Wednesday, December 10, 2008

Anjakan Paradigma.....


Banyak yang telah diperkatakan oleh kita semua bilamana kita membicarakan tentang perubahan pemikiran, atau dalam bahasa yang lebih indah, anjakan paradigma. Namun tidak banyak yang dapat memberikan impak yang positif terhadap kita semua.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 30 tahun yang lalu telah menulis sebuah buku yang bertajuk The Malay Dilemma. Buku ini secara tidak langsung menceritakan keadaan bangsa Melayu pada ketika itu yang sanagt mundur, dan bentuk-bentuk tindakan yang diambil oleh para pemimpin Melayu untuk memperbaiki keadaan tersebut. Buku ini juga secara tidak langsung mencabar bangsa Melayu untuk memperbaiki keadaan mereka dengan mengubah cara pemikiran mereka. Namun sayang, setelah hampir 30 tahun buku tersebut ditulis, dan selepas 22 tahun negara ditadbir oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, bangsa Melayu tidak mampu melaksanakan anjakan paradigma demi mengubah keadaan sosio-ekonomi mereka.

Kini datang pula seorang tokoh agama, muda namun bersuara lantang, memperjuangkan perkara yang sama – perubahan minda. Hampir 3 tahun tokoh ini, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, diberi mandat memegang jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Dan dalam masa 3 tahun ini, Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t., banyak perubahan-perubahan yang telah dapat dilaksanakan, terutamanya dalam perkara-perkara merubah cara dan bentuk pemikiran masyarakat Melayu Islam Malaysia. Kolum tetap beliau di Mingguan Malaysia diikuti oleh ramai pihak, sehinggakan ada yang menceritakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengikuti tulisan beliau di ruangan Mind Mufti Mingguan Malaysia tersebut.

Perubahan yang dicanangkan oleh tokoh muda ini ialah perubahan pemikiran bersandarkan sunnah (berdasarkan pemahaman penulis dari tulisan-tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin). Malahan dalam Islam, kita senantiasa digalakkan untuk berhujah berdasarkan fakta, bukanlah berdasarkan ikut-ikutan sahaja. Sesungguhnya agama yang suci ini tidak pernah, walau sekali, menggalakkan umatnya bertaqlid dalam apa bentuk sekalipun. Setiap perkara itu perlulah diketahui dengan jelas hujah-hujah yang menghalalkannya atau mengharamkannya.

Pernah satu hari, ketika penulis mengikuti kulliyyah Maghrib di Masjid Kota Damansara, ustaz yang memberikan kulliyyah itu berdiskusi tentang solat. Ustaz tersebut berkata bilamana kita hendak mendirikan solat perlulah kita berniat dengan lafaz bibir sebelum mengangkat takbir. Dan dengan secara sinis, ustaz tersebut berkata sekarang ada pula yang bercakap tidak perlu berniat dengan lafaz bibir, tapi terus mengangkat takbir dan berniat ketika takbir di dalam hati sahaja. Ustaz tersebut juga ada bertanya kiranya ada hadis yang melarang kita berniat dengan lafaz bibir. Kasihan… Penulis sebenarnya ketika itu ingin sahaja bertanya kepada ustaz tersebut, adakah terdapat hadis yang menyatakan ketika nabi solat, baginda hanya berniat di dalam hati sahaja ketika mengangkat takbir? Namun penulis mendiamkan diri sahaja demi untuk menjaga air muka ustaz tersebut……

Inilah perubahan minda yang perlu kita laksanakan; berhujah dan berdiskusi biarlah berlandaskan pada perkara yang hakiki dan benar, atau yang paling hampir kepada hakiki atau benar. Dengan kata lain, berhujah biarlah dengan fakta yang sahih, bukannya sekadar kita mengikut apa yang orang lain kata. Dan perubahan ini hanya akan dapat diterjemahkan jika semangat iqra’ dan menuntut ilmu dapat kita pupuk dan semai dikalangan masyarakat kita. Minda akan kekal pada takuk yang sama, jikalau ianya tidak diasah dengan pembacaan wacana-wacana ilmu. Dan bilamana minda itu sudah dikemas dengan ilmu, maka anjakan paradigma bukanlah satu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.

Pokoknya, asas kepada perubahan minda ini adalah ilmu. Tanpa ilmu ianya tidak akan dapat dilaksanakan. Dan budaya menuntut ilmu perlulah dipupuk dan dijadikan kebiasaan dikalangan kita semua. Moga-moga usaha murni kita ini akan diberkati oleh Allah hendaknya. Ameen…..

9 comments:

Nite Garden said...

Ahem.. ahem.. Masjid Kota Damansara yer.. jgn dilepaskan bidadari kat situ ;p

ya benar ilmu itu menjadi faktor penggalak kepada perubahan minda..

tapi yang teramat sayang apabila ilmu yang penuh didada itu masih tidak dapat menjadi penyuluh hidup kepada pemiliknya...

Aku tgk gambaq terbaru ang ngan harith tuh, bukan montel lg muka ang ekk makanya boleh le aku panggil ang haji montel chomot hahahha

the anThropologist said...

Kat masjid ader bidadari ke? Setahu aku, kat syurga ajer ader bidadari dan bidadara (",)

"tapi yang teramat sayang apabila ilmu yang penuh didada itu masih tidak dapat menjadi penyuluh hidup kepada pemiliknya..."

Hmmmm.... Aku betol-betol terasa dengan statement nie. Terbakaq aku jap.... ;p

Tak montel pun. Tue sebab rambut pendek sangat, macam apek cina my mom cakap. So tak bleylah ang nak cakap aku Haji Montel yer. Ang tue yang Hajah Montel ;p

But did u realize, after my hair cut, we, me and harith, look so identical? So cute, aren't we? ;p

Nite Garden said...

Itu adalah gambaran kepada bidadari di syurga nanti.. tempatnya di dunia ni di masjid dan di akhirat kelak di syurga...

Biaq terbakaq rentung kat dunia ni dulu jgn terbakaq hangus kat akhirat nnti. masa tu nnti dah takde sape dah yg dpt tolong.. selagi terdaya kita berpesan-pesan, maka kita saling berpesan-pesan tentang keimanan dan kesabaran sebagaimana suruhan Allah dalam surah Al'Ashr.

dunia ni hanya tempat persinggahan saja utk kita membuat pelaburan bagi saham akhirat.

ilmu aku sgt cetek sekali. mmg mahu menambah ilmu lagi supaya aku boleh pencen meghela ;p

yar la.. after u had ur hair cut, yg si harith semakin chomel, yg ang plak semakin chomot hahahahha

the anThropologist said...

Moga-moga dialah bidadari dunia itu... ;p

Yep. Adalah perlu kita beringat-ingatan antara satu sama yang lain. Seperti pesan Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah.

Semua orang mempunyai ilmu yang cetek. Dan itulah sebabnya kita senantiasa digalakkan menuntu ilmu sepanjang umur kita. Jangan cepat puas dengan ilmu yang ada kerana ilmu Allah ini seluas lautan. Takan tercapai dalam sehari mahupun setahun....

Sayalah yang paling chomel sekali. Harith tue chomel sebab ikut sayalah... ;p

Nite Garden said...

ang ni tak abis2 nak dpt kredit atas kechomelan si harith tu ;p

the anThropologist said...

Silap tue. Harith yang amik kredit dari saya. Kan saya nie lagi tua dari Harith. Dah pergi haji dah pun. Sebab tue dapat title Haji Chomel. Hohohohohoho..... ;p

Nite Garden said...

moga-moga si bidadara dunia itu pun akan menjadi bidadara jua di akhirat kelak kepada si bidadari dunia itu ;p

Nite Garden said...

awat yg bab harith hangin satu badan aritu ang tak mau ambik kredit plak??

the anThropologist said...

Bidadara dunia menjadi bidadara syurga bersama bidadari itu. Ameen....

When I saw her, I feel like my heart stops beating, my eyes cannot see clearly, my ears turn deaf and my legs become so weak as if I cannot walk anymore. When she smiles, I wish I could freeze the time just to see her smile forever... (",)

Harith hangin satu badan? Yang tue dia amik kredit dari ibu dia. Saya tak hangin satu badan pung... ;p