Monday, November 24, 2008

Kemelut Wanita UMNO

vs


Kemelut Wanita UMNO sudah pun bermula. Datuk Seri Shahrizat bte Adbul Jalil telah pun mengeluarkan kenyataan yang beliau akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO. Dan ini sudah semestinya akan membuatkan beliau menentang 'ketuanya' selama lapan tahun, Tan Sri Rafidah bte Aziz. Tan Sri Rafidah bte Aziz pula dalam kenyataan balasnya pula menyatakan "kita bertemu di gelanggang nanti...."
Kedua-dua calon mempunyai justifikasi masing-masing mengapa mereka menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO. Bagi pemegang kerusi, Tan Sri Rafidah Aziz, dalam situasi UMNO yang terumbang-ambing selepas kekalahan agak teruk dalam Pilihanraya Umum yang Ke 12 baru-baru ini, Wanita UMNO yang merupakan nadi tunjang UMNO perlulah kukuh dan kuat lantas Pelan Peralihan Kuasa yang dicadangkan olehnya amat penting untuk dilaksanakan demi kestabilan dan kekuatan UMNO. Bagi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula, walaupun dalam situasi UMNO yang agak lemah ini, namun kehendak akar umbi tidak dapat diketepikan begitu sahaja; suara akar umbi perlulah didengar dan dihormati.
Dalam komen mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula, dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, tiada salah jika berlaku pertandingan antara kedua-dua calon tersebut. Namun pertandingan perlulah dilaksanakan dalam semangat demokrasi iaitu kedua-dua calon perlulah saling hormat-menghormati agar tidak berlaku sebarang perpecahan yang teruk kepada parti. Dan selepas pertandingan tamat, barisan kepimpinan Wanita perlulah dirapatkan dan siapa yang kalah perlu bekerjasama dengan yang menang.
Maka, siapakah yang bakal menduduki kerusi Ketua Wanita UMNO nanti? Para perwakilan persidangan Wanita UMNO lah yang akan menentukannya. Perwakilan perlulah bersikap matang dan rasional dalam memilih ketua mereka tanpa sebarang kecondongan emosi. Seperti kata ahli bijaksana, pemilih yang bijak bakal menentukan kepimpinan yang mulia......

15 comments:

Nite Garden said...

Sebelum keputusan undi keluaq aku dah tau dah sapa yg akan menang kerusi wanita UMNO tue....

tak lain tak bukan dia adalah Ratu Meghela hehehehehe

Nite Garden said...

apa yg ang letak kt kepala si harith tu???

hey, i like that Shakespearean part(",) maybe u could do it on weekly basis or fortnightly or at least once a month.. very beautiful ;p

the anThropologist said...

Hohohohoho... Bukan Ratu Menghe lah, tapi Hajah Menghela ;p

Kepala Harith? Alah that one mainan dari Mc Donald sempena Madagascar II. That one untuk watak Melmen.

Hehehehehe... Memanglah beautiful. Pasai it explains how do I feel at this time. Satu lagi ialah lagu "If I were a Boy". Best giler!! (",)

Nite Garden said...

ang patut ckp Hajah Pencen Meghela selalu supaya aku benar2 pencen meghela...

ni pun aku rasa mcm nk pencen meghela dah ni lepas aku makan masak lemak cili api ang yg pedas berapi giler tue ;p

ang musti sengal2 pikiaq.. "bila masa ler plak aku masak lemak cili api ni..." ini haaa ang punya masak lemak cili api :

"Ketawa berlebihan boleh mengeraskan hati. Sebab itu Nabi melarang umatnya ketawa terlalu sangat. Rujuk Islam: Religion of Life tulisan al-Marhum Professor Dr. Ismail Raji' al-Faruqi."

aku rasa meghela pun bley mengeraskan hati... seriau aku dibuatnyer... insaf... insaf... insaf... Astagfirullah beribu-ribu kali....

the anThropologist said...

Astaghfirullah. Astaghfirullah.... (",)

Nite Garden said...

Entahlah... i think this time for real... dah sampai masanya aku pencen meghela... bila itu yg disebut hari2 makanya ia akan menjadi suatu kenyataan...

Nite Garden said...

Aku menunggu saat ang kena berguling2 kat batu caves nanti ;p

lepas ang guling2 nanti musti ang makin chomot, dah tak chomel lagi dah hahahahaha

the anThropologist said...

Okay maknanya la nie aku chomel lah kan?? ;p

Nite Garden said...

skrg dah terbukti, am not the only one who say u r chomot (",)

u have to accept the fact that u r chomot ;p

tapi yg chomot2 part tu la yg buat ang nampak chomel hehehehe

aku nk komen lg tapi takut ang kata aku meghela plak. so i reserve my further comments la (",)

the anThropologist said...

Kuang ajaq!!! Aku chomellah ;p

Apa dia komen ang? Alah kalu tak cakap pun macamlah aku tau yang ang tue menghela (",)

Nite Garden said...

klau aku komen lg takut ang tak larat nk dengaq plak.. makanya beribu2 kali la ang beristigfar (",)

the anThropologist said...

Tue adalah tue benda-benda menghela yang ada kat otak ang tue ;p

Nite Garden said...

so i reserve my comments la.. ask for no more n juz leave them in my brain (",)

the anThropologist said...

Hohohohohoho.... (",)

Nite Garden said...

keep them frozen in my head.. yeah, in my ugly head...