Showing posts with label Habibi. Show all posts
Showing posts with label Habibi. Show all posts

Monday, July 6, 2009

Sweetie

Hey chomel tak saya? Macam pakcu sayakan :D

Weeeee bestnyer dapat main air!!!

Mana semua orang nie? Kata nak main dengan Harith....

Harith penatlah. Kita tido dulu!!! :D

Friday, April 10, 2009

Buat Mereka Yang Amat Ku Sayangi.......


To my dearly beloved father – late Haji Md. Yassin bin Basar – for his never ending love and affection and to my much-loved nephew – Luqman Harith bin Jamshid – who will grow up in the new millennium, the age where knowledge triumph……..


Note: I have completed my M.A. dissertation and the result is……… :D

Monday, March 23, 2009

Bercanda-Canda Di Tepian Pantai.......


Bercuti memanglah suatu perkara yang amat menyeronokkan. Mengujakan setiap individu yang bernama insan. Ditambah pula percutian itu disertai oleh mereka yang dekat di hati kita, yang senantiasa diingati, dicintai dan dikenang dalam doa [ayat bukan main!! kredit to ‘aisyah!! :D].


Aku baru kembali dari bercuti hampir tiga minggu. Demi menyahut seruan ‘tuan doktor’ yang begitu beria-ia memujukku untuk bercuti untuk merehatkan diri dan jua minda [thanx doc!! :P]. Destinasi percutian hanyalah kampungku sahaja. Tiada perancangan untuk ke mana-mana setelah berhempas-pulas menyudahkan tesis sarjana ku.

Aktiviti percutian banyak diisi dengan pembacaan material-material yang berkisar tentang politik nasional mutakhir ini. Ditambah dengan aktiviti menonton televisyen, aktiviti ‘kanak-kanak ribena’ dan aktiviti ‘mendugong’kan diri. Dan percutian diakhiri dengan aktiviti bergembira dengan anak buahku [rindu yang teramat sangat pada mereka!!].




Berkumpul untuk menikmati kelapa muda [dalam istilah kami ialah kelapa ‘degan’]. Masing-masing begitu teruja untuk menikmatinya!!



Harith yang tidak sabar untuk merasai kenikmatan kelapa muda hasil tangan pakcunya!! :P Tidak sabar rasanya untuk meniti waktu hingga ke Oktober ini, untuk menyambut anak buahku yang ke sembilan. Pastinya chomel seperti ………. :D

Dan kini aku telah kembali bertugas. Tugasan pertama yang diberikan padaku adalah mengajar semester pendek yang akan datang ini. Subjek SOCA 2410 Stratifikasi Sosial (Social Stratification) dan SOCA 3310 Masalah-Masalah Sosial (Social Problems). Tidak sabar rasanya untuk bertemu bakal murid-muridku. Pastinya ia suatu pengalaman yang mengujakan!! :P

Thursday, March 5, 2009

Tekanan dan Tidak Sihat


I was stressed, totally stressed, last two week. It was due to my thesis, family, works and other things, which I think it is not appropriate for me to mention it here. I had to review, entah kali yang ke berapa ntah, my thesis and that made me a little bit depress. Though I know that it is good to review my thesis many times, but doing the same thing to me it is a bit irksome. Well orang muda kan. Tapi memang I really have to thank my supervisor, Professor Dr. Mohamed Aris Othman for his patience throughout the writing of my thesis. I also have to be grateful to him for all the painstaking corrections, meticulous alterations and removal of punctuation mistakes from my thesis that has made the thesis readable. Without him and his never ending helps, encouragement and constructive suggestions, the completion of my thesis would not have become possible. I submitted my thesis to the department this morning for internal assessor. Hopefully takda masalah lagi lah….


Sebagai hadiah seminggu yang penuh dengan stress, I got this ‘body balance’ problem. I feel like floating every time I walk or sit. Macam mat pit pas amik heroin rasanya. Hehehehehehehe. So I went to see my family doctor kat Muar, Dr. Mohamad Taslim (Ahli Dewan Undangan Negeri [ADUN] Johor kawasan Maharani dari Parti PAS). Hasil pemeriksaan rapi aku disahkan yang blood circulation tak sampai ke otak. Pasal tue lah duk melayang-layang. And aku tak tanya pun apa sebabnya. Tak kuasa aku nak layan. Just amik ubat and makan. Memang rasa cukup tak selesa yang amat sangat. The best part ubat tue asal makan ajer mesti tido. So kejenyer aku membutalah 24 jam. Bangun solat, makan and kemudian tido. Betol-betol mendugungkan badan. Hehehehehehe……




Dalam waktu-waktu yang stress dan tidak selesa tue (maklumlah aku nie kan tak sabar sampai ader orang cakap aku nie impatient of time!) what I did to ease the feeling ialah dengan melihat gambar-gambar Harith.







Chomel kan!! Tapi chomel laie pokcu nyer. Ahakzz!! :D


Owh just had my dinner. Of late I am quite lazy to cook. So most of the time I have a simple dinner, which I can prepare it in less than 3o minutes. Hehehehehehe :P

Friday, February 20, 2009

Dikau Yang Pernah Ku Cintai.......


Lesu……

Itulah sahaja perkataan yang mampu menceritakan dirinya ketika itu. Segala-galanya lesu. Mindanya tidak mampu lagi bertaakul. Untuk mencari jawaban bagi seribu satu permasalahan yang bermain di mindanya waktu itu. Yang hadir hanyalah kedukaan. Kekeliruan. Yang menghambat kecelaruan di mindanya.

Angin malam menerpa ke wajahnya. Dingin. Sedingin hatinya. Yang sudah mula tidak memahami apakah ertinya rasa itu. Yang mengeraskan dinding hati nuraninya. Yang mulai tidak mengendahkan senyuman manisnya. Yang hiba mendengarkan gelak tawanya. Yang jijik dengan janjinya. Yang akhirnya membawanya ke destinasi itu.

Embun malam mula menyinggah ke tubuhnya. Namun ianya tidak mampu walau sedikit pun memberikan kedinginan pada dirinya. Yang hadir. Hanyalah kelesuan…..

===============

“Hey. I think you should read this article……”
“Hah!! Kenapa? Aku tak minatlah benda-benda macam nie…..”
“You better readlah. Nanti ko tahulah naper….”
“Okaylah. Thanx. Nanti apa-apa aku sms ko lah….”

===============

“Ehhh. Ko ingat tue dia ker?”
“Ko piker benda yang sama ker?”
“That’s what I have in mindlah. Tapi possible ker? Takder rupa pun…..”
“Well you never know dear till you finally find out the truth, kan?”
“Yeah. You are right. Hmmmm…….”
“What do you think right now?”
“Gimme a few minutes. I wanna google benda nie…..”
“Kay. Take your time. But I hope you’re okay there….”
“Thanx. Yeah I am perfectly okay here…..”

===============

“You busy there?”
“Nope. Just to settle a few things. Wassup?”
“Hmmmm…. Dunno where to start lah.”
“Well. Let me guess. It’s true kan?”
“Haih…. Betullah tue. Tak taulah nak cakap apa…….”
“Well. Aku dah cakap dari dulu lagi kan. Dia tue penipu.”
“Come on lah. Janganlah macam tue…..”
“Well you cannot start a friendship dengan menipu kan?”
“Benda dah lepas, aku nak cakap macamana laie kan…..”
“Hmmmm…. You okay there?”
“Yeah. I am okay. No worries. Apapun thanx lah. Kalu tak selamanya aku tak tahu pun. Selamanya aku kena tipu……”
“Dahlah tue. Don’t think about it too much. Cheer up. Okay?”
“Hahahahahaha….. Takder aperlah. Aku okay jer.”
“Okay. Aku ada benda nak siapkan nie. Apa-apa nanti aku call balik.”
“Orait…..”
“Hey I beg you, janganlah pikir bukan-bukan. Or else it may hurt you again….”
“Nay…. I won’t. No worries. Dahlah. Pilah buat keje tue. Bye…..”
“Bye….”

===============

Malam itu terlalu amat sunyi. Yang kedengaran hanyalah dendangan sang kodok. Menyanyi memecah kedinginan malam. Disulami nyanyian sang cengkerik. Sahut menyahut. Laksana sebuah fiesta yang sedang berlangsung. Menjadi peneman setia. Si dia yang masih lagi duduk di situ. Tanpa arah. Tanpa tujuan….

Thursday, February 19, 2009

Suratan Atau Kebetulan.......


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Monday, February 16, 2009

Sepi.....


Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
Biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Sunday, February 8, 2009

Hari Itu.......


Pelik.

Itulah sahaja perkataan yang dapat menerangkan perangai dan sikap Syariff semenjak dia memandu kereta itu. Sikapnya yang suka melambaikan tangan pada pemandu yang memandu kenderaan yang sama dengannya. Perangainya yang suka menegur dan menyapa pemandu-pemandu tersebut di stesen petrol. Baik lelaki mahupun perempuan. Baik Melayu mahupun bukan Melayu. Pasti akan ditegur. Pasti akan disapa. Hinggalah ke hari itu. Hari itu….

===============

“Woi Adik! Nak isi berapa riban nie?”

Soal Kasyah pada Syariff yang ketika itu sudah keluar dari kereta.

“Ikutlah. Tak kisah pun.”
“Okaylah. Kalau macam itu aku isi full tank.”
“Orait.”

Kasyah berlalu. Menuju ke kaunter bayaran. Sambil bersiul-siul keriangan. Dan mengangkat kening matanya pada Syariff. Membuatkan Syariff tersenyum simpul.

Sedang menanti Kasyah membuat bayaran, tiba-tiba sebiji kereta berhenti di sebelah. Dan kereta yang sama dipandu oleh Syariff. Sama warna. Membuatkan Syariff tersenyum lebar.

“Bolehlah aku tegur drivernye nanti….”

Bisik hati Syariff. Dan beberapa ketika pemandunya keluar dari kereta. Membuatkan Syariff terpana. Kelu lidah tanpa bicara. Dan bibir matanya tidak berkedip, walaupun sekali…..

“Oit. Cepatlah isi minyak tue. Duk termenung apanya tue!”

Tegur Kasyah. Membuatkan Syariff tersedar. Kembali ke dunia nyata.

“Ehh… Hang isikan…”
“Wei pasaipa nie?? Ko nak ke mana?”
“Hehehehehehehehehe…….”

Syariff hanya tersengih. Lantas berjalan menuju ke kereta sebelah…..

“Hi…”
“Hi….”

Jawabnya. Perasaan terkejut jelas di wajahnya. Mungkin tidak biasa. Mungkin tidak pernah ada yang menegurnya di tempat sebegitu….

“Dah lama you pakai keta nie?”
“Taklah lama. Baru gak. Dalam empat bulan lebih sikit ajer. Tue keta you or your friend?”
“Mine. Dah nak masuk setahun dah pun….”
“Owh…. Lamalah tue. So far ader apa-apa problem ke?”
“Ader…. My power window kat driver seat tue ader problem. Dah hantar repair kat service centre, but still tak elok gak. Then ader ‘orkestra’ kat bahagian depan tue….”
“Orkestra???”
“Alah….. Ader bunyi apa ntah kat seat sebelah driver tue….”
“Hahahahahahahahaha….. Ingatkan apalah tadi. Pastue dah hantar repair lom?”
“I tengah tunggu my cousin….”
“Your cousin?”
“Yeap, my cousin. He’s senior engineer UMW-Toyota. Dia dulu antara engineer yang terlibat design kereta nie…..”
“Owh really?? Bolehlah I tumpang hantar kat dia nanti…”
“Why? Your car pun ader problem gak ke?”
“My stereng tue. Ader problemlah. Hari tue dah complaint tapi after that macam takder beza pun……”
“Owh… Nanti I tanyakan my cousin tue…..”
“Thanx!! By the way, I’m Ilham… Ilham Allysa ‘Aisyah. You?”
“Amboi sedapnya nama…. Syariff…. Ahmad Syariff….”
“Nah nie kad I. You ader kad?”
“Erk…. Takderlah. Nanti I sms you my number….”
“Okay.. My number ader kat kad tue… Okaylah. Have to go now. Bye….”
“Bye……”

Dan dia berlalu. Dengan senyuman manisnya. Dan Syariff masih lagi berdiri di situ. Terpesona… Terpana… Dengan keindahan wajahnya. Keayuan senyumannya. Kelembutan butir bicaranya. Kesopanan isyarat tubuhnya…..

“Woi!! Sudahlah tue!! Jangan nak berangan lagi. Jom balik!!”

Friday, February 6, 2009

Untuk Perempuan Yang Pernah Ku Cintai.......



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Monday, February 2, 2009

Kelmarin.......



"Haih……"

Syariff mengeluh panjang. Cuba melepaskan masalah yang senantiasa bermain di mindanya. Terbeban dengan masalah itu membuatkan dia pusing. Hatta kadang-kadang mengganggu konsentrasinya. Ribut……

Sufiah, kekasihnya, hanya mampu diam seribu bahasa. Tiada sebutir perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Kelu lidahnya. Mungkin dek kerana tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap ini. Namun segala-galanya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Begitulah perumpamaannya. Segala-galanya sudah terlewat……

"It’s okay Sufi. Kalu you nak terus diam macam nie, takperlah. I still have a lot of things to do, dari duduk kat sini tengok you diam macam nie ajer."
"Hmmm….. Bukan macam tue."
"Then macam mana lagi? You ingat I bodoh? I buta tak nampak semuanya tue? Hey memang I abnormal, I have four eyes. But still I boleh nampak semuanya dengan jelas. Kalau selama nie you boleh perbodohkan orang lain, it’s okay. But not me Sufi… Not me."
"Tue melampaulah tue. Apa yang I dah buat sampai you marah I macam nie sekali? I didn’t say anything right?"
"Memanglah you tak cakap apa pun, tapi apa yang you buat tue lebih teruk dari apa yang you cakap. And tell you what Sufi, I still ada maruah and harga diri. You jangan ingat I nie apa."
"Hey! Kan I cakap tadi, I takda cakap or janji apa-apa kan? Kenapa you nak marah-marah I pulak nie."
"Tak cakap apa-apa? Yeah memang adatlah. Manusia bila bercakap, janji segala memang akan lupa. Tapi orang yang mendengarnya nie, akan sentiasa ingat. Takper Sufi, one day nanti you akan faham. And that day I harap you akan kena lebih teruk dari apa yang you buat kat I. Dunia balas dunia Sufi. Tak payah tunggu nak mati, you akan tetap dapat balasannya…."

Waktu itu Sufiah terus terdiam. Kelu seribu bahasa. Tidak menjawab kata-kata Syariff. Hanya matanya sahaja yang terus memandang Syariff. Tepat ke anak matanya.

Dan dia terus diam…..

Syariff masih di situ. Namun fikirannya sudah hilang ke mana. Entah ke mana. Cuba menyuraikan kekusutan itu. Yang hakikatnya terlalu kusut untuk dirungkaikan……

Tiba-tiba kekuatan itu datang pada dirinya. Dia bingkas bangun dari duduknya. Berlalu untuk meninggalkan Sufiah.

"Please don’t go……"

Terlalu perlahan. Tapi begitu jelas di cuping Syariff. Membuatkan langkahnya terhenti dengan tiba-tiba……

"Kalau I tak pergi pun, masalah nie tak akan selesai Sufi."
"I love you. I do love you Iff…."
"Really?"
"Haih…. You fahamkan. I takut……"
"It’s okay Sufi. I think it’s better for me to leave you."

Waktu itu Sufiah bingkas memegang tangan Syariff. Dan berbicara…..

"I love you Iff. And I need you…."
"Takperlah Sufi. Kalau I ada pun, you rasa tak senang. Kita selalu bertekak. Ganggu privasi you. I rasa lebih baik I pergi."

Syariff berlalu. Meninggalkan Sufiah. Dengan hati yang penuh sebak. Meredah dingin malam. Untuk mencari jalan pulang.

Dan dia tidak kembali lagi……

Sunday, January 18, 2009

Dingin.....


Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian
Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam khayalan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama



Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya
Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ujiannya
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah

Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama


Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya
Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ujiannya
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama


From the same source I have not taken,
My sorrow; I could not awaken,
My heart to joy at the same tone;
And all I loved, I loved alone.

Friday, January 16, 2009

A Reply.....


I was tagged by budakSetan – Vincent @ setan cool and Kelvin @ setan hensem – last two days to answer their question in my blog. The question is rather simple, if you can live forever, what do you live for? (“,)


Well this will be my answer. First, I will live for my religion, Islam – Allah, the Infinitely Good and the All-Merciful, and His messenger, Prophet Muhammad, peace be upon him.


And second, surely, I will live for my Saza Ameenah family: my mama, Hajah Salmah Haji Basiron; my kak long and abang yunus; my angah and kak asmah; my kak uda and abang jam; my kak anim and her fiancé abang hisyam; and last but not the least my super-duper coolest fabulous anak buah naQib, baba, tim-tim, najihot, hafiz, ‘aina, fiqot and lovely cutie harith.


So how about you? :P

Monday, January 5, 2009

Rindu Ku Terubat Kini.......

Waktu itu tiada apa yang hendak ku lakukan. Semuanya telah ku siapkan dari awal lagi. Termangu-mangu tiada apa yang hendak ku kerjakan. Sudahnya aku duduk diam menghadap komputer riba ku. Melayari dan menyusuri dunia maya. Tanpa arah tujuan. Kosong minda ku…….

“Hey…. What you doing there?”
“Doing nothing. Buat bodoh ajer depan pc nie. Ader apa?”
“Nothing. New year eve, where will you be?”
“Tak ke mana pun. Duk umah ajer. Maybe nak ke Seremban, jumpa Harith.”
“Kul berapa?”
“Entah. Tak sure. Kenapa?”
“Wanna meet up? Lepak-lepak……”
“Your place?”
“Solaris nak?”
“Bisa ajer. What time? 8 pm?”
“Alrity… See you at 8 then…..”
“Orait. Daaa……”

Terus aku berkemas-kemas. Menyiapkan diri ku. Untuk bertemu dengan si dia. Yang agak ku rindui. Sambil ku siapkan cenderahati ku buat si dia.




Segera ku bergegas ke lokasi perjumpaan. Tidak sabar untuk ketemu sama si dia. Rindu yang teramat sangat….

“Hey sorry lambat. Caught in a traffic jam.”
“It’s okay. New year eve. Semua orang nak kuar.”
“Alrite. Nak makan apa nie?”
“You?”
“Hmmm….. Ikutlah. I’m okay ajer. You order for me.”
“Okay….”

Pantas dia membuat pesanan. Dan tidak berapa lama selepas itu, hidangan telah tersedia di atas meja dan kami menikmati hidangan yang amat lazat itu. Sambil berbicara seperti biasa….

“Ehh… I have something for you. New year gift.”
“Hmmm…. Naperlah susah-susah.”
“Alah dah lama benda tue I beli. Lagi pun it’s cheap. Sorry tak mampulah nak beli hadiah mahal-mahal.”
“It’s okay. Having you in my life is the greatest gift I ever had.”
“Hmmmm….. Thank you. Gotta go. Nanti lambat pulak sampai Seremban.”
“Okay. Happy New Year sayang…..”


Bicaranya sambil mencium pipi ku……

Dan aku berlalu meninggalkan dia. Menuju ke destinasi ku. Untuk bertemu dengan si chomel ku, Luqman Harith…..


====================


You are my paradise, you are my craving
You are what I pray for, you are what brings my soul peace
You are what cools my eyes to see, you are the footstep of my heart
I don’t know about anything else but I do know
I see God in you, but I do not know what to do
In an offering of love my head bows down to you, what should I do
I see God in you, but I do not know what to do

What kind of distance is this, what kind of helplessness
That I have to touch you with only my eyes
Sometimes your scent, sometimes your words
Without asking for it I have received the whole world
You are what lightens my heart, you are all the valuable things of lifetimes
I don’t know about anything else but I do know
I see God in you, but I do not know what to do
In an offering of love my head bows down to you, what should I do
I see God in you, but I do not know what to do

It comes, it makes me yearn
Your shadow bothersomely kisses
How you smile, how you become shy
Is as if my God is spinning
You give me worth, you are my penance
I don’t know about anything else but I do know
I see God in you, but I do not know what to do
In an offering of love my head bows down to you, what should I do
I see God in you, but I do not know what to do

====================

Friday, December 12, 2008

Ana Bahibbak.....


Hujan turun membasahi bumi Damansara. Sejak tadi, hujan masih tidak lagi teduh. Lebat. Sebagai menyahut gegakan sang kodok yang menyanyi-nyanyi memanggilnya. Aku sedang berkira-kira untuk pergi atau tidak ke rumah Allah Maghrib nanti.

“Hmmm…. Hujan plak. Camner nak pegi nie. Malas betol nak pi hujan-hujan macam nie…..”

Getus hati ku sendirian. Walaupun hakikatnya perginya bukanlah berjalan kaki, tapi dengan kereta. Namun, begitulah kebiasaannya jika hari hujan. Kedinginan yang mencengkam tubuh ku membuatkan aku malas untuk pergi. Menarik ku untuk bermalas-malasan di rumah. Sambil menyiapkan kerja-kerja ku yang masih menimbun ini.

“Tapi….. Kalau tak pi nanti tak dapatlah plak jumpa… Hmmm…..”

Kekeliruan mula bersarang di minda ku. Membuatkan ku termenung sebentar.

“Ahh… Pegi ajerlah. Bukan jauh mana pung…”

Terus aku bangkit dari duduk ku. Menuju ke bilik mandi….

………………..

“Ehhh… Awak pekaba? Lama tak nampak. Outstation ker?”
“Sihat, alhamdulillah. Takderlah. Ader ajer kat sini. Cuma hari tue demam. Tue yang takder tue. Awak sihat?”
“Alhamdulillah. Nie demamnya dah baik belum?”
“Bolehlah. Dah pergi klinik dah pun….”
“Baguslah macam tue…”
“Hmmm….. Kita nie selalu jumpa. Since the day saya tersalah pakai sandal awak. Tapi kita tak tahu pun nama masing-masing kan….”
“Hahahahahahaha….. Yerlah. Awak cakap baru saya perasan. Apa nama awak?”
“Hmmm….. Azhar. Khairil Azhar…. Awak?”
“Lily… Lily Suryani…..”
“Hmmmm….. Sedapnya nama. Macam nama nenek saya…..”
“Hahahahaha…. Serius ke?”
“Taklah awak nie. Saya gurau ajerlah……”
“Awak nie ada-ada ajer…..”
“Park keta kat mana?”
“Tue hujung sana. Nak redah hujan lebat lagi. Takut demam nanti….”
“Takperlah. Nak saya hantarkan? Saya ader payung nie, besar. Boleh muat dua orang….”
“Thanx awak…”

Dan kami berjalan menuju ke kereta itu. Meredah hujan yang masih garang…..

“Awak kerja mana?”
“Hmmmm….. Saya kerja kat Gombak, teaching. Awak?”
“Saya kerja kat area PJ ajer. Dekat-dekat sini…”
“Owhh…. Okay. Dah sampai dah pun…..”
“Alrite. Thank you. See you tomorrow…”

Katanya sebelum berlalu. Sambil melemparkan senyuman yang teramat manis. Dan dalam hati aku berbisik…..

“Ana bahibbak…….”

Sunday, December 7, 2008

I Love You.....


Dewan utama itu dihias indah. Bunga lily dipilih sebagai tema majlis; menghiasi segenap ruang dewan itu. Harum baunya. Menembusi segenap ruang dewan yang indah ini. Dan aku duduk di hujung sudut dewan, bertemankan si ‘Akasyah, tanpa menghiraukan manusia yang berada di sekeliling ku. Berlagak seolah-olah aku berada di dalam dunia ku sendiri. Walaupun hakikatnya aku tahu ada yang memerhatikan ku.

“Sebok ajer duk tengok-tengok aku. Nak apa lagi dia tue….”
“Hey!! Rileklah brader. Chill. Kita kan kat majlis Helmi nie. Jangan buat masalah bley tak adik? Tak baik tau…..”
“Masalahnya aku tak suka dia duk tengok-tengok aku. Dia nak apa lagi?? Buhsanlah macam nie……”
“Aku tau dia nak apa… Hahahahahahahaha…..”
“Pesal ko gelak-gelak. Sepak karang. Pedia nie??”

Amarah ku sampai ke kemuncaknya. Meluat dengan perangai dia. Ditambah dengan perangai kebudak-budakan ‘Akasyah….

“Ya Allah ko nie dik. Cubalah jangan nak marah ajer. Kang nanti senang kena high blood tau…”
“Yang ko nie pun satu. Dah tahu aku tengah marah lagi nak buat lawak bodoh. Ko cakap ko tahu ape dia nak, pedia wei????”
“Come on lah dik. Dia windulah tue kat ang. Bukannya korang dah lama tak jumpa kan….”
“Wei!! Aku bersumpah pada keramat si luncai tau, kalau betullah dia windu kat aku, aku sanggup panjat Batu Caves and guling-guling turun bawah… Hahahahahahahahaha…….”
“Keramat si luncai???”
“Si luncai….. Si luncai terjun dengan labu-labunya…..”
“Ohhhh….. Si luncai…. Biarkan……”
“Hahahahahahahahaha….. Bengonglah ko….”
“Pehal plak aku. Ko lah dik yang bengong…. Ehhh…. Dia datang ke sini lah…”
“Hah!! Dia datang sini?? Mana???”

Hati ku mula tidak keruan. Resah. Punggung ku tidak senang duduk. Perasaan ku bergelora. Minda ku berkecamuk. Tidak dapat bertaakul. Apakah yang perlu aku lakukan. Lari? Duduk di situ dan biarkan sahaja dia datang kepada ku? Aduhhh…. Rasa ingin sahaja ku cabut nyawa ku tika waktu itu. Aku takut untuk menghadapi saat sebegitu lagi. Sudah penat, sudah capek, bak kata orang Indonesia…..

“Hey. How you? Lama tak jumpa……”
“Yeah. Lama tak jumpa. Been busy kan….”

Dia tertawa kecil mendengarkan jawapan ku. Aku tidak pasti apa yang terfikir di mindanya tika itu. Malas untuk ku fikirkannya. Biarlah….

“Ehh… I need to go to the washroom lah. Nature’s call. You guys continue chatting kay….”

'Akasyah berlalu sambil mengenyitkan matanya pada ku. Geram aku pada tingkahnya itu. Entah apa tujuannya aku tidak pasti. Siaplah nanti dalam kereta, tahulah apa yang perlu aku lakukan padanya. Sebagai balasan meninggalkan kami berdua…..

“Ehh…. The groom and the bride nak menari dah… Jom…”

Dia bangun dari duduknya, sambil menghulurkan tangannya. Tersenyum. Tanda mengajak ku untuk menari bersama-sama yang lain. Dan aku hanya mampu terkebil-kebil. Melihatkan tangannya. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Untuk menerima, atau menolak pelawaannya…..

“Hmmmm…. I don’t dance. Lagi pun seganlah. Nanti orang semua tengok…..”
“Laaa…. Nak segan apa. They all our friends kan. Lagipun they all semuanya sporting lah. Don’t worry kay. Come lah dik……”

Aku merungut dalam hati ku; orang sudah bilang tak mahu, tak mahulah. Janganlah dipaksa-paksa. Benci betul dengan perangai orang yang tidak faham bahasa ini. Rasa ingin sahaja aku sepak-sepak mukanya. Biar dia tahu yang aku tidak mahu menari…..

“Hmmmm….. Tak mahulah. Seganlah…..”
“Laa…. Please….. For me…..”
“Ehhh… Kenapa nie? Kenapa berdiri?”

‘Akasyah kembali dari tandas. Berdiri di sisi ku sambil memerhatikannya….

“I asked him to dance tapi dia tak mahu plak….”
“Ehhh… Adik. Why not? Go lah. Have fun. Join the crowd. Diaorang semua tue dah menari dah. Pegilah. See Helmi pun dah menari dengan wife dia……”
“Tak mau lah. Aku tak tahu menarilah……”

Sambil aku merenung pada ‘Akasyah. Minta pertolongan dia….

“Ehhhh…. Sejak bila ko tak tahu menari dik?”

Soalnya sambil tersengih. Siaplah kau, balasannya nanti dalam kereta. Tahulah aku mengajarnya. Aku menggerutu dalam hati….

“I know that you can dance. Come……”
“Pergilah… Have fun…..”

Kata ‘Akasyah sambil mengenyitkan matanya lagi. Dan aku membeliakkan mata ku. Tanda marah ku pada dia. Dibalas dengan ketawanya yang berdekah-dekah……

Kami bersama mereka yang lain. Menemani Helmi dan isterinya menari di tengah dewan ini. Di bawah gemerlapan lampu neon. Dan aku melihat wajahnya. Dia tersenyum. Senyuman yang indah. Comel. Lantas aku membalas senyuman itu. Dengan senyuman manis ku. Tiba-tiba dia merapatkan bibirnya ke telinga ku. Lantas berbisik…

“I love you………..”

Tuesday, December 2, 2008

Luqman Harith.....

He smiles at me.....
We were just woke up.....

He said "I want my breakfast!!"

Finally he got his breakfast.....
Hey what you doing there??

"I wanna help Mak Tuk..."

"Good morning Pakcu!!"

He is having a tight sleep.....