Thursday, July 29, 2010

Dan....


Aku jadi hilang arah, tidak karuan. Tidak pasti dengan apa yang berlaku pada diri ku ini. Saat dia hilang dari pandangan, aku tidak pasti apa yang sedang berlaku pada diriku……

Tika aku melihat wajahnya, segala-galanya berubah. Senyumannya membuatkan aku terasa dunia ini terlalu indah. Tutur katanya terlalu halus, terlalu jujur, disertai bait-bait merendah diri. Dia tidak pernah sekali membongkak diri, mendabik dada dengan apa yang ada. Mungkin kerana asasnya yang kukuh, membuatkan jati dirinya yang kukuh sebegitu. Senyumannya…. Aduhhh bisa membuatkan jantungku luruh, jam detikku berhenti seketika. Dan gemersik manja suaranya buatkan jantungku berdegup pantas….

Benar, aku amat mencintainya. Amat-amat mencintainya. Pun begitu aku cuba untuk menghindari dari dia mengetahui perasaanku. Aku takut pada diri sendiri. Aku takut untuk terus disakiti, apatah lagi untuk dikhianati. Aku cuba untuk tidak kerap berhubung dengannya. Dan aku terus mencuba…..

Jauh di sudut hati, ku tanamkan perasaan bahwa dia terlalu istimewa untuk insan biasa seperti ku. Ku tahu bukanlah tempatku untuk berdiri disisinya, duduk semeja bergelak ketawa bersamanya. Ku tahu tiada tempat untuk diri ku ini dalam hati nya. Dan aku cuba sematkan ingatan ini erat-erat di mindaku, agar aku tidak sekali-kali alpa….

Namun, manusia hanya mampu berbicara pada diri, dan tiada yang pasti dalam bicara mereka. Tiada siapa yang tahu apa yang akan dihadapinya di masa mendatang. Walaupun dia cuba untuk kuat, namun segalanya tidak pasti untuk dia….

Kini aku di sini, melihat sekeliling dalam menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Mengagumi kebijaksanaan-Nya mencipta alam yang terlalu indah untuk umat manusia diami. Sambil untuk cuba meredakan keresahan jiwaku ini. Yang tidak pernah surutnya. Kadang-kala aku sendiri takut untuk bangun pada esok hari, takut jika aku akan terus dikecewakan lagi. Takut jika kemurungan akan menguasai jiwa ini lagi; takut untuk kebencian terus bersarang di kalbu ini….

Dan aku amat mencintainya; namun adakah dia jua mencintai ku?

5 comments:

rehan who said...

arghh!
kasi saspen je :p

the anThropologist said...

Kasi saspen jer? U mean what?

rehan who said...

what i mean is your story ends with a question mark and i have no freaking idea where it's leading duh!

i studied physics remember, and i cant live with uncertainties lol :D

the anThropologist said...

And I studied anthropology where uncertainties are our play things!! ;p

P/S: Just wait for the sequel ler. Hehehehehehe ;p

Jamiel said...

Mungkin dia pn rasa yang same..