Friday, May 8, 2009

BK



Petang kelmarin kembali dari pejabat, terasa lapar yang amat sangat. Lantas berfikir-fikir sambil memandu destinasi makan malam. Secara tiba-tiba, aku mendapat ‘hidayah’ Ilahi untuk makan malam di Burger King. Bukan apa sudah agak lama tidak ke sana. Lagipun rindu dengan Hershey’s. Lama giler wei tak merasa.



Windu banget :D

Tuesday, May 5, 2009

Hari Pertama


Kelmarin (04/05/2009) adalah hari pertama aku masuk kelas. Punyalah cuak pagi tue Tuhan ajer yang tahu. Pagi dan petang pulok tue. Entahlah. Harapnya mereka semua tue faham. Kalau tak naya gak :D



Gambar: Harith sudah siap sedia untuk menyambut tetamu malam kenduri tempoh hari.

Isu Agama Anak

PANDANGAN DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN MENGENAI KEPUTUSAN KABINET YANG MENETAP AGAMA ANAK BERDASARKAN AGAMA ASAL KETIKA PERKAHWINAN

Berbagai pihak meminta saya menyatakan pendirian dalam isu agama anak yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia yang baru. Di sini saya sebut, ada beberapa masalah dalam isu ini yang mesti difahami dan dinilai, juga pendapat saya dalam hal ini;

Islam menganggap setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan yang bersih dari pencemaran pemikiran dan akidah. Tiada nilaian dosa atau pahala buat mereka. Jika mereka mati sebelum mencapai umur mukallaf, mereka mati dalam keadaan bersih sekalipun ibubapa mereka tidak menganut agama Islam.

Ibubapa merupakan faktor utama dalam mempengaruhi fitrah anak yang bersih tersebut. Anak kecil biasanya akan terikut dengan agama ibubapanya. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Setiap anak dilahirkan atas ‘fitrah’, maka kedua ibubapanya yang menyebabkan ia menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Para sarjana fekah ramai yang berpendapat bahkan ada yang mendakwa telah ijmak (sepakat), bahawa pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil. Namun mereka berbeza pendapat tentang pengislaman ibu; apakah diikuti dengan pengislaman anak atau tidak. Di kalangan sarjana fekah ada yang berpendapat agama anak berdasarkan agama yang paling mulia dan sudah pasti mereka akan memutuskan jika bertembung antara Islam dan selainnya; maka agamanya dianggap sebagai Islam. Apa yang penting tiada nas Islam yang jelas dalam memutuskan hal ini. Ia lebih merujuk kepada soal ijtihad. Namun asas yang penting yang mesti ditegakkan adalah keadilan, di samping memelihara kemuliaan Islam itu sendiri.

Kepentingan membincangkan tentang status agama anak ini adalah untuk pengurusan jenazah, harta pusaka dan beberapa perkara yang lain. Bukan untuk menentu kedudukannya di syurga atau neraka seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Ini disebabkan anak kecil bebas dari nilaian dosa dan pahala sehingga dia menjadi mukallaf.

Saya berpendapat; tiada kemunasabahan yang cukup untuk Pihak Kabinet menentukan agama anak secara keputusan yang sedemikian. Lebih baik urusan ini diserahkan kepada mahkamah –sekalipun mahkamah sivil- untuk memutuskannya. Mahkamah mesti menentukan hak jagaan kepada pihak yang paling baik untuk kemaslahatan anak. Di sini datangnya peranan badan-badan Islam atau pihak pengurusan zakat umat Islam untuk memastikan kekuatan kewangan dan sebagainya dalam membantu ‘saudara baru’ melayakkan mereka mendapat hak jagaan. Jika badan-badan ini masih tidur atau sekadar sibuk dengan lawatan dan mensyuarat di hotel-hotel sahaja, jadilah apa yang terjadi sekarang.

Keputusan kabinet tersebut boleh merampas hak salah seorang ibubapa yang menukar agamanya dan bersifat tidak adil. Jika sudut kebendaan itu yang dinilai, kelayakan menjaga seseorang anak itu berbeza antara pasangan. Tidak mungkin dibuat keputusan yang tetap kerana setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza. Biar mahkamah menentukannya secara adil. Sesiapa yang berhak menjaga anak, maka tidak menjadi masalah jika berlaku perselisahan agama anak berdasarkan pihak yang menjaganya atau jika anak itu sudah pandai menilai, dia mungkin boleh membuat pengakuan agama pilihannya.

Sepatutnya, isu agama anak tidak ditimbulkan melainkan ketika perselisihan antara pasangan sahaja. Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai. Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan.

Ini kerana, anak itu bersih fitrahnya. Ibubapa mempunyai peranan mempengaruhinya. Itu adalah hak mereka untuk mempengaruhi anak mereka. Jika salah seorang ibubapanya menganut Islam sementara seorang lagi tidak, anak berkenaan mungkin akan dipengaruhi oleh salah seorang daripada mereka. Sekalipun jika mereka berpisah, peluang yang adil untuk anak bertemu dengan bapa atau ibunya hendaklah diberikan. Selepas itu terpulang kepada anak berkenaan dalam menentukan agamanya.

Saya berpendapat; keputusan kabinet lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua. Ia adalah penindasan terhadap saudara baru dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam. Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.

Sekali lagi saya tegaskan, golongan ‘saudara baru’ dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang bertanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar. Zakat tidak diuruskan dengan sepatutnya dan dana-dana untuk kemajuan Islam tidak dialirkan dengan cara yang wajar dalam menjaga kepentingan dakwah Islamiyyah.

Saya dengan ini meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara kita memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada ‘saudara baru’.

Jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang ‘dakwat pilihanraya’ mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini. Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan.

Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, juga mengambil kesempatan berpesan kepada mereka yang berjawatan berkaitan agama agar jangan memikirkan tentang gaji, sambungan kontrak, gelaran menjelang harijadi sultan, elaun, rombongan dan urusan dunia yang lain melebihi kepentingan dan masa depan umat.



Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,
29.4.09
Lampeter, UK.

Sunday, April 26, 2009

Malam Itu.......


Angin berpuput bayu. Menerpa ke wajahnya. Terasa kedinginannya. Sedingin persekitaran itu. Dan dia keseorangan di situ. Mencari angin malam. Di puncak bukit, sambil menyaksikan keindahan lampu neon Bukit Damansara dan Bukit Kiara. Terpancar cahaya keindahan, keriangan. Bak pesta tahun baru umpamanya.

Syariff cuba membetulkan duduknya. Takut-takut kalau terjatuh. Ketika itu ada suatu suara menyapanya…….

“Haa you kat sini rupanya. Puas I cari you. Call Kasyah pun dia tak tahu….”
“Owhh…. Terkejut I. Ingatkan sape tadi. Ada apa cari I?”
“Why? I dah tak boleh dah cari you?”
“Haih… Come onlah Liz. I penatlah. And I malas dah nak bertekak dengan you…”
“You ingat I sukalah. You memang selfish. Pentingkan diri sendiri….”
“What??? I pentingkan diri sendiri?? Okaylah now you tell me, siapa yang pentingkan diri sendiri sampai tiba-tiba ajer hilangkan diri? Tak tinggalkan note ke, email ke, apa ke… Siapa??”
“You tak tahu ker your mom jumpa I and asked me to leave you? You tahu ker yang dia marah-marah I, cakap macam-macam kat I? Ader you tahu semua tue??”
“You ingat I tak tahu ke?? I tahulah….. Haih….”

Suasana sunyi seketika. Tanpa sebarang bicara. Masing-masing mendiamkan diri. Untuk meredakan suasana yang tegang sebentar tadi. Sambil cuba untuk menikmati suasana dingin malam itu.

“Okaylah I nak balik dah. Ada kerja nak buat.”
“Iff… I’m sorry…”
“It’s okay. Benda dah lama berlaku. Malas nak fikir.”
“But I still love you…..”
“Allysa, you dah nak kawin dengan Smith lagi dua bulan. You patut lupakan I and apa yang dah berlaku antara you and me. Ok?”
“Hmmmm……”
“I know it’s hard for you. Tapi you mesti ingat, you are going to marry him. Kalau you tinggalkan dia dalam keadaan macam nie, tak kesian ke dia? I know that he loves you so much Liz. And I know that dia akan jadi suami terbaik untuk you. I’m happy for both of you…”
“Tapi Iff…..”
“Dah. Jangan cakap apa-apa. Jom balik. He’s waiting for you. Nanti risau pulak dia. Jom…..”

Allysa kelu, tidak mampu bersuara lagi. Hanya menuruti langkah Syariff menyusuri taman dingin itu untuk pulang. Meninggalkan segalanya di situ……

Homeless


Waiting here
For you to call me
For you to tell me
That everything’s a big mistake

Waiting here
In this rainfall
Feeling so small
This dream was not suppose to break

I’m so sorry now
For the pain I caused you
Wont you please forgive
Please

But you don’t love me anymore
You don’t want me anymore
There’s a sign on your door
No vacancy, just emptiness
Without your love
I’m homeless

In this cold
I’m walking aimless
Feeling helpless
Without a shelter from the storm

In my heart
I miss you so much
Missing your touch
And the bed that used to be so warm

I’m so sorry now
For the pain I caused you
Wont you please forgive
Please

But you don’t love me anymore
You don't want me anymore
There’s a sign on your door
No vacancy, just emptiness
Without your love
I’m homeless

My, My baby
I’m sorry

But you don’t love me anymore
You don't want me anymore
There’s a sign on your door
No vacancy, just emptiness
Without your love
I’m homeless

Friday, April 24, 2009

Kampung Di Tengah Kota....


Setiap kali menyelusuri bahagian tengah Kuala Lumpur pastinya kita tidak dapat mengelak dari melalui kawasan penempatan orang Melayu yang sangat signifikan bagi warga kota iaitu Kampung Baru. Bagi warga kota, terutamanya orang Melayu, Kampung Baru sangat dekat di hati mereka. Ini kerana sukar bagi kita untuk melihat suasana dan pemandangan kehidupan "orang kampung" di tengah- tengah hiruk pikuk kehidupan bandar. Di bandar-bandar lain negara ini kehidupan kampung dengan pengekalan identiti dan budaya yang biasa diamalkan merupakan satu pemandangan biasa.

Namun berbeza dengan Kampung Baru yang dihimpit dengan rentak kemajuan dan arus pemodenan serta pelbagai bangunan pencakar langit dan mercu tanda moden seperti KLCC dan sebagainya. Suasana sebeginilah yang menambahkan lagi keunikannya sebagai sebuah kampung yang tebal dengan budaya dan tradisi Melayu di ibu kota. Sedikit sebanyak arus pemodenan tidak mampu diketepikan oleh penduduk di Kampung Baru. Namun dengan binaan dan kedudukan rumah yang biasa kita lihat di kampung, apatah lagi masih terdapat rumah-rumah yang tetap utuh dengan ciri-ciri tradisional sememangnya sebagai orang Melayu kita patut berbangga dengan semua tradisi yang masih dipertahankan sehingga kini.

Jika kita menyelongkar tentang kehidupan seharian penduduk di kampung ini sememangnya jalinan perhubungan dan semangat kerjasama masih menebal seperti yang biasa kita lihat di kampung-kampung. Soal-soal kemasyarakatan dan perhubungan penduduk setempat seperti kenduri kendara, kematian, hal-ehwal kejiranan dari yang paling remeh sehingga membabitkan soal-soal yang rumit seperti soal tanah dan sebagainya masih lagi menuntut permuafakatan yang jitu antara penduduk. Keperluan bagi penduduknya untuk terus mengikuti aktiviti dan program keagamaan yang berlangsung di masjid dan surau di sini masih tetap menjadi keutamaan penduduknya. Lebih membanggakan setelah tiga atau empat generasi anak Kampung Baru menetap di sini semua mereka masih tetap mengambil berat antara satu sama lain serta sangat sepakat dalam soal-soal membabitkan kampung kesayangan mereka ini.

Kampung Baru sebuah perkampungan rizab Melayu tunggal di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur adalah seluas 225.89 ekar dan dibentuk oleh tujuh buah kampung iaitu Kampung Periuk, Kampung Pindah, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya, Kampung Masjid, Kampung Atas A dan Kampung Atas B. Terdapat tiga kategori tanah milik Melayu wujud di Kampung Baru iaitu Tanah Simpanan Melayu, Tanah Simpanan Pertanian Melayu dan Tanah Melayu Diberi Milik. Kampung Baru mula dibuka pada tahun 1899 dan digazetkan setahun kemudian. Sebuah lembaga pentadbir khusus untuk Kampung Baru ditubuhkan serentak dengan pembukaannya sebagai Penempatan Tanah Pertanian Melayu atau Malay Agriculture Settlement (MAS) serta bertanggungjawab kepada Residen British ketika itu dalam menguruskan perkara mengenai pentadbiran kampung.

Kampung ini pada awalnya terbentuk apabila sekumpulan orang Melayu yang tinggal di kawasan Sungai Gombak dan Sungai Kelang terpaksa berpindah untuk memberi ruang kepada pembangunan Kuala Lumpur. Bandar ini ketika itu sedang pesat membangun apabila beberapa projek yang kini menjadi ikon sejarah dan seni bina seperti Kelab Diraja Selangor, Bangunan Pejabat Pos Utama, Victoria Institution dan Bangunan Sultan Abdul Samad sedang dalam pembinaan. Oleh itu Sultan Selangor ketika itu, Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Syah bin Raja Muda Musa telah memperuntuk sebuah kawasan di tepi Sungai Kelang untuk orang Melayu berpindah dan MAS diwartakan pada 1 Jan 1900.

Menurut Setiausaha Kehormat Lembaga MAS, Shamsuri Suradi, MAS diwujudkan untuk memindahkan orang Melayu yang menghuni pinggir Sungai Gombak dan Sungai Kelang walaupun ketika itu mereka aktif dalam kegiatan perniagaan dan perlombongan. Ini kerana British berpendapat orang Melayu wajar bergiat dalam sektor pertanian dan dengan menempatkan orang Melayu di sebuah kampung khas akan memudahkan anak-anak Melayu menerima pendidikan dan mengambil bahagian dalam pentadbiran. Ini sekali gus memberi peluang kepada penduduk Melayu untuk menikmati sebahagian daripada kemakmuran Kuala Lumpur ketika itu yang kaya dengan bijih timah.

MAS telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir kampung ini dengan kuasa yang luas antaranya melulus dan menetapkan perjanjian pemberian lot rumah dan pelan bangunan, menyimpan butiran pertukaran serta mengawalselia keselamatan dan kegiatan penduduk. Selain itu MAS turut mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran hanya kepada orang Melayu untuk tinggal di sini dengan luas kawasan kediaman tidak melebihi setengah ekar seorang. MAS turut berkuasa mengusir penduduk yang tidak patuh dengan peraturan serta mereka yang mampu memberi ancaman dan dianggap berbahaya kepada penduduk. Menurut Shamsuri, anggota lembaga MAS pada peringkat awal terdiri dari kalangan pegawai tinggi penjajah dan kerabat diraja (Raja Muda Selangor pada asalnya menjadi Yang Dipertua) sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua. Di bawah pemerintahan Jepun barulah beberapa orang penduduk Kampung Baru dilantik menganggotai lembaga itu.

Pada masa sekarang, tujuh orang wakil yang dipanggil ahli jemaah dari tujuh buah kampung di sini telah dilantik untuk menganggotai lembaga MAS. Ahli jemaah ini boleh dianggap sebagai penghulu di setiap kampung berkenaan. Beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Manggis dan Kampung Sungai Baru turut digabungkan ke dalam Kampung Baru selain beberapa kampung setinggan, iaitu Kampung Limau, Kampung Cendana dan Kampung Paya Baru. Namun disebabkan semua urusan pentadbiran tanah adalah hak lembaga tadbir MAS, ia tidak dapat memenuhi harapan tuan tanah yang berhasrat membangunkan kawasan ini kerana mereka tidak memegang apa-apa surat hak milik yang boleh diurusniagakan hinggalah pada tahun 1960-an.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris yang menjadi pengerusi MAS telah berjaya mengusahakan geran hak milik tanah bagi penduduk kampung ini. Sejarah Kampung Baru ini jika ingin dihuraikan mungkin terlalu panjang apatah lagi pelbagai peristiwa dan cacatan yang amat bersejarah telah berlaku sejak dari awal penubuhannya. Pada peringkat awal kebanyakan jalan-jalan yang terdapat di sini dinamakan dengan nama Inggeris dan pastinya ia dianggap sebagai pelik pada ketika itu apatah lagi Kampung Baru sendiri merupakan penempatan terbesar orang Melayu.

Sebagai contoh Jalan Raja Alang yang sangat terkenal dengan Bazar Ramadan sebelum ini dikenali sebagai Perkins Road. Hale Road yang dinamakan sempena seorang pentadbir British di zaman penjajah kini bernama Jalan Raja Abdullah, Jalan Raja Muda Abdul Aziz di tengah-tengah Kampung Baru dikenali sebagai Princess Road manakala Jalan Dewan Sultan Sulaiman pula pernah dikenali sebagai Stony Road.

Kelab Sultan Sulaiman yang terletak di Kampung Baru merupakan kelab orang Melayu tertua di Malaysia dan semenjak penubuhannya pada 1909, ia telah menyaksikan pelbagai catatan dan peristiwa penting negara. Pada peringkat awalnya penduduk Kampung Baru sering mengadakan perjumpaan di sebuah pondok di sini yang dibina secara gotong-royong. Bangunan baru yang dinamakan Dewan Sultan Sulaiman kemudian didirikan dengan kerja sama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor. Ia dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada 30 April 1969.

Bangunan ini telah menyaksikan pelbagai rakaman dan peristiwa bersejarah yang penting untuk orang antaranya Kongres Melayu Pertama pada 1 hingga 4 Mac 1946 yang membawa kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang akhirnya telah mencetuskan gerakan menuntut kemerdekaan. Walaupun sesak dengan pelbagai kepesatan dan bangunan pencakar langit serta lebih dikenali sebagai syurga pusat makanan berbanding keunikannya sebagai sebuah perkampungan Melayu, namun ini tidak menghalang penduduk Kampung Baru dari terus ditenggelami pembangunan.

Secara umumnya penduduk Kampung Baru tidak menolak pembangunan kerana mereka menyedari pembanguan itu adalah sesuatu yang perlu pada era moden sekarang. Namun apa yang dikesali mereka dalam keghairahan mengejar pemodenan, mereka terasa dipinggirkan dan teraniaya dengan tindakan beberapa pihak yang dilihat tamak dalam mengusai kekayaan di sini.

Apatah lagi dengan beberapa insiden penipuan yang pernah berlaku sehingga menganiaya kehidupan mereka telah mengakibatkan mereka berasa serik dengan semua ini. Memang benar terdapat banyak jalan dan kaedah penyelesaian dalam menguruskan tanah yang bernilai lebih RM4 bilion ini namun yang ditakuti mereka ialah adakah semua kaedah ikhlas dan benar-benar menguntungkan mereka? Atau apakah ia akhirnya akan menjadi seperti kampung-kampung Melayu lain di Kuala Lumpur yang akhirnya tergadai hanya atas nama pembangunan.

Apa yang perlu ialah kesungguhan dan keikhlasan dalam membantu penduduk Kampung Baru ini sebagai pemilik asal tanah di tengah kota metropolitan. Jika tidak mungkin lebih baik ia dikekalkan sahaja seperti sekarang sekurang-kurangnya sebagai satu penanda sejarah bahawa satu ketika dahulu nenek moyang kita merupakan pemilik asal semua tanah di ibu kota ini.

Thursday, April 23, 2009

Buku dan 'Ilmu


Baru kembali dari Pesta Buku Antarabangsa. Gembira yang teramat sangat. Kerna banyak buku ‘ilmiah yang aku cari ada di sana. Kesudahannya aku yang merana. Kerna melayang wang membeli buku-buku tersebut :D