Thursday, May 5, 2011

Bicara Ku Pada Mereka....


Ramai yang bertanyakan tujuan aku menyertai dunia pendidikan sedangkan peluang pekerjaan yang lebih menarik sedang menunggu. Persoalan mereka semua itu tidak dapat ku jawab kerna pada waktu itu, aku sendiri kurang pasti kenapa aku begitu berharap untuk menyertai bidang yang aku ceburi ini. Hendak dikatakan aku suka mengajar, terus terang tahap kesabaranku akan menipis jika mereka yang aku berikan penerangan tidak memahaminya langsung – satu ciri-ciri guru yang sangat tidak elok dicontohi!! Apa yang aku pasti ketika itu hanyalah minatku yang mendalam untuk melaksanakan kajian-kajian ‘ilmiah untuk memahami struktur budaya dan masyarakat yang kompleks. Aku begitu terpesona bila membaca kajian-kajian ahli antropologis Barat terhadap masyarakat Asia seperti Clifford Geertz dalam kajiannya terhadap masyarakat Bali dan Jawa; E.E. Evans-Pritchard dalam kajiannya terhadap masyarakat Nuer di Sudan; Edmund Ronald Leach dalam kajiannya terhadap masyarakat Shan dan Kachin di Burma; dan beberapa ahli antropologis Barat yang lain. Itu sahaja jawapan yang aku ada untuk mereka pada waktu itu……

Pun begitu, setiap peredaran masa pasti disertai dengan perubahan. Begitu jua dengan jawapan ku. Ada suatu ketika, aku dihadiahkan sebuah naskhah agung karya Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman, Rektor UIAM yang kedua sebelum Tan Sri Profesor Dr. Mohd Kamal Hassan. Karya Dr. Abdul Hamid itu bertajuk ‘Crisis in the Muslim Mind.’ Abdul Hamid Abu Sulayman dalam karya ini berhujah bahawa masalah utama yang dihadapi umat Islam ketika ini bukanlah masalah ekonomi mahupun politik, tetapi adalah masalah pendidikan dimana budaya materialistik berleluasa dikalangan muda-mudi Islam dan mereka melihat menuntuk ‘ilmu itu suatu jalan (means) untuk mencapai kenikmatan material di dunia, bukanlah jalan untuk mengenal lebih mendalam apatah lagi mencintai Tuhan mereka. Lebih memburukkan keadaan bila ramai umat Islam tidak serius dalam menuntut ilmu dan untuk itu Abdul Hamid menekankan adalah menjadi tanggungjawab guru sebagai ‘murabbi’ untuk membimbing mereka dalam menuntut ‘ilmu dalam memahami Pencipta mereka.

Terus terang aku katakan aku sangat terkesan dengan karya ini. Lantas aku berazam untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang ‘murabbi’ dan moga-moga ianya menjadi satu ‘amal yang kecil yang dapat aku persembahkan buat Tuhanku di mahsyar nanti. Dan minat ku yang awal itu, tidaklah ku matikan begitu sahaja. Ianya menjadi alat penyeri yang aku rasa akan senantiasa menceriakan perjalanan ku di muka bumi ini untuk mencari mardhotillah.

Pun begitu, tugas tersebut tidaklah mudah untuk ku. Terlalu banyak dugaan yang harus aku tempohi dalam membimbing mereka. Dan yang paling menyedihkan bilamana aku dilabel sebagai seorang yang ‘kedekut markah’ malahan terkenal dikalangan mereka sebagai seorang yang suka menggagalkan mereka. Pernah aku bertanya pada diri ku sendiri, adakah semua ini benar? Adakah aku suka-suka untuk menggagalkan mereka? Dan semakin banyak aku bertanya, semakin keyakinan ku bertambah untuk terus menyedarkan mereka bahawa sesungguhnya menuntut ‘ilmu itu suatu kewajipan agama, bahawa kegagalan mereka adalah kerana sikap mereka yang endah tak endah dalam menuntut ‘ilmu. Hingga satu tahap aku pernah menangis di hadapan mereka merayu untuk mereka bersikap lebih serius dalam menuntu ‘ilmu, pun begitu natijahnya masih sama……

Kini setelah hampir empat tahun aku di sini, aku masih mencari-cari jalan yang sesuai membimbing mereka, cara yang sesuai untuk mengubah sikap skeptikal mereka dalam merentasi lautan ‘ilmu di taman ‘ilmu dan budi ini…

Thursday, January 13, 2011

Kenangan Silam.....


Ithaca sudah memanggilku. Lantas ia mengingatkan aku pada 'sang kerbau' ini. Dan semestinya kedai makan di seberang sana itu. Gelak ketawa Prof. Schwartzman dan Prof. Douglas memang menceriakan suasana hari itu. Adakah takdir akan menemukan kami kembali? Hanya Dia yang Maha Mengetahui.....

Thursday, November 4, 2010

Prolog....


Langit mendung petang itu. Sang burung berterbangan pulang ke rumah mereka. Dan angin bertiupan sepoi-sepoi bahasa, mendinginkan suasana. Dan aku, masih lagi di situ termenung sendirian, dalam mencari arti kebahagian, makna sebuah kehidupan…

Thursday, July 29, 2010

Dan....


Aku jadi hilang arah, tidak karuan. Tidak pasti dengan apa yang berlaku pada diri ku ini. Saat dia hilang dari pandangan, aku tidak pasti apa yang sedang berlaku pada diriku……

Tika aku melihat wajahnya, segala-galanya berubah. Senyumannya membuatkan aku terasa dunia ini terlalu indah. Tutur katanya terlalu halus, terlalu jujur, disertai bait-bait merendah diri. Dia tidak pernah sekali membongkak diri, mendabik dada dengan apa yang ada. Mungkin kerana asasnya yang kukuh, membuatkan jati dirinya yang kukuh sebegitu. Senyumannya…. Aduhhh bisa membuatkan jantungku luruh, jam detikku berhenti seketika. Dan gemersik manja suaranya buatkan jantungku berdegup pantas….

Benar, aku amat mencintainya. Amat-amat mencintainya. Pun begitu aku cuba untuk menghindari dari dia mengetahui perasaanku. Aku takut pada diri sendiri. Aku takut untuk terus disakiti, apatah lagi untuk dikhianati. Aku cuba untuk tidak kerap berhubung dengannya. Dan aku terus mencuba…..

Jauh di sudut hati, ku tanamkan perasaan bahwa dia terlalu istimewa untuk insan biasa seperti ku. Ku tahu bukanlah tempatku untuk berdiri disisinya, duduk semeja bergelak ketawa bersamanya. Ku tahu tiada tempat untuk diri ku ini dalam hati nya. Dan aku cuba sematkan ingatan ini erat-erat di mindaku, agar aku tidak sekali-kali alpa….

Namun, manusia hanya mampu berbicara pada diri, dan tiada yang pasti dalam bicara mereka. Tiada siapa yang tahu apa yang akan dihadapinya di masa mendatang. Walaupun dia cuba untuk kuat, namun segalanya tidak pasti untuk dia….

Kini aku di sini, melihat sekeliling dalam menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Mengagumi kebijaksanaan-Nya mencipta alam yang terlalu indah untuk umat manusia diami. Sambil untuk cuba meredakan keresahan jiwaku ini. Yang tidak pernah surutnya. Kadang-kala aku sendiri takut untuk bangun pada esok hari, takut jika aku akan terus dikecewakan lagi. Takut jika kemurungan akan menguasai jiwa ini lagi; takut untuk kebencian terus bersarang di kalbu ini….

Dan aku amat mencintainya; namun adakah dia jua mencintai ku?

Tuesday, May 11, 2010

Deep Conversation


Yeah I know I have caused her only pain and sorrow. I took her time that she should spend with her hubby love. It’s not good; to me, to her and to her love. *sigh*

Well after considering the situation I believe it’s time now for me to leave. To pack my things and say goodbye. And I shall learn how to die…

Wednesday, April 21, 2010

Alone...


I tried to be strong…..
But I failed….
I am weak…
And now I am left alone….
In the darkness….
Heading to nowhere…..

Saturday, April 17, 2010

Dingin Malam....


Tuhan…. Hari yang berlalu masih kosong, tanpa sebarang erti. Jalan yang dilaluinya penuh dengan ranjau, duri di sekelilingnya membuatkan dia lemah tidak bermaya untuk meneruskan perjalanan itu. Pun begitu masih digagahkan jua dirinya, walaupun hakikatnya jauh di sudut hati dia tahu yang jalan itu tiada pengakhirannya.

Malam itu langit cerah. Bersertakan angin sepoi-sepoi bahasa, berlalu dan bermain dengan anak rambutnya. Cuaca dan keadaan yang indah, nyaman, dan permai. Namun tidak se-enak jiwanya, yang terus bergelumang dengan pelbagai perasaan dan rasa. Racau dan kacau, mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk mentafsirkannya…

“Hmmm…. Sampai bilalah kau harus menempuh perasaan sebegini Iff. Jiwa kau yang akan menderita. Tapi orang tidak tahu. Orang tidak pernah ambil peduli. Ko kena kuat Iff…..”
“Ko senanglah cakap Syah, tapi ada ko cuba faham perasaan aku nie? Aku tak pernah mintak semua nie lah Syah. Dia datang sendiri. Ko ingat aku tak waras ke, nak mintak benda-benda yang akhirnya aku tahu hanya akan merosakkan jiwa dan kebahagiaan aku sendiri??!!”

Secara tiba-tiba suasana menjadi tegang, dan tiada jawapan yang mampu diberikan untuk persoalan itu…

“Ya memang ko cakap ko tak pernah mintak. Tapi tue cakap mulut ko, cakap hati dan tindakan ko lain Iff….”
“Dahlah Syah, kalau ko datang sini just nak sakitkan hati aku, nak tambah beban aku, baik ko blah lah. Ko kawan aku Syah, dari kecil sampai besar. Ko tahu perangai aku, tapi bila aku macam nie, bila aku susah ko tak pernah nak faham perasaan aku, ko tak pernah nak cuba bantu aku. Malah ko selalu nak salahkan aku kan. Ko baliklah Syah…..”

Diam…. Tiada jawapan. Setenang alam sekeliling. Dan akhirnya dia berlalu pergi, meninggalkan temannya keseorangan….