Wednesday, January 28, 2009

Dr. Juanda Mufti Perlis

KANGAR 27 Januari
Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr. Juanda Jaya (gambar) hari ini disahkan sebagai Mufti Perlis yang baru bagi menggantikan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mengosongkan jawatan tersebut sejak November lalu.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu ketika mengesahkan pelantikan itu berkata, Dr. Juanda, 37, yang juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti Perlis untuk tempoh dua tahun.

Katanya, pemilihan bekas Naib Mufti Sarawak itu juga telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
‘‘Beliau dijangka memulakan tugasnya sebagai Mufti Perlis awal Februari ini selepas urusan pemindahannya selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

‘‘Saya juga berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudi meminjamkan Juanda bagi berkhidmat di Perlis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Khoon Aik di sini hari ini.

Utusan Malaysia, 28 Januari 2009.

6 comments:

Che underscore Lee said...

sebagai rakyat Indera Kayangan, aku agak kachiwa kerana Dr. Asri tak sambung jadi mufti sebab dia outspoken sket. Aku ske mufti yg agressif cenggitu.

Dan kenapa nak terima mufti yg "dipinjamkan" oleh Sarawak plak? Ape xde warga Perlis yang layak jadi mufti ke? Walaupun Dr. Asri asalnya dari Permatang Pauh, dia dah dok sini lama dah..

sekadar pendapat..

Nite Garden said...

pada pandangan mata aku yg rabun ni, asal dari mana tuh tak penting.. perkara yg plg utama adalah his talent & credibility to be Mufti. Spt Dr Asri, kalau beliau ditugaskan menjadi mufti di Sarawak sekalipun, beliau tetap akan dialu-alukan krn daya kepimpinannya. Malaysia mahukan lebih ramai org seperti Dr Asri utk memimpin negara.

the anThropologist said...

Untuk menjadi Mufti nie, outspoken dan karisma bukanlah segala-galanya. Yang penting 'ilmu yang dipunyai itu penting.

Dr. Asri cuba untuk menyampaikan ajaran Islam yang betul-betul diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Seratus peratus bersandarkan sunnah yang sahih tanpa mengenepikan al-Quran. Itulah yang lebih penting.

Insya Allah, Dr. Juanda ini akan menyambung tradisi tersebut kerana beliau "sekapal" dengan Dr. Asri. Dan Dr. Asri tidak ke mana pun. Beliau masih aktif dalam bab-bab berdakwah ini melalui metode penulisan. Beliau ada ruangan tetap dalam Mingguan Malaysia. Bacalah penulisan beliau, insya Allah banya manfaatnya.

Rehan Who said...

aku jarang bace paper..column national n rencana lg la jarang bc..asek ulang2 cte same..tp 2-3mgu lps aku bc satu artikel penuh psl gaza (first artikel y aku bc psl gaza) sbb dr intro smpi abes artikel tuh mmg berkesan..dr.juanda y tulis column tuh..tup2 die jd mufti..

bgs gak de mufti y muda (or berfikiran muda)..sbb pendekatan die mungkin lebih berkesan..ilmu tuh bleh ditimba, tp style berbeza2..spe dpt berdakwah lebih berkesan, die la y terbaik utk sume.

Rehan Who said...

err...sori la,br prasan terbahasakan diri "aku" plak..sori2..hehe :D

the anThropologist said...

Monkibizniz:
You are rite. Itulah yang dinamakan "tajdid 'ilmu." Pun begitu, proses pembelajaran itu penting. Apatah lagi bila mana ianya melibatkan 'ilmu-'ilmu akhirat, kerana sepertimana yang telah dinyatakan oleh dalam firman Nya, demi sesungguhnya agama Islam ini telah sempurna.

Aku? It's okay. No problem at all :P