Monday, March 23, 2009

Bercanda-Canda Di Tepian Pantai.......


Bercuti memanglah suatu perkara yang amat menyeronokkan. Mengujakan setiap individu yang bernama insan. Ditambah pula percutian itu disertai oleh mereka yang dekat di hati kita, yang senantiasa diingati, dicintai dan dikenang dalam doa [ayat bukan main!! kredit to ‘aisyah!! :D].


Aku baru kembali dari bercuti hampir tiga minggu. Demi menyahut seruan ‘tuan doktor’ yang begitu beria-ia memujukku untuk bercuti untuk merehatkan diri dan jua minda [thanx doc!! :P]. Destinasi percutian hanyalah kampungku sahaja. Tiada perancangan untuk ke mana-mana setelah berhempas-pulas menyudahkan tesis sarjana ku.

Aktiviti percutian banyak diisi dengan pembacaan material-material yang berkisar tentang politik nasional mutakhir ini. Ditambah dengan aktiviti menonton televisyen, aktiviti ‘kanak-kanak ribena’ dan aktiviti ‘mendugong’kan diri. Dan percutian diakhiri dengan aktiviti bergembira dengan anak buahku [rindu yang teramat sangat pada mereka!!].




Berkumpul untuk menikmati kelapa muda [dalam istilah kami ialah kelapa ‘degan’]. Masing-masing begitu teruja untuk menikmatinya!!



Harith yang tidak sabar untuk merasai kenikmatan kelapa muda hasil tangan pakcunya!! :P Tidak sabar rasanya untuk meniti waktu hingga ke Oktober ini, untuk menyambut anak buahku yang ke sembilan. Pastinya chomel seperti ………. :D

Dan kini aku telah kembali bertugas. Tugasan pertama yang diberikan padaku adalah mengajar semester pendek yang akan datang ini. Subjek SOCA 2410 Stratifikasi Sosial (Social Stratification) dan SOCA 3310 Masalah-Masalah Sosial (Social Problems). Tidak sabar rasanya untuk bertemu bakal murid-muridku. Pastinya ia suatu pengalaman yang mengujakan!! :P

8 comments:

Rehan Who said...

adehhh..ramainye budak2..
kat umah de sorg tuh je dh ckup la..
tobat...

the anThropologist said...

Best apa ramai budak-budak. Seronok layan karenah and keletah diaorang. Lagi biler layan diaorang cakap, musti gelak tak kering gusi :P

Rehan Who said...

ish..x reti la nk lyn dak2..
serahkan kt akak2 rehan la..
diorg terer :D :D

nway, buat dissertation smpi mentally n physically exhausted??
mmg cmtu skali ke??
ngeri nye....

the anThropologist said...

Apa punyer pompuan nie. Abih esok hang kawin, dapat anak camner? :D

Takder aper yang ngerinya. Just aku struggle giler babas, smpai tak amik peduli about my health. Pasai tuelah kena sakit. Lagipun bukannya semua orang yang wat dissertation tue sakit kan :P

So toksah nak risau ahh...

Rehan Who said...

anak sndr laen cite la bang..ape daa :p :p :p

rehan x cr lg supervisor utk disseration. and x pilih lg nk wat research pasal ape. byk bende nak consider especially lab mana y x ramai org guna n instrumen mane y x rosak..adehhh...blurrrr jek skrg nih~

the anThropologist said...

Huahuahuahuahua... Aku sajer jer tanya :P

Laa... Tak pk laie ke? Coursewerks biler abis?

Rehan Who said...

sem nih las coursework..
sem dpn dissertation..
huhu..

redah jek kot nnt..
amek lab mne y free :)

the anThropologist said...

Well you should start thinking about your dissertation from now on. Semester nie pun dah tinggal berapa hari ajer kan. If u need my opinion feel free to do so :P