereka sendiri bertanggungjawab terhadap rakyatnya, dan ditambah pula lebih memahami politik serta strategi berperang dengan Israel, maka Hamas berpendirian bahawa perang wajar dilanjutkan, dengan apa saja senjata yang mereka miliki. Begitulah maksud kenyataan yang dikeluarkan oleh Osama ekoran daripada penafiannya terhadap makluman Presiden OIC itu. Tetapi adakah Presiden Senegal itu berbohong? Atau lebih tepat lagi pernyataan yang dikeluarkan oleh Meshaal itu hanyalah untuk kegunaan peringkat diplomatik dan bukannya sebagai makluman rasmi untuk umum. Justeru ada perkara yang tidak betul mengenai laporan itu, baik di peringkat Reuters, Presiden Senegal itu dan Hamas sendiri. Ataupun sememangnya hanya soal kesilapan teknikal yang tidak perlu diambil kira.
Bagaimanapun, di pihak Israel, adalah jelas mereka tidak berminat untuk melakukan gencatan senjata. Pada 30 Disember, AFP melaporkan kenyataan Presiden Israel, Shimon Peres bahawa ‘‘apa yang kami mahu bukannya gencatan senjata tetapi untuk menghentikan keganasan.’’ Kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Palestin, ia bermaksud bahawa ‘‘kami tidak mahu Hamas, kami mahu menghapuskan Hamas.’’ Ini dapat difahami dengan kenyataan Menteri Infrastruktur Israel, Benjamin Ben-Eliezer pada hari yang sama bahawa gencatan senjata akan membenarkan Hamas ‘‘mengembalikan kekuatan, bangun dari kejutan dan bersedia menghadapi serangan lebih besar daripada Israel.’’ Maka adalah jelas bahawa Israel tidak mahu gencatan senjata walaupun jika Hamas mahukannya. Justeru bagi Hamas, soal gencatan senjata sudah tidak ada dalam kamus mereka. Perang sudah berlaku dan wajar diteruskan hingga ke titisan darah akhir.
Ia merupakan suatu yang kurang difahami oleh dunia luar termasuk di kalangan umat Islam sendiri. Mengapakah rakyat Palestin di Gaza sanggup berkorban sebegitu rupa walaupun berdepan dengan kekuatan senjata yang besar dari pihak Israel? Di sebalik itu pula, mengapa wajar mana-mana pihak menyalahkan Hamas dan rakyat Palestin di Gaza yang menyokongnya sedangkan yang membunuh dan menderitakan orang ialah Israel. Di Amerika, institusi intelektual termasuk media dan akademi akan menggambarkan bahawa Hamas yang patut dipersalahkan kerana mereka mengancam keselamatan Israel dan rejim Tel Aviv berhak menghancurkan parti yang mendapat sokongan rakyat Palestin di Gaza itu. Hakikat bahawa Israel menghalang Gaza untuk hidup dan merdeka tidak disebut. Bahawa Israel melanggar kehendak rakyat Palestin dengan tidak mengiktiraf Hamas juga tidak ditimbulkan. Ingatlah peristiwa-peristiwa ini: Januari 2008, Israel mengepung Gaza. Bulan berikutnya, Israel menyerang dan membunuh 120 rakyat Palestin. Jun, gencatan senjata enam bulan bermula. November, Israel menyerang Gaza dan dibalas dengan serangan roket Hamas. Pada 19 Disember, Hamas menghentikan gencatan senjata. Maka pada 27 Disember, Israel mula menyerang Gaza.
Apakah kesimpulannya? Bubarkan negara Israel dan gantikan dengan sebuah negara Palestin yang menyeluruh serta meliputi kedua-dua bangsa, Arab dan Yahudi dan ketiga-tiga agama, Islam, Yahudi dan Kristian.

2 comments:
ko tulis entry ni ke? ke copy paste from mana2? susunan ayat yg gempak plis!
Sometimes biler emosi 'terganggu' kita bley produce writing yang giler babas power :P
Post a Comment