Satu lagi perkara yang suka aku lakukan ketika bercuti tempoh hari ialah menonton filem-filem allahyarham Tan Sri P. Ramlee di Astro Prima (105). Baik pagi ataupun petang, siang ataupun malam. Bagiku, aku tidak pernah merasa jemu menonton filem-filem beliau walaupun ada sesetengah teman mentertawakanku bila mengetahuinya. Pada pandanganku filem-filem P. Ramlee banyak unsur sosialnya walaupun sesetengahnya diketengahkan dalam bentuk jenaka komedi. Lihat sahaja cerita Bujang Lapok. Filem itu banyak menggambarkan keadaan masyarakat Melayu Singapura ketika itu. Sama seperti Datuk A. Samad Said menceritakan masyarakat Melayu Singapura dalam novelnya Salina. ‘Kampung Kambing’ adalah gambaran dan kiasan keadaan sosio-ekonomi masyarakat Melayu ketika itu. Mungkin perkara sebeginilah yang perlu ditelaah oleh seniman-seniman muda masa kini.
Tuesday, March 24, 2009
Sinar Pagi dan P. Ramlee
Ketika bercuti tempoh hari, aku mula gemar mendengar rancangan Sinar Pagi di stesen radio Sinar FM. Walaupun ada suara-suara sumbang yang berkata pada ku, Sinar FM hanyalah untuk mereka yang berumur 35 tahun dan ke atas, namun aku mendapati rancangan Sinar Pagi kelolaan Khairil Rashid (Keril), Raja Azura (Kak Ungku) dan Salleh Yaacob amat menarik dan mampu membuatkan ku ketawa berpanjangan. Aku berasa seronok mendengarkan telatah Wak Tabib yang cuba merungkaikan makna mimpi para pendengar, nyanyian Mat Salleh yang terlalu ‘sedap’ dan ‘tidaklah merapu langsung!’ serta senaman abang Jem yang sunggug ‘mudah’ dan ‘amat menyihatkan’ itu. Selama empat jam, bermula enam pagi hingga sepuluh pagi, pastinya pagi aku akan dihiasi dengan gelak ketawa yang tidak sudah!! :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment