Sunday, June 14, 2009

Dr. Fathi Yakan


Ketua gerakan Islam terkenal Lubnan, yang juga mantan ahli parlimen Lubnan, Dr Fathi Yakan diberitakan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya di Lubnan pada 13 Jun 2009.

Ustaz Dr Fathi Yakan yang lahir pada tahun 1933 di Kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang tokoh penting bagi gerakan Islam di dunia Islam dan telah mengasaskan gerakan Islam di Lubnan pada sekitar 50-an.

Sepanjang hayatnya, beliau telah melahirkan sejumlah karya ulung, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Dr. Fathi Yakan telah menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak Sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta dalam Muktamar Islam Antarabangsa.

Beliau memainkan peranan besar di Lubnan bagi menyatukan dan menghindari perselisihan di kalangan rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan golongan majoriti dan minoriti.

Saya secara peribadi ingin merakamkan ucapan takziah atas pemergian Dr Fathi Yakan ke rahmatullah. Sesungguhnya pemergian beliau bukan sekadar kehilangan besar bagi rakyat Lubnan, bahkan untuk seluruh umat Islam khususnya di kalangan aktivitis-aktivis dakwah yang banyak mendapat tunjuk ajar daripada beliau. Dan hakikatnya saya masih terkejut dengan pemergian beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas ruh beliau.

8 comments:

Nite Garden said...

Satu kehilangan besar.. semoga ada pengganti yg setaraf atau lebih baik.

the anThropologist said...

Yup. Dunia Islam telah hilang satu permata yang berkilauan. Moga Allah akan lahirkan sebuah permata lagi untuk umat Islam zaman ini.

Nite Garden said...

satu permata tak cukup utk dunia islam.. setiap individu islam musti jadi seperti dia..

the anThropologist said...

Masalahnya mampukah kita semua?

Nite Garden said...

kalau tak dipecahkan ruyong mana kan dpt sagunya..

the sky is the limit!

the anThropologist said...

If everbody in internaliza that attitude....

Nite Garden said...

We should, at least..

the anThropologist said...

Hope everybody will :D