Ramai yang bertanya dahulu, mengapa memilih Kampung Baru sebagai tajuk disertasi sarjana. Kepada mereka aku hanya mampu tersenyum simpul. Mungkin kerana kerumitan untuk memahamkan mereka. Namun dari pandangan aku, Kampung Baru memberikan seribu satu informasi, pemahaman dan jua kepuasan, untuk aku terus mendalami apa yang kita semua gelarkan 'masyarakat'. Moga-moga tulisanku itu dapat memberi manfaat kepada mereka-mereka yang cuba ingin mencari kefahaman tentang apa pentingnya identiti kepada proses pembangunan dan jua kemajuan.
Jutaan terima kasihku kepada mereka yang telah banyak membantuku menyudahkan disertasi sarjanaku. Profesor Dr. Mohamed Aris Othman, Profesor Dr. Jamil Farooqui, Profesor Dr. Saiyad Fareed Ahmad, Profesor Dr. Ahmad Abd al-Rahim Muhammad Nasr, Profesor Dr. Fatimah Daud, Profesor Madya Dr. Hazizan Md. Noon, Dr. Pute Rahimah Makol-Abdul, dan Rohana Md. Dewa yang telah banyak membantuku, dan memberikan kritikan-kritikan yang membina dalam aku memahami proses interaksi antara budaya dan kemajuan. Pada penyelia disertasiku, Profesor Dr. Mohamed Aris Othman, kerna tunjuk ajar dan bimbingan mu, akhirnya aku mengerti apakah itu yang dimaksudkan 'antropologi'. Pada kakak ku, terima kasih tidak terhingga atas bantuan moral dan kewangan mu. Moga Allah rahmati kamu hingga akhir hayat.
Pada teman-teman; Ken, Vincent @ 'Akasyah Tan Abdullah, Jerry, Simon, Kelvin, Ahmad Hisham, Syahrul Akashah, Zarul Effendi, 'Aisyah, Emily, Allysa, dan Lisa, terima kasih tidak terhingga atas idea-idea bernas kamu yang banyak membantu ku untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan dan kemajuan.
Pada ayah, inilah hadiah kecilku buat mu. Moga kau tenteram di atas sana, bersama Dia yang Maha Berkuasa.
Nota: Pada Monkibizniz dan Nite Garden, keputusan rasmi disertasi sarjanaku telah pun keluar. Alhamdulillah, aku beroleh A!!