Wednesday, April 1, 2009

Jiwaku Kabut.....


Mungkin betul kata orang, kalau kita gembira jangan gembira keterlaluan. Nanti ada padahnya. Dan inilah yang sedang aku alami…

Aku amat gembira dua hari yang lalu kerna beberapa perkara, samada yang telah pasti ataupun belum pasti lagi. Namun perkara yang berlaku kelmarin benar-benar menguji diriku. Menghentak aku ke tepi, menekan aku dari seluruh arah sudut. Dan akhirnya aku terpana. Terkesima. Kelu seribu bahasa. Tiada jawapan yang dapat aku berikan…..

Baru sebentar tadi aku mendodoikan Harith tidur. Setelah merengek kepenatan bermain kereta kesukaannya. Dan sekarang aku sedang menikmati angin pantai berpuput bayu. Menerpa wajahku. Bermain-main dengan anak rambutku. Berusaha mencari jawapan bagi apa yang telah berlaku……


Nota:
Buat abang Hisham & kak Nadia, abang Syahrul & kak Nurul dan abang Zarul & kak Ika, terima kasih untuk nasihat-nasihat anda. Akan saya pertimbangkan semuanya.

Buat Ken & Eve, Vincent & ‘Aisyah, Simon & Lily, Jerry dan Kelvin, korang toksah risau ahh. Aku okay kat sini. Cuma perlu masa untuk bersendirian. Nanti apa-apa aku sms korang.

12 comments:

Che underscore Lee said...

motipp?? konfius aku hang ni kejap entah, kejap happy, kejap kabut.. dramatic sungguh kehidupan hang! :P

In The Nite Garden said...

Selamat bertemu kembali di arena ini :p

Betapa besar pun masalah mesti ada jln penyelesaiannya. Jln itu pula mesti dicari dgn buah fikiran sbg caranya.

Salle Sulieman said...

apa masalah kau yg sebnarnya ni?

daSetan_7 said...

Che_Lee:
Banyak benda happen lately. Buat aku pusing!!!

Nite Garden:
Thanx for ur advise :D

Salle:
Aderlah few problems. Thanx for your concern.

In The Nite Garden said...

Pic baju purple muka montel la hehehe oooppps bapak marah ka????

daSetan_7 said...

Montel and chomel :D

In The Nite Garden said...

Montel n chomot3 huahuahua

daSetan_7 said...

Chomel daa :P

Ang nie musti mata senget. Hehehehehehe

In The Nite Garden said...

mata senget ka tak senget ka ang tetap chomot kekekeke

betul3 kata upin n ipin ;p

daSetan_7 said...

Upin dan ipin? Pedia? *konpius*

In The Nite Garden said...

karton upin n ipin tu daa..

bila nk kuaq cereka terbaru ang? ka ang tgh mengarang cereka la ni??

tgh windy2 tu baguih nk menulis hehehe

daSetan_7 said...

Hehehehehehe.... Nantikan cereka terbaru cheq :D