Friday, February 13, 2009

Rethinking Anthropology and Islam



Anthropology has much for which to thank bin Laden. After decades of criticism, anthropology was on the ropes not long ago. Its founding father and mother were discredited: Bronislaw Malinowski for lusting after young natives and Margaret Mead for cooking up ethnographic accounts. Its own practitioners despaired and predicted “The End of Anthropology” (Worsley, 1966; Banaji, 1970). When the field appeared at its weakest, the powerful new voice of Edward Said emerged to denounce it as tainted by the dreaded word ‘Orientalism’ (Said, 1978). Perhaps the unkindest cut was that anthropology was not even seen as a bulldog in the service of the Western imperialists but rather as a mere puppy. Students of anthropology wandered aimlessly – sometimes into postmodernist literary conceit and sometimes into autobiographical excess. Like John Keats’s knight in ‘La Belle Dame Sans Merci’ anthropology appeared to be ‘ailing’. It appeared ‘alone and palely loitering.’

September 11 changed all that. The main interests of anthropology – ideas of ethnicity, group loyalty, honour, revenge, suicide, tribal code, the conflict between what anthropologists call the Great Tradition of world religions and their local practice or the Little Tradition – were being discussed everywhere. Perhaps people were not even aware that they were discussing these issues as they were identified with traditional, even ‘primitive’ societies, and therefore discredited; now they were front-page news. What was clear was the sense of hyper-asabiyya and the accompanying paranoia and uncertainty.

Ironically, most religions and communities across the globe felt they were under siege. American television broadcast its news and discussion under the title ‘America Under Siege’; Israelis felt that the Arad had besieged them; and Indian complains of being hemmed in by aggressive Muslim neighbours. The United States, Israel and India appeared paralyzed in the face of Muslim suicide bombers. They had no answer to the violence except more violence.

With each killing the siege mentality spread. State strategy appeared to be to use more brute power and inflict more pain on the opposite side. Where vision and compassion were required, the state was seen to kill and hurt people and destroy property. Its representatives did not even spare the mosque, the House of Allah.

The United States, Israel and India were compromising hard-won ideas of modern, thriving democracy. There were cases of illegal detention, suspension of civil liberties and unauthorized surveillance. The victim was invariably a Muslim.

Muslims, whether living as a majority or a minority felt especially vulnerable after September 11. The fact that all 19 of the hijackers were Muslim appeared to condemn by association every Muslim on the planet. Any expression of Muslim identity would risk the fear of being suspected as ‘terrorist’ activity. Muslims felt that their religion Islam was under siege…….

Sunday, February 8, 2009

Hari Itu.......


Pelik.

Itulah sahaja perkataan yang dapat menerangkan perangai dan sikap Syariff semenjak dia memandu kereta itu. Sikapnya yang suka melambaikan tangan pada pemandu yang memandu kenderaan yang sama dengannya. Perangainya yang suka menegur dan menyapa pemandu-pemandu tersebut di stesen petrol. Baik lelaki mahupun perempuan. Baik Melayu mahupun bukan Melayu. Pasti akan ditegur. Pasti akan disapa. Hinggalah ke hari itu. Hari itu….

===============

“Woi Adik! Nak isi berapa riban nie?”

Soal Kasyah pada Syariff yang ketika itu sudah keluar dari kereta.

“Ikutlah. Tak kisah pun.”
“Okaylah. Kalau macam itu aku isi full tank.”
“Orait.”

Kasyah berlalu. Menuju ke kaunter bayaran. Sambil bersiul-siul keriangan. Dan mengangkat kening matanya pada Syariff. Membuatkan Syariff tersenyum simpul.

Sedang menanti Kasyah membuat bayaran, tiba-tiba sebiji kereta berhenti di sebelah. Dan kereta yang sama dipandu oleh Syariff. Sama warna. Membuatkan Syariff tersenyum lebar.

“Bolehlah aku tegur drivernye nanti….”

Bisik hati Syariff. Dan beberapa ketika pemandunya keluar dari kereta. Membuatkan Syariff terpana. Kelu lidah tanpa bicara. Dan bibir matanya tidak berkedip, walaupun sekali…..

“Oit. Cepatlah isi minyak tue. Duk termenung apanya tue!”

Tegur Kasyah. Membuatkan Syariff tersedar. Kembali ke dunia nyata.

“Ehh… Hang isikan…”
“Wei pasaipa nie?? Ko nak ke mana?”
“Hehehehehehehehehe…….”

Syariff hanya tersengih. Lantas berjalan menuju ke kereta sebelah…..

“Hi…”
“Hi….”

Jawabnya. Perasaan terkejut jelas di wajahnya. Mungkin tidak biasa. Mungkin tidak pernah ada yang menegurnya di tempat sebegitu….

“Dah lama you pakai keta nie?”
“Taklah lama. Baru gak. Dalam empat bulan lebih sikit ajer. Tue keta you or your friend?”
“Mine. Dah nak masuk setahun dah pun….”
“Owh…. Lamalah tue. So far ader apa-apa problem ke?”
“Ader…. My power window kat driver seat tue ader problem. Dah hantar repair kat service centre, but still tak elok gak. Then ader ‘orkestra’ kat bahagian depan tue….”
“Orkestra???”
“Alah….. Ader bunyi apa ntah kat seat sebelah driver tue….”
“Hahahahahahahahaha….. Ingatkan apalah tadi. Pastue dah hantar repair lom?”
“I tengah tunggu my cousin….”
“Your cousin?”
“Yeap, my cousin. He’s senior engineer UMW-Toyota. Dia dulu antara engineer yang terlibat design kereta nie…..”
“Owh really?? Bolehlah I tumpang hantar kat dia nanti…”
“Why? Your car pun ader problem gak ke?”
“My stereng tue. Ader problemlah. Hari tue dah complaint tapi after that macam takder beza pun……”
“Owh… Nanti I tanyakan my cousin tue…..”
“Thanx!! By the way, I’m Ilham… Ilham Allysa ‘Aisyah. You?”
“Amboi sedapnya nama…. Syariff…. Ahmad Syariff….”
“Nah nie kad I. You ader kad?”
“Erk…. Takderlah. Nanti I sms you my number….”
“Okay.. My number ader kat kad tue… Okaylah. Have to go now. Bye….”
“Bye……”

Dan dia berlalu. Dengan senyuman manisnya. Dan Syariff masih lagi berdiri di situ. Terpesona… Terpana… Dengan keindahan wajahnya. Keayuan senyumannya. Kelembutan butir bicaranya. Kesopanan isyarat tubuhnya…..

“Woi!! Sudahlah tue!! Jangan nak berangan lagi. Jom balik!!”

Saturday, February 7, 2009

Identiti, Sang Kodok dan Pengenalan Sosiologi


Kebelakangan ini aku banyak menulis dalam Bahasa Malaysia. Seorang teman lalu bertanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS):

“Menulis dalam Bahasa Malaysia untuk menyatakan sokongan terhadap pemansuhan PPSMI ke?”

Aku hanya mampu tergelak, sebagai reaksi awal terhadap pertanyaan tersebut. Dek kerana kami membesar bersama-sama, teman itu sangat memahami setiap perlakuan aku, baik yang tersurat mahupun yang tersirat. Namun jawapan aku adalah tidak. Sebab penulisan aku banyak menggunakan Bahasa Malaysia kebelakangan ini hanyalah sekadar untuk ‘melayan mood.’ Tidak lebih dari itu.

Rumah yang aku duduki sekarang ini terletak bersebelahan dengan sekolah; Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10. Setiap pagi selepas solat Fajar, satu perkara yang gemar aku lakukan lewat kebelakangan ini ialah berjalan-jalan sambil beriadah kecil di hadapan kawasan rumah yang aku duduki ini. Tapi bukan setiap pagilah :P Sambil pada waktu yang sama aku suka meninjau-ninjau pelajar-pelajar sekolah menengah tersebut datang ke sekolah. Bukanlah bermaksud untuk meng‘usha’ mereka (ahakzz!!). Tapi perkara yang aku suka perhatikan adalah pengangkutan mereka ke sekolah. Rata-rata mereka dihantar oleh keluarga, samada ibu ataupun bapa. Bagi aku itu fenomena biasa. Namun yang menarik perhatian aku adalah jenis kenderaan yang digunakan. Kebanyakannya kenderaan mewah, yang berharga paling kurang seratus ribu. Mercedes, BMW, Volkswagen, Volvo (my favourite car!!), Toyota Lexus etc. Pun begitu ada jua yang bermotosikal, dan hanya berjalan kaki sahaja. Kalau nak dilihat, status sosio-ekonomi masyarakat kawasan yang aku duduki sekarang ini tidaklah seimbang. Ada yang berada dan mewah (upper class and upper middle class), ada yang berada di kelas pertengahan (middle class), ada yang tergolong dalam golongan pekerja dan kelas pertengahan dan bawahan (lower middle and lower class). Di minda ku acapkali berfikir, pasti mereka-mereka ini golongan anak-anak sekolah menengah yang mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Harapnya begitulah…..

Lantas minda ku terfikir kepada mereka yang bersekolah di desa, bagaimana pula dengan mereka yang bersekolah di ceruk hujung dunia. Yang terpaksa menaiki bot dan sampan berjam-jam untuk sampai ke sekolah. Adakah penguasaan Bahasa Inggeris mereka baik, semantap mereka di bandar? Tidak pula dapat ku pastikan. Mungkin rakan-rakan ku di Fakulti Pendidikan (Naemah, sila jawab :P) dapat memberikan jawapan yang lebih jelas.

Namun perkara yang ‘menggelikan’ minda ku adalah berkenaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kononnya pejuang-pejuang Bahasa Melayu mengatakan ianya bersifat tidak patriotik kerana membelakangkan bahasa ibunda. Malahan mereka mempertahankan bawah Bahasa Melayu telah lama menjadi ‘lingua franca’ untuk pembangunan dan penyebaran ‘ilmu. Yang menggelikan aku ialah bilamana mereka memperkatakan bahawa ‘identiti’ Melayu akan terhakis bilamana pengajaran dua subjek itu dilakukan dalam Bahasa Inggeris.

Kasihan. Mungkin para pejuang bahasa ini perlu masuk kelas ‘ilmu anthropologi agaknya. Identiti adalah bahasa yang dipinjam dari bidang antropologi. Malahan ianya mula dibicarakan secara ekstensif oleh para antropologis sosial seperti Edmund R. Leach dalam karyanya Political System of Highland Burma dan E.E. Evans-Pritchard dalam karya agungnya The Nuer. Identiti dari perspektif antropologi akan hanya terjelma melalui proses interaksi. Meminjam kata-kata Jay Clyde Mitchell:

“Identity does not occur in vacuum, it occurs through the process of interaction.”

Bahasa hanyalah ‘simbol’ kepada identiti etnik Melayu. Tidak bermakna bilamana kita berbicara menggunakan Bahasa Inggeris, identiti kita atau sifat ‘keMelayuan’ kita terhakis. Contoh, kalau kita tinggal di negara Arab, pastinya kita terpaksa berbicara menggunakan Bahasa Arab ataupun Bahasa Inggeris hampir keseluruhan waktu, maka adakah itu bermakna kita sudah hilang ‘identiti’ Melayu kita? Maka samalah jua pengajaran subjek Sains dan Matematik. Kalau ianya diajar didalam Bahasa Inggeris, adakah ianya akan melemahkan, melunturkan dan lantas menghakis identiti etnik Melayu kita? Tun Dr. Mahathir dan mereka yang sezaman dengannya telah belajar Sains dan Matematik didalam Bahasa Inggeris. Namun tidak pula sifat keMelayuan mereka itu terhakis. Fikir-fikirkanlah…….

Ketika pulang dari solat ‘Isya kelmarin, aku dapat mendengar sang kodok membuat bising memanggil sang hujan. Hasilnya, malam kelmarin hujan turun agak lebat di kawasan rumah ku. Nyaman dan enak tidur ku. Satu sifat sang kodok yang senantiasa menarik perhatian ku dari dahulu hingga dewasa ini ialah sifatnya yang mampu melompat dengan jarak yang jauh. Inilah bukti kekuasaan Allah. Tuhan yang menciptakan ‘alam ini. Namun sifat melompat tidak hanya ada si kodok. Manusia pun ‘bijak’ untuk melompat. Dan lompatan mereka lagi hebat. Hingga mampu meranapkan sebuah kerajaan negeri. Hebat kan…..

Bagi ku, sang kodok yang perlu diberi ‘penghormatan’ adalah kodok Bota (erk… sape duk dekat Bote yer :P). Aku tidak bermaksud untuk menghina, apatah lagi merendahkan martabat sesiapapun. Cuma ianya agak menarik untuk diceritakan. Itu sahaja. Kodok ini telah melompat untuk mencari ‘rumah’ yang baru. Telah berjumpa ‘rumah’ yang baru, hanya selesa sekadar sebelas hari sahaja. Mula difikirkan dan dirasa ‘rumah’ yang lama sudah ‘usang’. Maka ‘rumah’ baru ini lebih baru, sesuai untuk ‘dunia yang serba-serbi baru ini.’ Namun sayang setelah sebelas hari, ‘rumah’ baru dirasakan ‘usang’ dan ingin kembali ke ‘rumah’ lamanya. Dan kembalilah ia ke ‘rumah’ lamanya. Sayang…… Komen ku sama dengan ‘Sang Bentara Luar’:

“Orang ini tiada ‘political conscience’…….”

Jam sudah hampir 10 pagi. Aku perlu bergegas bertemu dengan penyelia tesis sarjana ku. Dan aku perlu bersegera, dengan kadar yang pantas, untuk menyelesaikan tesis sarjana ku. Kerana semester pendek ini aku diminta untuk mengajar. Tidak perlu menunggu semester satu nanti. Satu subjek dan satu kelas sahaja. Subjek ‘Pengenalan Sosiologi’. Dengan harga RM 1300. Inilah dinamakan rahmat Allah……

Friday, February 6, 2009

Untuk Perempuan Yang Pernah Ku Cintai.......



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Monday, February 2, 2009

Kelmarin.......



"Haih……"

Syariff mengeluh panjang. Cuba melepaskan masalah yang senantiasa bermain di mindanya. Terbeban dengan masalah itu membuatkan dia pusing. Hatta kadang-kadang mengganggu konsentrasinya. Ribut……

Sufiah, kekasihnya, hanya mampu diam seribu bahasa. Tiada sebutir perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Kelu lidahnya. Mungkin dek kerana tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap ini. Namun segala-galanya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Begitulah perumpamaannya. Segala-galanya sudah terlewat……

"It’s okay Sufi. Kalu you nak terus diam macam nie, takperlah. I still have a lot of things to do, dari duduk kat sini tengok you diam macam nie ajer."
"Hmmm….. Bukan macam tue."
"Then macam mana lagi? You ingat I bodoh? I buta tak nampak semuanya tue? Hey memang I abnormal, I have four eyes. But still I boleh nampak semuanya dengan jelas. Kalau selama nie you boleh perbodohkan orang lain, it’s okay. But not me Sufi… Not me."
"Tue melampaulah tue. Apa yang I dah buat sampai you marah I macam nie sekali? I didn’t say anything right?"
"Memanglah you tak cakap apa pun, tapi apa yang you buat tue lebih teruk dari apa yang you cakap. And tell you what Sufi, I still ada maruah and harga diri. You jangan ingat I nie apa."
"Hey! Kan I cakap tadi, I takda cakap or janji apa-apa kan? Kenapa you nak marah-marah I pulak nie."
"Tak cakap apa-apa? Yeah memang adatlah. Manusia bila bercakap, janji segala memang akan lupa. Tapi orang yang mendengarnya nie, akan sentiasa ingat. Takper Sufi, one day nanti you akan faham. And that day I harap you akan kena lebih teruk dari apa yang you buat kat I. Dunia balas dunia Sufi. Tak payah tunggu nak mati, you akan tetap dapat balasannya…."

Waktu itu Sufiah terus terdiam. Kelu seribu bahasa. Tidak menjawab kata-kata Syariff. Hanya matanya sahaja yang terus memandang Syariff. Tepat ke anak matanya.

Dan dia terus diam…..

Syariff masih di situ. Namun fikirannya sudah hilang ke mana. Entah ke mana. Cuba menyuraikan kekusutan itu. Yang hakikatnya terlalu kusut untuk dirungkaikan……

Tiba-tiba kekuatan itu datang pada dirinya. Dia bingkas bangun dari duduknya. Berlalu untuk meninggalkan Sufiah.

"Please don’t go……"

Terlalu perlahan. Tapi begitu jelas di cuping Syariff. Membuatkan langkahnya terhenti dengan tiba-tiba……

"Kalau I tak pergi pun, masalah nie tak akan selesai Sufi."
"I love you. I do love you Iff…."
"Really?"
"Haih…. You fahamkan. I takut……"
"It’s okay Sufi. I think it’s better for me to leave you."

Waktu itu Sufiah bingkas memegang tangan Syariff. Dan berbicara…..

"I love you Iff. And I need you…."
"Takperlah Sufi. Kalau I ada pun, you rasa tak senang. Kita selalu bertekak. Ganggu privasi you. I rasa lebih baik I pergi."

Syariff berlalu. Meninggalkan Sufiah. Dengan hati yang penuh sebak. Meredah dingin malam. Untuk mencari jalan pulang.

Dan dia tidak kembali lagi……

Sunday, February 1, 2009

Seruan Untuk Kaum Muslimin.......



Terlalu banyak harapan yang diberikan kepada Presiden Amerika Syarikat yang ke 44, Barack Hossein Obama, dalam mewujudkan hubungan yang lebih harmonis antara Barat dan dunia Islam. Apatah lagi selepas peristiwa September 11, terlalu banyak sentimen anti-Islam lahir di Barat dek kerana kecetekan ‘ilmu dan pemahaman mereka tentang apakah ajaran Islam yang sebenarnya. Kebanyakannya menggambarkan Islam sebagai agama yang menyeru umatnya ke arah keganasan, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pengganas utama dunia. Sedihnya melihat perangai mereka ini…..

Harapan bahawa Presiden Barack Obama akan menukar hala tuju polisi AS mengenai isu Palestin-Israel serta hubungan AS dan dunia Islam hanyalah retorik dan mimpi semata-mata. Ketika berkempen di persidangan tahunan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC) pada musim panas yang lalu, kedua-dua calon Demokrat yang berebut jawatan calon Presiden parti tersebut ketika itu iaitu Obama dan Hillary Rodham Clinton menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap Israel. Obama berjanji “tidak akan bertolak ansur dalam soal keselamatan membabitkan Israel”, manakala Clinton menyatakan “hubungan baik AS dan Israel akan berkekalan selama-lamanya.” Jika ini diambil sebagai pertimbangan untuk membentuk polisi hubungan luar, apatah lagi kini Hillary Clinton mengetuai Jabatan Negara yang bertanggungjawab terhadap polisi luar AS, maka kita tidak boleh berharap akan berlaku perubahan. Dan jika kita melihat kepada barisan kabinet Obama, beliau dikelilingi oleh Zionis bermula dari Naib Presiden Joseph Biden hinggalah kepada Ketua Staf Rumah Putih (White House), Rahm Emmanuel yang merupakan seorang Yahudi yang pernah berkhidmat dalam tentera Israel. Polisi domestik akan ditentukan oleh anggota Zionis jua seperti Timothy Geithner, Lawrence Summers, Paul Volker, Peter Orszag, Jason Furman, dan tidak lupa Jamie Rubin, anak kepada pengasas Rubinomics. Kebanyakan penasihat Obama merupakan Yahudi dan terdapat komentar bahawa beliau merupakan Presiden pertama AS dari golongan Yahudi!

Dewan Perwakilan AS yang dikuasai Parti Demokrat telah meluluskan resolusi “membenarkan Israel mempertahankan hak mereka dari serangan pejuang Palestin di Gaza” dengan majoriti besar, 390 berbanding 5. Ahli Kongres dari Ohio, Dennis Kucinich yang mengundi menentang resolusi sebelum pengundian telah berkata bahawa, “saya tidak berharap kita tidak menyokong tindakan kejam yang telah dilakukan berulang kali oleh tentera Israel. Kita perlu mengambil pendekatan baru membabitkan Asia Barat dan pendekatan baru ini perlu mengambil kira keadaan tidak berperikemanusiaan di Gaza.” Dewan Senat AS mempertahankan resolusi yang telah dibuat untuk terus komited terhadap Israel. Ini termasuklah hak untuk Israel bertindak mempertahankan diri bagi memelihara nyawa orang awam serta menggesa gencatan senjata yang akan menghalang penduduk Palestin dari melancarkan roket ke wilayah Israel. Senator Harry Reid yang mengetuai Demokrat di Dewan Senat berkata selepas pengundian, “resolusi kami menunjukkan keinginan negara Israel dan penduduk AS.” Nah adakah Obama yang kini memerintah Amerika boleh dijadikan sandaran untuk umat Islam melihat dunia yang lebih adil terhadap Islam dan penganutnya?

Telah acapkali kita mendengar umat Islam menyalahkan orang luar, Yahudi dan Zionis, terhadap kehancuran, kelemahan umat Islam ketika ini. Mereka dituduh, dan dipersalahkan, kerana telah menyemai benih-benih nasionalisme dikalangan umat Islam, lantas melemahkan umat Islam yang satu ketika dahulu kuat dan bersatu dibawah sistem Khalifah. Natijahnya kini kita dapat melihat jumlah negara Islam yang agak besar tetapi mereka langsung tidak bersatu, malahan bercakaran sesama sendiri. Ya, fakta itu mungkin ada benarnya. Namun sampai bila kita hendak menuding jari kepada orang luar, meletakkan beban kesalahan kepada mereka? Kenapa kita tidak pernah menyalahkan diri kita sendiri kerana kita alpa, lalai dan leka ketika kita kuat satu ketika dahulu? Sudah sampai waktunya kita bangkit dari tidur yang lena, mimpi yang terlalu indah. Kita perlu bina kekuatan kita sendiri. Dan kekuatan ini hanya akan dapat dibina dengan kepercayaan yang tidak berbelah-bahagi terhadap Allah dan rasul-Nya, serta memahami agama yang suci ini berlandaskan nas-nas dan hadis-hadis yang sahih. Bukannya berpaksikan hadis yang penuh dengan unsur-unsur Israiliyyat! Pabila ketauhidan kita kukuh, pemahaman agama kita suci dari sebarang elemen-elemen yang mengotorkan kesucian agama Allah ini, barulah ketika itu kita dapat bangkit menguasai dunia. Dan untuk menguasai dunia, ianya perlulah bermula dengan penguasaan ilmu pengetahuan.

Untuk seluruh umat Islam: “Dan bangkitlah dari tidurmu yang lena.

Rindu Ini......


Seronok betul malam nie dapat bersolat Maghrib dan 'Isya di Masjid UIAM. Kali terakhir berbuat demikian adalah bulan Ramadhan yang lalu. Tadi solat berjemaah berimamkan Imam berbangsa 'Arab. Lantas terasa seolah-olah sedang solat di Masjid an-Nabawi atau di Masjid al-Haram. Dan secara tiba-tiba terasa rindu yang teramat sangat untuk kembali ke sana lagi, untuk menjadi tetamu Allah, untuk ku dambakan rindu ini pada Mu, Tuan yang memiliki jiwa ini.......