Saturday, August 22, 2009
Ramadhan Kareem
Monday, August 17, 2009
Kali Pertama.....
“Entahlah…. Badan asyik tak sedap ajerlah. Rasa macam nak demamlah….”
“Come let me check your body temperature…”
Dan dia terus menghulurkan dirinya untuk diperiksa. Sambil tersenyum lebar….
“Kenapa senyum macam tue? Tue apalah difikirkannya….”
“Hahahahahahaha….. Takda apalah. Senyum tue kan sedekah…”
Sambil tersenyum simpul. Dan hakikatnya hari itu terlalu amat indah untuk dikenang. Sampai bila-bila…….
Tuesday, August 11, 2009
Pendirian Terhadap Replika DS Najib dan Jawapan Terhadap PKR
Pemimpin dinilai pada pemikiran, sikap dan kerjanya, bukan pada besar kecil patungnya. Apabila saya menegaskan konsistensi saya dalam perkara ini, saya ini melihat sejauh mana konsistensi pihak yang membolehkannya dahulu. Malaysiakini melaporkan bahawa PKR ingin mendengar pendirian saya, maka ini pendirian saya.
Saya pula ingin melihat pendirian mereka yang dahulu membolehkannya. Sepatutnya, mereka yang mempertahankannya untuk DS Anwar Ibrahim, mereka juga kena mempertahankannya kali ini. Mengapa ia berubah-ubah jika untuk orang lain, dan hanya dibolehkan untuk pemimpin sendiri sahaja. Itulah politik. “Haram itu untuk musuh, halal itu untuk diri sendiri, musuh semua salah, diri sendiri semua betul”.
Alhamdulillah, generasi muda mulai sedar, kebanyakan permainan politik ini hanya memperbodohkan masyarakat. Ramai anggota PKR datang dari lubuk yang sama, iaitu BN. Nama berbeza, mentaliti dan sikap belum tentu?!
Dr. Mohd Asri, Lampeter, UK.
Monday, August 10, 2009
Realiti Hari Ini
PULAU PINANG 9 Ogos – Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya yang mengaitkan syariah Islam dan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis sebaliknya hanya mahu menarik balik kenyataan tersebut.
Menurut Ooi, tindakan menarik balik kenyataannya itu dibuat atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahu beliau berbuat demikian.
Justeru katanya yang juga Ketua Staf Pejabat Guan Eng, sebagai seorang yang bekerja sepertinya dan mempunyai ketua, dia perlu mengikut nasihat dan arahan yang diberikan ketua walaupun mempunyai pandangan lain.
‘‘Sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar dan entiti awam, JIM juga seharusnya tidak mudah terasa hati dengan kenyataan peribadi yang dikeluarkan oleh orang ramai berkaitan misi dan aktivitinya.
‘‘JIM patut menerima segala kenyataan yang dikeluarkan tidak kira dalam bentuk yang bagaimana kerana semua orang berhak mengeluarkan pandangan peribadi masing-masing,’’ katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat DAP Parlimen Jelutong di Jalan Perak di sini hari ini.
Menurut Ooi, beliau juga mencabar pihak-pihak tertentu yang mendakwanya sebagai anti-Islam supaya memberikan bukti kukuh terhadap perbuatannya yang menunjukkan dia berbuat demikian.
Katanya, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menuduhnya.
Sementara itu, Ooi juga mahu Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Razali Abdullah, yang juga ahli JIM keluar daripada Majlis Jawatankuasa One Stop Centre (MJOSC) kerana beliau hanya satu beban politik kepada kerajaan negeri.
Katanya, tindakan Mohd. Razali yang telah menangguhkan projek dua pemaju yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hanya kerana syarat dan permintaan ‘peribadinya’ tidak termaktub dalam garis panduan dan kriteria sedia ada tidak dipenuhi, hanya satu tindakan merugikan semua pihak.
Menurut beliau, permohonan Kebenaran Merancang (KM) telah ditangguhkan walaupun kedua-dua pemaju itu telah memperoleh surat kelulusan daripada semua jabatan-jabatan teknikal yang terlibat.
‘‘Dalam mesyuarat MJOSC yang diadakan, beliau telah mempersoalkan dan meminta maklumat berkaitan harga jualan rumah, meminta gambar perspektif 3D, pindaan pelan dan maklumat pelan induk terdahulu, sedangkan pelan itu telah diluluskan sebelum itu.
‘‘Ini semua tidak berasas dan bukannya merupakan aspek teknikal yang berada dalam bidang kuasa MJOSC. Tindakannya itu hanya akan menimbulkan keresahan, kegelisahan dan ketakutan kepada pemaju. Jangan bila mereka sudah keluar dan tidak ingin melabur di negeri ini, baru kita mahu mengambil tindakan terhadap Mohd. Razali. Ini sudah terlambat,’’ katanya.
Bagaimanapun, Ooi berkata, beliau tidak akan campur tangan dan menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya terhadap Mohd. Razali.
Namun, kata Ooi, dia akan mengumpulkan segala bukti yang ada untuk menunjukkan ‘tindakan’ keterlaluan dan tidak berasas Mohd. Razali itu untuk diserahkan kepada Guan Eng.
‘‘Tidak seharusnya Mohd. Razali dibiarkan terus berada dalam MJOSC, dia harus keluar untuk menjamin pelabur terus berminat melabur di Pulau Pinang,’’ katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita, adakah beliau akan meletakkan jawatannya disebabkan isu yang timbul tersebut, Ooi berkata, isu mengenai jawatannya itu tidak penting sebaliknya yang paling utama kini adalah jawatan Yang Dipertua MPPP.
Menurut beliau, jawatan itu kini dipangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman setelah penyandangnya, Tan Cheng Chui menghadapi masalah kesihatan.
‘‘Cheng Chui sekarang sedang sakit dan desas desus ada mengatakan dia akan meletakkan jawatan. Ketiadaannya menyebabkan banyak mesyuarat MJOSC terpaksa ditangguhkan yang bermakna banyak projek juga terpaksa ditangguhkan kerana kita tidak ada alternatif pengerusi.
‘‘Datuk Zainal mempunyai banyak tugas lain. Dia tidak mungkin mampu melaksanakan semua tugas. Oleh itu satu perancangan teliti perlu dilakukan untuk menjamin ekonomi negara terus berkembang,’’ katanya.
====================
Tiba-tiba aku terfikir, bagaimana pula agaknya kalau ada diantara kita di luar sana mengeluarkan kenyataan yang DAP ialah sebuah parti yang bersifat rasis? Kepala terus jadi pusing!!
Saturday, August 8, 2009
Tetamu Diundang
Jumaat, 31 Julai 2009, yang lalu, kami warga pendidik Sosiologi and Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menerima kunjungan hormat seorang sarjana dari Akademi Kepimpinan Qatar (Qatar Leadership Academy), Doha, Qatar. Sarjana dimaksudkan ialah Dr. Khalid Mohammed Muftah.
Berdiri dari kiri ke kanan: Dr. Rohaiza Rokis, Prof. Dr. Jamil Farooqui, Prof. Dr. Ahmad Abd al-Rahim Muhammad Nasr, Prof. Dr. Mohamed Aris Haji Othman, Prof. Madya Dr. Hazizan Md. Noon, Dr. Noor Azlan Mohd Noor, Nurazzura Mohamad Diah, dan aku (orang Oman celup :P)
Duduk dari kiri ke kanan: Dr. Badri Najib Zubir, Dr. Khalid Mohammed Muftah dan Dr. Pute Rahimah Makol-Abdul
Thursday, August 6, 2009
Sekadar Berita.....
Lama tidak menjenguk. Sudah bersawang agaknya. Keadaan yang tidak begitu mengizinkan. Terlalu sibuk dengan kerja, conference, persediaan untuk menjadi tetamu orang, dan pelbagai lagi. Ditambah dengan ribut yang melanda famili. Kasihanku pada Harith. Sedihku pada Afiqah. Mereka masih tidak mengerti. Melihatnya terbujur kaku. Sejuk. Pun begitu aku masih bersyukur, kerna Tuhan masih memberi kesempatan pada kami untuk masih lagi bertemu dengan si ibu. Sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui......