Tuesday, July 14, 2009

Pengalaman Baru


Semester satu baru sahaja bermula. Minggu ini aku agak sibuk bukan hanya dengan pengajaran malahan jua untuk menyudahkan kerja-kerja untuk Conference koloborasi antara Jabatanku dan Institut Antarabangsa untuk Perpaduan Umat Islam (IIMU). Ada beberapa isu yang timbul di saat-saat akhir begini, lantas membuatkanku agak pusing dan bingung. Namun apapun, perlu aku selesaikan satu persatu walaupun hakikatnya masalah ini bukannya angkara diri aku sendiri!!
Semester ini aku mengajar tiga subjek; Pengenalan Ilmu Sosiologi, Antropologi Organisasi dan jua Jenayah dan Devians. Agak memeranjatkan seorang muridku dari subjek Pengenalan Ilmu Sosiologi adalah pelajar Sarjana. Pastinya ia satu pengalaman yang menarik, yang tidak bisa untuk aku lupakan!! :D

No comments: