Friday, November 14, 2008

Keterangan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

Oleh kerana isu perletakan Jawatan Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin sebagai Mufti Perlis telah menjadi polemik, maka dengan ini dikeluarkan beberapa kenyataan rasmi;

1) Isu ini diharapkan tidak dipanaskan lagi kerana beliau telah membuat keputusan dan surat beliau kepada USM untuk kembali bertugas telah pun dihantar dengan rasminya.

2) Beliau juga berterima kasih kepada Negeri Perlis yang telah memberi peluang kepadanya sepanjang tempoh yang lepas.

3) ‘Permainan silap mata politik’ adalah perkara yang biasa berlaku dalam negara ini, namun maksud tersebut tercapai dengan mudah kerana beliau sendiri mempunyai hasrat untuk berhenti.

4) Terima kasih kepada Kerajaan Perlis yang lepas dan juga Pihak Istana Perlis yang selama ini memberikan ruang yang amat baik.

5) Tanggungjawab dakwah dan seruan kepada kebenaran akan diteruskan seperti biasa.
Perletakkan ini juga adalah bukti bahawa pandangan, teguran atau sokongan tidak bertujuan mendapat kedudukan dan jawatan.

6) Beliau kemungkinan akan pergi membuat cuti penyelidikan di luar negara dalam masa yang terdekat.

7) Ruang dakwah dan memberikan pandangan insyaAllah masih terbuka di masa hadapan dengan apa yang akan Allah permudahkan.

8) Pandangan yang berpaksi prinsip sentiasa terpaksa membayar harganya, dan ini mungkin sebahagian daripadanya.

9) Diharapkan mereka yang berjawatan yang sama selepas ini sentiasa memberikan pandangan untuk kebaikan imej Islam, rakyat dan negara.

10) Beliau berdoa kepada Allah agar dalam tempoh dua tahun yang lepas semasa beliau bertugas sebagai mufti beliau telah berbuat sesuatu dalam pembinaan prinsip dan minda rakyat berasaskan kepada kefahaman dari al-Quran dan al-Sunnah.

11) Kontrak muftinya akan tamat pada akhir Oktober 2008.

12) Terima kasih kepada banyak pihak; rakyat dan pemimpin yang telah memberikan sokongan moral dan semngat yang begitu padu selama ini.

3 comments:

Nite Garden said...
This comment has been removed by the author.
Nite Garden said...

aku masih tercari2 golongan professional yg Al-Hafiz utk menggerakkan negara.. mereka wujud tapi kewujudannya hanya boleh dibilang dgn jari.. mereka mahir dalam bidang professional masing-masing dan dalam masa yang sama memiliki ilmu akhirat yg jitu.. mereka ini diperlukan utk mengakhiratkan dunia bila mana kedua-dua ilmu ini bisa jalan seiringan utk membawa manusia kepada perdamaian dunia.....

Selamat berjaya kepada Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin walau di mana sahaja dia berada...

the anThropologist said...

Agak ramai actually. Tapi mereka semua terpengaruh dengan "fikrah hizbiyyah". Antaranya ABIM dan PAS. Dan tak ramai yang betul-betul mendalami Islam tapi tidak terlibat dengan politik. Ada tapi kurang menonjol. Antaranya yang join al-Nida'.