Tuesday, June 23, 2009

Penghargaan


Ramai yang bertanya dahulu, mengapa memilih Kampung Baru sebagai tajuk disertasi sarjana. Kepada mereka aku hanya mampu tersenyum simpul. Mungkin kerana kerumitan untuk memahamkan mereka. Namun dari pandangan aku, Kampung Baru memberikan seribu satu informasi, pemahaman dan jua kepuasan, untuk aku terus mendalami apa yang kita semua gelarkan 'masyarakat'. Moga-moga tulisanku itu dapat memberi manfaat kepada mereka-mereka yang cuba ingin mencari kefahaman tentang apa pentingnya identiti kepada proses pembangunan dan jua kemajuan.

Jutaan terima kasihku kepada mereka yang telah banyak membantuku menyudahkan disertasi sarjanaku. Profesor Dr. Mohamed Aris Othman, Profesor Dr. Jamil Farooqui, Profesor Dr. Saiyad Fareed Ahmad, Profesor Dr. Ahmad Abd al-Rahim Muhammad Nasr, Profesor Dr. Fatimah Daud, Profesor Madya Dr. Hazizan Md. Noon, Dr. Pute Rahimah Makol-Abdul, dan Rohana Md. Dewa yang telah banyak membantuku, dan memberikan kritikan-kritikan yang membina dalam aku memahami proses interaksi antara budaya dan kemajuan. Pada penyelia disertasiku, Profesor Dr. Mohamed Aris Othman, kerna tunjuk ajar dan bimbingan mu, akhirnya aku mengerti apakah itu yang dimaksudkan 'antropologi'. Pada kakak ku, terima kasih tidak terhingga atas bantuan moral dan kewangan mu. Moga Allah rahmati kamu hingga akhir hayat.

Pada teman-teman; Ken, Vincent @ 'Akasyah Tan Abdullah, Jerry, Simon, Kelvin, Ahmad Hisham, Syahrul Akashah, Zarul Effendi, 'Aisyah, Emily, Allysa, dan Lisa, terima kasih tidak terhingga atas idea-idea bernas kamu yang banyak membantu ku untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan dan kemajuan.

Pada ayah, inilah hadiah kecilku buat mu. Moga kau tenteram di atas sana, bersama Dia yang Maha Berkuasa.

Nota: Pada Monkibizniz dan Nite Garden, keputusan rasmi disertasi sarjanaku telah pun keluar. Alhamdulillah, aku beroleh A!!

11 comments:

Nite Garden said...

Tahniah!!!!

Kalau dpt A ang kata biasa2 jer, so dpt berapa baru dikira luar biasa? ;P

Nite Garden said...

Awatnya takde penghargaan utk aku yg selalu kacau ang tgh stadi dulu? ;D

the anThropologist said...

Hehehehehehe. Ntahlah. Takder kelu nak jawab camner.

Aiseyman. Tuelah, terlupa. Hang kan slalu kacau-kacau dulu :D

Nite Garden said...

Kelu? Wawawawawawawa

Tuela. dah emotionally hurt dah ni hahahahaha

anyway, the victory is sweeter when u sweat like hell to achieve it :D

bila nak buat kenduri nih?

Nite Garden said...

gambar warong perasan tu. mmg seswei sesgt ngan ang huahuahuahua

Che underscore Lee said...

Congrats!! Aku gak yg lom abis2 nih.. hehe..

the anThropologist said...

Nite Garden:
Kenduri? Tak perlu kot. N' apa kena-mengena warong tue dengan aku? :P

Che_Lee:
Thankx!! Alah, nak abis dah kan. Sikit jer laie :P

Nite Garden said...

nama warong tu sinonim ngan ang - 'perasan' huahuahua

Che underscore Lee said...

ahaha sikit pun terpaksa postpone.. prototype maha menyusahkan.. kena buat yg lebih user-friendly hehehe.. insyaAllah lepas raya abis kot

Unknown said...

"I don't want to teach dumb students!"

Kau seorang saja yang dapat menyangkal penyataan pensyarah tersebut. Tak hairanlah kau dah berjaya menjadi seorang antropologist! Tahniah!

the anThropologist said...

Nite Garden:
Apalak? Aku takda perasan aih. Hang jer tue :D

Che_Lee:
Yeah, normallah tue. Aku pun hari tue spend one year for research proposal, data collection and writing up. Takper yang penting end product mesti power :D

Salle:
Thanx!! Alah semuar orang boleh, cuma hendak ataupun tak :P